20 Ogos 2010

Mohar Jantan semakin garang

JKM’S Training Pitch, Colombia - Setelah menjalani sesi latihan selama beberapa minggu, prestasi Mohar Jantan didapati telah meningkat ke tahap yang terbaik. Hal ini diakui sendiri oleh rakan – rakan sepasukan dan juga peminat – peminat pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) yang turut mengikuti perkembangan pasukan ini dari semasa ke semasa. Malah menurut sesetengah pemain, peningkatan prestasi Mohar Jantan secara mendadak telah menimbulkan banyak persoalan.

Seorang pemain JKM yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, “Gua rasa Mohar ada ambil kismis minda ni..paling kuat pun dia minum kopi Jantan dengan kopi Goji sebelum main. Tu yang gua rasa la. Lu rasa sebab apa?” Kenyataan rasa rasa tersebut bagaimanapun disanggah oleh Bram Noordin yang juga merupakan rakan karib Mohar. Beliau yang ternyata marah terus menyangkal kenyataan tersebut dengan nada yang agak kasar tetapi masih bersopan santun, “Tokmu penah join geng bustand masa mude mude dulu!”.

Krew Sidang Prajurit Kampung terus sahaja mendapatkan Bram Noordin bagi mencari maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. Namun menurut Bram Noordin, beliau sendiri masih lagi tidak tahu sebab sebenar prestasi Mohar Jantan semakin meningkat. “Aku rasa kau patut siasat dalam dalam sampai ke bazaar Ramadan depan Tunas Manja tu.” Tambah beliau lagi, “Aku pun hairan, semenjak dua menjak ni si Mohar memang lain macam. Aku rasa mesti sebab dia terpengaruh dengan pelakon siri lagenda Duyung Aridinata tu, apa nama dia? Zachry?”
 
Walaubagaimanapun, maklumat yang diberikan oleh Bram Noordin masih lagi tidak mencukupi malah kenyataan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk mengaitkan Mohar dengan Fasha Sundha yang juga pelakon siri lagenda tersebut. Namun demikian, prestasi Mohar yang semakin menjadi dan sikapnya yang  ramah terhadap orang ramai dan juga kucing tompok tetap menimbulkan persoalan. Mohar Jantan juga dengan senang hati telah menyumbangkan lima botol air Dr.Sukida kepada staf dan rakan rakan sepasukannya. Sehingga kini, seorang pun tidak dapat memberikan kepasatian terhadap perubahan tersebut tetapi Krew Sidang Prajurit Kampung tidak akan berputus asa dan akan meneruskan siasatan ini hingga menemui jawapannya.

KATA PERANGSANG..beberapa pemain JKM sedang mendengar kata-kata perangsang dari Mohar Jantan (anak panah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...