17 Ogos 2010

JKM Hooligans - Mat Bennayoun Lupa Bayar Zakat

SG ISAP, Colombia – Kegagalan beraksi dengan keupayaan sebenar menyebabkan Mat Bennayoun disumpah seranah oleh para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan kedua pasukan JKKK Kusi Meroh (JKM) menentang Sg Isap Junior semalam. Jurulatih Omar Alias ternyata kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya yang tewas dua gol tanpa balas kepada pasukan lawan.

Menurut Omar Alias lagi,pasukannya tewas bukan disebabkan kehebatan lawan tetapi mereka tewas disebabkan ketumpulan serangan yang diketuai oleh Mat Bennayoun. Mat Bennayoun yang baru sahaja diangkat sebagai pemain terbaik pada perlawanan sebelumnya ternyata menghadiahkan kekecewaan yang bukan kepalang kepada rakan sepasukan dan penyokong – penyokong  JKM yang hadir pada malam tersebut.

Dalam perlawanan semalam, Mat Bennayoun telah mempersiakan sekurang – kurangnya 97 peluang yang diperoleh dan menyebabkan pasukan JKM kebuntuan jaringan. Jentera tengah JKM yang digerakkan oleh Curmul Custa dan Muhamad Subri bagaimanapun berfungsi dengan baik kerana berjaya menghidangkan kesemua 97 peluang tersebut kepada Mat Bennayoun. Namun demikian pasukan JKM seharusnya berterima kasih kepada pemain pertahanan mereka iaitu MatDom Taichi yang berjaya mengekang pasukan lawan daripada menyumbat lebih banyak gol.

Pada minit ke-20, Curmul Custa berjaya membuat satu hantaran cantik menuju tepat kepada Mat Bennayoun yang tidak dikawal. Namun demikian, Mat Bennayoun telah membuat satu rembatan kencang ala – ala Jonah Lomu mengambil konvensyen untuk pasukan New Zealand AllBlack yang mana bolanya menuju tinggi hingga terkana tiang lampu surau kampung sebelah.

Selang seminit kemudian, Muhamad Subri yang berjaya melepasi dua pemain lawan telah menyungkit bola tepat kepada Mat Bennayoun yang sekali lagi tidak dikawal oleh mana – mana pemain lawan. Seperti orang yang tidak puas menyambut deepavali, Mat Bennayoun terus melakukan sepakan akrobatik ala-ala capoeira paranawei dengan sepenuh syahwat. Namun sepakan tersebut menyebabkan bola melantun keluar pagar dan menuju tepat kepada seorang pakcik yang sedang membakar sampah dihadapan rumah. "Opocot sedapnye sup belut yang aku makan tengah hari tadi!" Latah pakcik tersebut yang ternyata membongkarkan rahsia beliau tidak berpuasa.

" Carajo, carajo! maldito usted loco se queja !! " Mat Bennayoun memaki hamun dirinya sendirian
.
Penulis cuba mengaburi pembaca dengan tidak mendedahkan imej Mat Bennayoun secara jelas

Perlawanan tersebut berakhir dengan penuh kekecewaan bagi pasukan JKM. Namun, gelaran pemain terbaik yang dimiliki oleh MatDom Taichi sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan mereka.

"Ini semua salah Mat! Player lain dah main elok elok, ini mesti kes dia tak bayar zakat fitrah tahun lepas..jahanam!" Keluh seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Budok.

Sebelum perlawanan bermula, terdapat  seorang penyokong yang sekadar pusing pusing keliling gelanggang dengan menaiki motosikal sambil tersenyum sinis. "Nok masuk ikut pintu mana ni?" gelor dek penyokong tersebut. Mungkinkah beliau juga bakal menyertai skuad JKM? -Sidang Prajurit Kampung


Barisan pemain JKM : Berdiri dari Kiri : MatDom Taichi, Mohar Jantan, Bram Noordin, Alif Naiem, Nuareth Kamar, Omar Alias ( pengurus )

Duduk dari Kiri : Muhamad Subri, Budok, Mat Bennayoun Yumni Al Aziz, Curmul Cursta, Razak Hamid

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

steady penulis encik anuar kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...