Syawal ke 4 pada 13/9/2010 lokasi di Kopitiam Kemaman- Paraguay
Pertemuan rakan-rakan sekolah yakni merupakan ahli-ahli Sidang Prajurit Kampung yang setia meluangkan masa bersama untuk bergelak ketawa sambil mengeratkan silaturahim yang sekian lama terjalin semenjak dari sekolah rendah hinggalah ke zaman Universiti. Hadirin terdiri daripada encik-encik bernama Mohar@hijan, Fatah, Faisal, Omar, Rahim, Rahimi, PokJak@razak, Nuar, Bram, Adli Safi, Shukri dan Yien@shahril. Pertemuan yang hanya dirancang secara ambik pukal ini melalui kiriman sms sahaja berjaya menemukan beberapa orang rakan-rakan yang sekian lama menyepi di perantauan akhirnya bertemu dengan penuh senyum dan gelak tawa membincangkan pelbagai isu. Isu yang pastinya dibincangkan adalah berkenaan perkahwinan dan juga isu-isu berkenaan rakan-rakan yang tidak dapat menghadiri sidang perjumpaan kali ini. Diucapkan tahniah kepada encik Shukri dan Fatah kerana mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan pilihan masing-masing dengan encik Shukri akan melangsungkan majlis pada bulan Oktober nanti manakala encik Fatah pula pada tahun hadapan. Pemilihan Lokasi pada kali ini di kopitiam kerana kopi dikedai tersebut mampu mebuatkan rakan-rakan sidang tidak mengantuk kecuali encik Bram yang minum air susu tanpa kopi menyebabkan beliau kelihatan seperti menyerah kalah sewaktu jam 2 pagi. Majlis bersurai jam 2.30 pagi dengan encik Mohar pulang awal dari masa sepatutnya kerana beliau terpakse berangkat ke Venuzuela keesokan harinya untuk urusan Bisnes. Pihak Sidang mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi meluangkan masa bersama untuk berjumpa setahun hanya sekali di bulan syawal ini semoga perjumpaan seterusnya akan diadakan dengan pertambahan ahli keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan