24 September 2010

Pemain JKM ramai yang dah nak kahwin

SG ISAP, Santiago Paraguay – Pasukan Futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) yang entah bila tiba tiba sahaja berpindah dari Colombia ke Paraguay kini mula menghadapi masalah baru. Masalah ini dijelaskan oleh Mohar Jantan sendiri yang juga merupakan orang kuat pasukan JKM. Menurutnya, kadar ketidakhadiran pemain pemain JKM yang semakin menjadi jadi menunjukkan terdapat perubahan dari segi pembahagian komitmen para pemain dengan tugas mereka.

Hanya terdapat enam orang pemain sahaja yang hadir pada malam Khamis lalu untuk menyertai perlawanan persahabatan bersama pasukan dari Permatang Badak yang diketuai oleh Udin Pale dan Ali Cirit. Enam pemain tersebut adalah Rooney Dasril, Mohar Jantan, Curmul Cursta, Nuareth Kamar, Mohd Yusoff Othman dan Razak Hamid. Pemain pemain lain pula dikatakan mempunyai komitmen yang lebih tinggi bagi menghadapi hari hari perkahwinan yang bakal menjelang. Muhamad Subri misalnya dikatakan sanggup buat kerja Part Time tengah tengah malam buta bagi menampung perbelanjaan perkahwinannya nanti. Mat Bennayoun jangan ceritalah, jenis yang nak kahwin dan buat majlis kat hotel juga turut tidak hadir pada malam tersebut. Situasi itu membayangkan bahawa pasukan futsal JKM kini dalam keadaan yang membimbangkan.

Akibat terlalu kecewa dengan keadaan tersebut, Pasukan JKM tewas 8 - 6  kepada pasukan Permatang Badak. Namun berita yang agak menggembirakan adalah mengenai prestasi Rooney Dasril sebagai penjaga gol baru yang agak cekap dan berani telah menyebabkan pasukan JKM tidak tewas dengan jumlah jaringan yang agak besar.

Di akhir sesi temubual, Mohar Jantan menasihatkan para pemain supaya hadir pada sesi perlawanan akan datang.  Kepada satu soalan, Mohar Jantan diminta mengulas alasan yang diberikan oleh Mat Bennayoun yang dikhabarkan kekurangan duit untuk bermain, “Duit tabung JKKK ada lagi wei!”

SuperSob (anak panah) seorang pekerja yang rajin dan tawadoq


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muka ketat by bro muhamad subri...caya sama lu lar bro..ngehngehngeh...bagai singa lapor tuew gayanyer...

Tanpa Nama berkata...

Walau ape poon tahniah to supersob!!!
caiyok!!!!

Tanpa Nama berkata...

supersob bermain agak cantik kali ini. tiada lagi belas kasihan di depan pintu gol. tahniah supersob!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...