30 Ogos 2010

1957 Hati Kering



Purnama 1957



“Ah! Kamu semua tunggu apa? Mahu tunggu bumi Sg Isap dan Permatang Badak ini hangus dirobek oleh orang orang putih itu?” Dato Moharlela marah marah. Rancangannya untuk membunuh residen bagi Sg Isap dan Permatang Badak yang bernama JWW Bitch itu ditentang oleh rakan rakan seperjuangannya.

“Itu terlalu radikal Dato! Ini zaman filem P Ramlee. Zaman radio dua speaker. Kita tentang secara diplomasi!” Bram Indut memberi cadangan. Bram Indut benar benar berharap agar pertumpahan darah dapat dielakkan. Diharapnya agar Dato Moharlela berubah fikiran.

Dato Moharlela dan Bram Indut mengadakan perjumpaan bersama sama rakan seperjuangan bagi membincangkan kaedah yang sesuai bagi menghapuskan residen keparat itu. Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Nuar Kelubi, Tengku Roni, Pendekar Rahim dan Tok Shahril. Mereka adalah orang orang besar dalam sidang dewan kampung. Perbincangan diadakan di Istana Otok Udang, Sg Isap. Sungguh keji nama Istana tersebut.

“Sebagai seorang yang berdarah pahlawan, aku sokong cadangan Dato Moharlela!” Pendekar Rahim bangun dan memberi sokongan kepada Dato Moharlela. “Darah dibalas darah! Aku dah tak sanggup tengok janda janda muda hidup melarat. Mereka semua kematian suami dek kerana tindakan biadap JWW Bitch! Aku...aku sangap tengok janda janda tu..” Kali ini Pendekar Rahim menelan air liurnya.

Ketika mereka sedang hangat berbincang, datang seorang dayang istana yang bernama Siti Shahida untuk menghidangkan air minuman kepada mereka. Siti Shahida seorang dara rupawan. Namun sebagai seorang pejuang, tekak juga perlu dibasahkan, semangat pahlawan ada batasannya. “Ah..aku minta Nescafe kan tadi? Kenapa kau bagi Milo? Kau ni memanglah..Muka je cantik tapi Otak..Otok Udang! Come on, sekarang sudah 1957! grow up la!" Dato Moharlela menengking dayang tersebut. Dayang tersebut berlari laju laju  dan terus masuk semula ke dapur. Kelajuannya seperti pelesit yang dibela oleh Pawang Mat Bennayoun.

Perbincangan tersebut berlanjutan selama 2 hari. Dan akhirnya kata putus diambil. ”Kita bunuh JWW Bitch! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hancur Omputeh!” Kali ini Dato Moharlela betul betul tekad. Akan dibunuh dan dicincangnya badan JWW Bitch itu. Geramnya terhadap peristiwa pembunuhan budak budak kampung  yang belum bersunat memang tidak terluah lagi. Dendam semakin membara.

Lalu Omar Alias dipanggil. Omar Alias merupakan satu satunya anak Sg Isap yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Senior Cambridge. Kini Omar bekerja sebagai budak pejabat di Majistret Taman Tas. Sebagai seorang pekerja goberment, Omar Alias memang mengetahui kegiatan dan jadual harian yang akan dilakukan oleh JWW Bitch.

Adapun Tengku Roni seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang komunikasi sosial, beliau juga fasih berbahasa Jerman kerana pernah membaca buku Mein Kampf cetusan idea Hitler dan  buku Das Capital karya Karl Marx. Lalu Dato Moharlela mengarahkan supaya Tengku Roni berurusan dengan Omar Alias. “Macam ni Tengku Roni, setiap pagi JWW Bitch memang akan mandi di Sungai Pokpeng sambil bernyanyi lagu kumpulan Panca Sitara. Saya rasa elok sekiranya Tengku Roni dan rakan rakan semua bunuh si keparat tu pada waktu tersebut. Kerana pada waktu tersebut si keparat itu akan membawa seorang pengawal sahaja, iaitu Kamal Richardson” Omar Alias memberitahu Tengku Roni akan waktu yang sesuai bagi menjalankan operasi bersejarah tersebut.

Wunderbar!” Royak Tengku Roni dalam bahasa Jerman..

Imaginasi watak waktu tersebut. Gambar Hiasan ye.
 Bersambung...

(coretan saudara Anuar)

2 ulasan:

yienNoor berkata...

bagus cerite besejarah ini disambung encik anuar hahahha best2

ZieMa berkata...

hahahaha... sengal lutut teman,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...