23 Mac 2011

Mari Berparti.... Horeyy!!!

Scene penjual surat khabar naik motor sambil baling kerumah masih steady pada tahun 2011...
Manakala scene pakcik-pakcik pencen kerajaan melepak minum teh waktu pagi sambil membaca surat khabar pun gua tengok masih juga steady...

Kalau gua ada masa waktu pagi memang gua pun sekali sekala ambik bahagian jugak dalam scene membaca surat khabar sambil pekene roti dan kopi...
Sejak dua ke tiga hari ni scene nak membaca surat khabar ni jadi tak berapa syok sangat kecuali dibahagian sukan yang masih steady tapi bab isu politik jadi cam babi kalau duk adap....

Hal-hal liwat meliwat hal-hal sex luar tabiii ni dah jadi cam isu biasa bagi golongan politik ni main-main... gua yang belum kawen ni pun rasa tak steady nak baca isu-isu macam ni apetah lagi kanak-kanak yang baru lepas bersunat mesti rasa geli...

Semasa gua pekene kopi gua ada terime SMS:

Kawan gua: bro lu tengah dinner?
Gua: dinner kejadah apa.. gua tengah breakfast... lu pikir skang ni time kat Paris ka?
Kawan gua: hak hak hak... sory2 gua ngigau... hari sabtu ni gua nak ajak lu berparti...
Gua: Parti apa? Makan roti tau la gua ( bab2 berparti ni gua memang tak pandai..kecuali parti hari lahir anak-anak buah gua memang gua suka ).
Kawan Gua: Lu kena join sebab ni parti kewajipan...
Gua: lu ni cam nak ajak pergi parti liar je.. patut SMS pun cam liar je rupe..
Kawan Gua: bukan-bukan.... gua nak ajak Lu join Parti Politik.. wajib ni.. nak mengundi tak lama lagi...
Gua: cilake!!!!!

Pilihanraya kat Sarawak akan bermula tak lama lagi... lepas ni kat semenanjung...
Bila dekat Pilihanraya Umum je ade le isu-isu berbangkit parti tuh dan parti ni.....
Tapi kali ni jenis banyak Isu sex plak nak dihentam....
Isu-isu rakyat taknak plak ditimbulkan.....
Gila Sex gua rasa ahli politik sekarang ni...


15 Mac 2011

Ancaman Nuke Nippon!!!

Tepat jam 5.30 ptg 14/3/2011, satu nuke plan di Fukushima, Nippon telah meletop dan mengalami kebocoran mcm tiub beskal bocor dek kerana paku tekan. Ini disebabkan oleh gempa bumi dan ia dianggap insiden nuklear di tahap ke-4 (Chernobyl-tahap ke-7). Akibat kesan radiasi nuke tersebut, ia mungkin akan naik ke udara dan seterusnya menyerap ke dalam awan. Keadaan ini bergantung kepada tiupan dan kelajuan angin di tempat tersebut.Kemungkinan awan yg tercemar ini boleh pergi kemana-mana di kawasan asia dan menghasilkan hujan yang mempunyai kandungan radiasi yg merbahaya. Oleh itu, sebagai aktivis greenpeace satu hr nnti dan bekas penoreh, sy menasihatkan tuan2 dan puan2 berjaga2 akan hujan yg dibawa dr awan belah timur atau timur laut. Kesan dari hujan yg mengandungi radiasi nuklear ini boleh menyebabkan simptom2 alahan kulit, kanser, keguguran rambut dan senggugut(yg ni sy reka). Anda semua dinasihat duduk aje di rumah kalau hujan dan kalau terpaksa keluar juga time tu tgh hujan anda patut pakai payung, baju hujan fullset GIVI, topi atau helmet askar ke lantak tuan puan ler janji keselamatan dan kesihatan harus diutamakan. Untuk makluman, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan (sy berada di sini), Kudat dan Senai)
tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal setakat ini. Nasihat saya 'Hati-hati ketika hujan 2-3 hr ni, BANZAI!!'

Sumber : Agensi Nuklear Malaysia, BBC FlashNews & agen2 sy di Jepun(siasatan masih diteruskan).

13 Mac 2011

Ini Bukan Cerita Gua!!!

Kisah ini bermula disebuah kedai kopi...
Ya kisah ini bukan milik gua tapi kisah kawan gua yang mendengar kisah tragis milik kawan beliau dan memang gua la pilihan utama untuk kawan gua becerita sebab kami mempunyai kegemaran yang sama iaitu minum kopi di kedai mamak..
Apa kaitan mamak dengan kisah ni? .. Ok .. Sebenarnya mamak kedai ni cuma sediakan kopi yang perlu dibayar dengan duit RM1.40 ... cilake gua baru sedar harga kopi kat mamak ni dah naik..

Berbalik kepada kisah kawan kepada gua.....
Maka bermulalah kawan gua ini becerita....

Mamat: Bro... gua rimas berfikir.. rasa nak lemas... tapi nasib fikir tak berenang..
Kawan gua: ye ye ye... jangan rimas sangat sebab rimas juga tengok muka lu ni.. ce citer ce citer ape problem nye...
Mamat: it`s all about dream bro .. ( sekali sekala mamat ni cilake juga nak guna english )
Kawan Gua: ye la lu nak beli honda ex5 dream ka?
Mamat: bukan-bukan.... gua tak pandai bawak motor selame ni pergi kerja pun tumpang pakcik sebelah rumah je...
Kawan Gua: jadi apekah masalah yang buat lu rimas sangat??
Mamat: begini... gua nak kawen.... gua ni baru je dapat keje tetap... tapi duit nak kawen tak cukup... due date bakal mertua dah tetap.. lagi 7 bulan je bro... mana gua nak cekau duit..
Kawan Gua: berapa riban yang tak cukup sangat tuh... lu dah cuba apply kat jabatan kebajikan masyarakat??
Mamat: hurmm.. hampir 20k juga kos kawen ni... gua baru ade 6k hasil kumpul duit gaji..
Kawan Gua: Pergh... lu nak kawen ke bikin pesta Jom HeboH! ni???
Mamat: real... real... ni bro itu pun gua dah tolak kos tak betunang awal.. tunang mase kawen...
Kawan Gua: beginilah.... kalau nak suruh lu mintak sedekah tak elok rupa.. lu pengawai kerajaan.. nak suruh lu part time kat kedai baiki beskal pun budak dajah 1 skang gi sekolah pun bawak motor... mungkin lu boleh cuba apply pinjaman peribadi kat Bank Rakyat ( kawan gua ni bekerja sebagai kerani bahagian pinjaman di Bank tersebut )
Mamat: ishk.. tak moh la... gua tanak kawen hutang... nanti kawen ni hutang ngan Bank bro...
Kawan Gua: Habis lu nak cekau mana duit? Pinjam ngan Mak? Ah Long? curi tabung mesjid?
Mamat: Gua ingat bermule hari isnin ni gua nak cube kurangkan perbelanjaan... tolak itu ini blalallalala... gua belanje RM2.20 sehari untuk sekeping roti canai dan secawan kopi waktu pagi... waktu-waktu lain gua harap adalah kawan-kawan yang sudi belanja kalau tak pun gua ikat perut je lah... mungkin gua dapat jimat 2k sebulan kalau cara begini... ( sambil menghirup kopi ).
Kawan Gua: gua faham.. gua faham.... sambil menghulurkan sebatang rokok kepada Mamat.... kalau begitulah cara lu... gua doakan lu dapat jadi Menteri Ekonomi Rumah Tangga satu hari nanti dan lu akan berkahwin 7 bulan lagi....
Mamat: ye ye.. gua beharap cara ini berkesan dan hari ni pun gua lupa bawa wallet....


Begitulah kisah yang takde kaitan dengan hidup gua yang diceritakan.
Gua hanya berdiam tanpa memberikan sebarang ulasan berkenaan cerita ini sebab gua belum terpikir nak berkahwin disebabkan kos perkahwinan dengan gadis Malaysia semakin mahal berbanding berkahwin dengan gadis Morocco dalam akhbar Metro.......







09 Mac 2011

Anjing musim salju

Satu malam, iaitu pada malam minggu baru-baru ini, gua pulang dari Klang dan menuju ke Cheras dengan menaiki motosikal Honda ombak. Oh ya, gua pulang dari Klang pada jam 2.40 pagi setelah motor gua mengalami kerosakan di sekitar Jalan Kapar. Mujurlah gua ada kawan-kawan di sana yang sudi membantu mengerah keringat dan bermandikan peluh semata-mata untuk membaiki motor racing pemberian ayah gua ini.

“Malam malam begini, aku rasa elok ko jangan ikut Federal Highway, lorong motosikal dia bahaya doe! Ko ikut kesas!” Pesan seorang sahabat gua sebelum gua memulakan perjalanan.

Gua yang mengangguk angguk terus melambaikan tangan kepada sahabat gua itu, lalu sahabat gua memberi flying kiss yang paling mesra. Ah, ini tipu.

Usai pertemuan itu, gua menunggang motosikal dan menuju ke Cheras menggunakan Highway Kesas. Selepas melalui plaza tol Sunway, gua memecut motor gua di lorong motorsikal dengan begitu rakus dan jahanam sekali. Tiba di satu koner, gua terlihat seekor anjing berwarna hitam sedang melintas di hadapan gua. Sebagai seorang yang budiman dan tidak berperangai seperti anjing, gua membiarkan anjing itu melintas dengan selamat. Gua memandang anjing itu sambil tersenyum sendirian.

“Dasar anjing!” Gua bermonolog sendirian.

Selepas melihat anjing itu melintas, gua terus mengalihkan pandangan ke hadapan untuk meneruskan perjalanan. Ketika mengalihkan pandangan , gua perasan macam ada satu lembaga sedang berdiri seolah-olah sedang meminta untuk ditumpangkan. Anehnya, lembaga itu berdiri statik sahaja, tidak bergerak, hanya tangannya saja yang menghala kehadapan, seolah-olah cuba menahan gua. Jaraknya lebih kurang 30 meter di hadapan gua. Gua terfikir juga, kalau dia nak menumpang, takkan la dia nak tumpang motor sedangkan di highway ni banyak kereta yang lalu lalang. Dan kenapa menatang tu nak tahan orang kat laluan motor pula?

Gua buat buat stedi. Gua bawa motor perlahan lahan sambil memandang ke bawah dan kemudian melintasi lembaga tersebut. Selepas sahaja gua melintasi lembaga tersebut, bau busuk dan hanyir mula menusuk ke dalam lubang hidung gua.
Faking Hell, gua syak gua ni dah kena kacau dengan setan. Gua pecut motor laju laju sambil menterbalikkan side mirror motor gua. Bulu roma gua dah mula naik, gua dah tak nak pandang belakang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...