27 September 2010

Gadis bertudung putih

Setelah 15 hari tidak pernah ke Bandar Kuantan, akhirnya gua dapat pelawaan malam minggu dari Hijan dan Mat untuk berentap di gelanggang karaoke sekitar bandar palma tersebut. Malam tu macam biasalah, Rahim ambil gua di rumah sebelum kami ke rumah Bram. Rahim bawa kereta macam cikgu sekolah memandu, perlahan tapi penuh gaya. Sambil sambil tu gua dan Bram melayan lagu dalam kereta Rahim, praktis suara sebelum beradu tenaga dan vokal dengan seorang jaguh kampung. Bram menyanyi nyanyi lagu Rolling Stones, sumpah suara dia macam Mick Jagger.

Gua tengok Bandar Kuantan dah banyak berubah. Infrasturktur, Billboard di tepi tepi lampu isyarat dan awek awek cun semakin bertambah. Namun tradisi dan kebudayaan Kuantan tidak lengkap sekiranya anda tidak mengenali lorong kunyit. Tempat ini merupakan tempat warisan. Rasanya sudah sampai masa kerajaan menyarankan kepada UNESCO untuk mengiktiraf lorong itu sebagai tapak warisan dunia.

Gua tengok orang orang di Kuantan dah banyak berubah. Berdating tepi kubur pun dikira sebagai tempat yang romantik, ini perkara biasa di Esplanade.

Rahim menekan pedal brek sebagai tanda patuh kepada lampu merah di hadapan kompleks teruntum. Sebelah kereta yang kami naiki ada sebuah teksi. Ada dua orang awek cun bertudung putih yang menaiki teksi tersebut. Gua buat buat tak pandang sebab nak control macho.

“Astarghfirullahalazim..” Kali ini Bram beristighfar. Dah lama gua tak dengar Bram beristighfar. Gua tanya Bram kenapa istighfar panjang. Bram hanya menggelengkan kepala lalu menunjukkan jarinya kepada teksi di sebelah kami.

“Astarghfirullahalazimmmm..” kali ini gua dan Rahim beristighfar serentak. Panjang pula. Gua bukan apa, terkejut melihat perubahan sikap orang orang Kuantan. Gua tengok awek yang naik teksi tu selamba korek hidung dia dalam dalam. Macam taukeh lombong bijih yang gila duit, rakus benar.Tiada langsung perasaan rendah diri, seolah olah hidungnya tidak mengenal erti kehidupan dunia insani.

Kali ini  gua tekad, nanti gua nak nyanyi lagu gadis bertudung putih.


2 ulasan:

mr cekodok berkata...

hahaha.bajet2 ar nk korek hidung kt tempat awam kut.ayu sungguh

yiennor berkata...

kah kah kah.. dia gadis bertudung putih.. sah bram nak ngorat awek tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...