Gua bangun pagi.. terus gua melangkah katil dan beberapa orang kutu yang masih berdengkur... lurus menuju ke arah meja komputer gua...
Tujuan utama semestinya bukak facebook... sebab gua belum transfer player dalam Fantasy Football..
Selesai line brokband gua connected gua melayari dunia tanpa wayar...
Buka-buka paparan utama dalam facebook gua... satu khabaran kurang percaya.... membolehkan gua merokok secara tak sedar sebanyak 10 batang....
"Mak Minah is in a relationship 21 hours ago · · ""
Gua rasa pelik tambahan merasakan bahawa dunia semakin tua.....
Pekara ini hanya dapat dibincangkan oleh pakar motivasi dan bekas anak murid kepada ustazah Nor Baiyah...malahan beliau pakar penilik nasib manusia sejagat.. beliau encik Anuar...
Gua tanpa banyak bicara terus membuat pertukaran pemain gua dengan membeli van deer vart dan Log Keluar..
Oleh: Yien Mohd Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan