17 Ogos 2010

Alex Ferguson 'geram' tengok aksi Mat Bennayoun

SG ISAP - Pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) berjaya membuktikan bahawa perut yang buncit bukanlah satu halangan untuk mengalahkan pihak lawan dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung malam tadi. Dalam perlawanan tersebut pasukan JKM berjaya mengatasi Sg Isap Senior dengan keputusan enam gol berbalas dua.

Pasukan JKM yang diketuai oleh Mohar Jantan bagaimanapun dikejutkan dengan gol pendahuluan Sg Isap Senior pada minit kedua dan keenam permainan separuh masa pertama. Ketinggalan dua gol pada awal permainan menyebabkan JKM mula memperkemaskan rentak. Jurulatih Omar Alias mengeluarkan dirinya sendiri dan digantikan dengan Bram Nordin yang bermain sebagai penjaga gol pada waktu tersebut.

Gol pertama JKM hadir pada minit ke 15 separuh masa pertama melalui gerakan satu dua Nuareth Kamar dan Muhammad Subri yang akhirnya disudahkan dengan rembatan leret oleh Nuareth tepat menuju ke penjuru kanan pintu gol Sg Isap senior. Bagaimanapun beliau dilayangkan kad kuning kerana meraikan kejayaan menjaringkan gol tersebut dengan menghisap sebatang winston yang dicucuh oleh Bram Nordin.

JKM meneruskan serangan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan yang disudahkan dengan cantik oleh Curmul Custa yang berjaya menggelecek 4 orang pemain lawan sehingga membuatkan mereka terbogel dan mengisi borang menjadi pelakon filem tamil elam. Gol tersebut telah berjaya menaikkan semangat pemain-pemain JKM . Pada minit ke 40 separuh masa kedua, tanpa segan silu lagi Yumni Al Aziz yang digelar sebagai Mat Bennayoun dan bermain untuk kelab PTG membuat sepakan ‘half volie’ yang menuju tepat kearah kiri pintu gol pasukan lawan.

Mu tengok! Mu tengok!! Kawe royak doh!!” jerit Yumni Al Aziz kepada beberapa kerat penyokong JKM yang hadir.

Bram Nordin yang bertukar posisi menjadi pemain tengah telah berjaya mencorak serangan kilat pada minit ke 43 dan membuat satu umpanan yang cantik buat Mohar Jantan yang melakukan overlap dari posisi pertahanan kanan, diikuti dengan rembatan kencang sehingga menyebabkan penjaga gol lawan rebah selama –lamanya. Innalillah. Bola muntah tersebut disudahkan oleh Muhammad Subri dengan mudah tanpa sebarang tekanan pihak atasan.

Dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang prolifik Aliff Naem pada minit ke 103 dan Yumni Al Aziz melengkapkan gol kedua peribadi melalui larian deras dan rembatan kencang yang disertai peluh jantan macam peluh bejeruk awie bergaduh dengan farid amirul dalam scene filem maria mariana 2. Yumni Al Aziz dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Jurulatih Omar Alias menyatakan bahawa anak buahnya berjaya mengatasi kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan perut. “ Walaupun ketinggalan dua gol, anak – anak buah saya masih berjaya mengawal permainan dan hasilnya kami menang. Mat bennayoun juga dipilih sebagai pemain terbaik..come on, takdir menentukan segalanya dude

Yumni Al Aziz yang ditemui dibilik persalinan pula menyatakan bahawa rahsia kejayaan beliau mempunyai stamina yang kental adalah dengan menghisap rokok surya. “ sapo dio royak gtu? nate sungguh, rahsia kawe sbenornye minom kopi jantan” Jumlah penyokong yang hadir tidak kurang dari 5 orang. Walaubagaimanapun, Pemain – pemain JKM kemudiannya didapati meraikan kejayaan mereka di kedai mee calong yang berhampiran. -Sidang Prajurit Kampung

1 ulasan:

Stryker_x86 berkata...

aku sendiri tak tau apa yg nak dikatakan pada hari ini kerana aku menerima berita yang teramat gembira dari Perdana Menteri kita sendiri Dato' Najib....

Kerana aku masih berada di tahap gembira yang melampau... Masih sukar untuk aku memberitahu kawan2 sume atau pun dalam bahasa kampung nye (selok)

Setelah Perdana menteri mengumumkan nya pada hari ini.. Kecoh sebentar di ofis kerana teramat gembira sekali maklumlah nak2 dekat raya ni... Duit mesti nak pakai banyak..

Jadi tajuk cite nh adalah bonus raya yang diberi oleh Perdana menteri pada tahun ini adalah sebanyak Rm500.00...

Alhamdullilah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...