29 Ogos 2010

Hukum Karma episod ke 19 juta.

Disember 2003

Di suatu malam yang dingin. Di kedai Abang Nan yang agak lengang,  kami berempat melepak dan bersidang seperti biasa. Ketika itu Jam 12. Waktu waktu begini lazimnya Pontianak dah standby di tepi  tepi jalan dengan modal lamanya – Jadi wanita cantik berselendang putih dan pegang batu nesan dengan tujuan untuk menganggu abang abang yang sedang memandu lori.

“Ah, pontianak Kolot. Pontianak pasca modenisasi sepatutnya sudah berfikiran maju dan kotor. Pakai bikini, pakai lingerie dan kemudian menari di tiang lampu, barulah abang – abang lori berhenti.  Pontianak Malaysia memang kolot, memang tepu!” ujarku sendirian. Ku lihat bulan mengambang penuh.  Angin bertiup perlahan tetapi cukup untuk mencengkam tulang pelvis.  Tiba tiba..

“Nuar, pinjam 50sen tolong..gua dah tak tahan ni. Baru lepas makan nasik ni, kenyang gua tak bermakna selagi tak pekena Dunhill”  Shahril merayu rayu. 50sen yang keramat.  50sen yang bakal menentukan nikmat hidup sebagai seorang perokok tegar.

“Ah, aku tak kisah kalau kau nak pinjam 50sen. Tapi kalau kau nak pinjam sebab kau nak merokok, Sori lah, aku memang takkan bagi. Membazir! Baik aku sedekah kat masjid?” Aku menolak rayuan Shahril dengan tegas.

“Aku rasa elok kau berhenti hisap rokok, jangan jadikan rokok sebagai ekuiti kau! Kelak kau akan membakar duit dengan sia sia. Jangan jadi hamba rokok! Sudah, hentikanlah semua ini. Takde nikmat pun!” Aku melontarkan dialog seolah olah sedang menjiwai watak sebagai seorang haruan makan anak yang baru pulang dari Batu Caves.

Namun Shahril tidak berputus asa. Teknik pujuk rayunya memang kelas pertama. Bermacam macam hujah yang dipetik dari alam ghaib diberikan olehnya untuk meyakinkanku. Akhirnya aku mengalah macam orang yang baru kalah sabung ayam. Shahril bersorak gembira seperti baru menang loteri. Dan akhirnya sebatang Dunhill menjadi miliknya. Kemas di dalam genggaman. Hinggap di jari jemari. Dan cagu  cagu mula bergemerlapan menyinari kehidupan.

 Aku, Shahril, Rahim dan Ikhwan kemudiannya meneruskan sidang lepak tersebut dengan tajuk tajuk yang agak ringan.  Tajuk yang sesuai untuk orang – orang yang baru habis SPM. Tajuk tajuk bangsat dan picisan juga tidak ketinggalan

2010

“Shahril, pinjam 10 ringgit, duit aku tengah kering ni..nak beli rokok sekotak..tolongg” Rayu seorang pemuda. Pemuda tersebut kelihatan agak kusut dan tidak terurus.

Shahril tersenyum. Pemuda tersebut mengingatkannya akan peristiwa tujuh tahun lalu. Mengingatkannya kepada kehidupan lampau yang sentiasa terhimpit dek masalah kewangan. Kehidupan seorang Shahril yang sering tertindas dek kerana kekuasaan para kapital kapitalis. Kehidupan zaman ekonomi menguncup. Tetapi itu dulu, sekarang Shahril sudah boleh berbangga dengan kereta Audi A5 hasil usaha dan titik peluhnya selama 7 tahun. Berserta EX5 dreams sebijik.

Shahril menghulurkan sekeping not berwarna merah kepada pemuda tersebut. “Kasihann..” diamati wajah pemuda tersebut betul betul..

“Eh ni Nuar ke?” Tanya Shahril kepada pemuda kusut tersebut. Pemuda tersebut diam. Terpaku mereka seketika.

“Eh ni Nuar ke? Betul kau ni Nuar?”  Shahril mengulang pertanyaan tersebut.

Pemuda tersebut mengangguk. Memang tepat sangkaan Shahril. Tetapi Shahril tidak mahu berkata apa apa melainkan..

“Sudahlah Nuar, aku dah tak kisah pasal tujuh tahun lampau. Tapi kalau kau nak beli rokok tu elok elok la sikit, nak masuk 7e pun agak agaklah. kau terpijak taik kucing. Taik bapok besor. Tengok selipar kau” Kata Shahril sambil menutup hidung.

Secara tiba tiba Bram Noordin muncul dari entah mana dan terus gelakkan pemuda tersebut tanpa belas kasihan. “Muahahahahah!”

“Bangg!! Bangg!!” Pemuda tersebut terus sahaja menembak Bram dengan pistol desert eagle. Lalu Bram mati dalam iman sambil tersenyum dan menggengam seberkas tembakau jenama Ring pemberian abahnya.

Mbohh aku boring parok ni..tadok idea. cite cam gampang!


(coretan Anuar)

1 ulasan:

yienNoor berkata...

hahahaha.... bram gak jadi mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...