24 September 2010

Nasihat Haji Romlee

Haji Romlee masih kelihatan muda dan sasa walaupun usianya sudah mencecah 64 tahun. Tengah hari itu Gua, Rahim dan Bram duduk semeja dengan Haji Romlee. Tabiat pekena teh selepas menoreh memang sudah menjadi tabiat yang melekat. Maka Warung Suri menjadi habitat tempat kami melabuh punggung dan menghilangkan lelah setelah separuh hari mencurah keringat di kebun getah.

“Apak kerja di Indonesia sudah lama, bisa bawa pulang duit ke Malaysia. Kamu orang muda, sepatutnya boleh jadi lebih baik dari Apak” Haji Romlee membahasakan dirinya sebagai Apak.

Kata kata Apak ada benarnya. Realitinya pemuda pemudi sekarang memang suka mengeluh. Asal buat kerja sedikit sudah mengeluh. Gua pun apa kurangnya, hari hari toreh getah pun masih mengeluh sebab tiada awek cun di kebun.

“Tidak kiralah kamu kerja apa, yang penting kamu kena tekun. Kamu ingat rezeki tu turun mencurah macam hujan dari langit? Usaha, tawakal dan redha. Itu yang sepatutnya kamu pegang wahai orang muda!” Haji Romlee Nampak makin bersemangat memberi nasihat.

Proooot pet pet pet pet pekk!

Masing masing terdiam, terkesima seketika.

Gua dapat agak bunyi tak senonoh itu datang dari punggung milik seseorang.

“Haaa..betul tu Apak!” Rahim bersuara memecahkan tembelang. Serentak dengan itu muncul pula bau busuk yang menusuk hidung.  Seolah olah bau bangkai haiwan yang mati kena langgar dengan lori hantu. Gua rasa mual mual. Bram pula seperti sedang dipukau.

Apak masih tenang. Gua tengok Apak hirup teh sambil memicit hidungnya. Memang pantang orang tua bila nasihatnya dibalas bunyi kentut sedemikian rupa.

oleh: Anuar kamaruddin

1 ulasan:

yiennor berkata...

ahhahaa.. ade plak haji romlee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...