21 September 2010

Epilog syurga getah

Anak muda seperti Bram memang rajin. Rajinnya bukan dibuat buat, bukan rajin sebab nak kumpul duit untuk kawin, tapi rajin demi mencari kepuasan dan pengalaman sebagai seorang penoreh. Gua tengok prestasi Bram agak bagus juga walaupun baru dua hari belajar menoreh. Istilah menoreh disini perlu difahami secara khusus, iaitu menoreh pokok getah. Bukan menoreh getah spender.

Peluh mencurah curah, ketiak gua dah mula basah. Terus terang cakap kerja kerja mulia seperti menoreh memang menyebabkan perut gua cepat lapar.  Rahim juga sependapat dengan gua. Sudah lebih 200 pokok gua dan Rahim toreh pagi ini. Lalu kami berdua berehat di gobok sambil menghisap rokok. Bram masih lagi tekun. Semangat untuk memantapkan ‘skill’ torehan tidak pernah pudar. Pelawaan kami untuk berehat seketika ditolaknya mentah mentah.

Gua dan Rahim berehat lebih kurang 20 minit. Bram masih lagi tidak muncul.

“Aih, rajin benor bram ni? Tak reti penat ke budok tu?” Tanya Rahim pada gua. Gua buat buat asah pisau toreh, malas menjawab pertanyaan Rahim.

30 minit berlalu, gua dan Rahim bersiap siap kembali untuk menoreh. Ketika itu Bram baru muncul, baru kenal penat dan reti pula untuk berehat.

“woi, banyok giler susu getah kat pokok pokok belakang sana tu! Puas aku toreh, hari ni aku sorang je dah toreh 2 ekar” Bram teruja.

Setahu gua pokok pokok dibahagian belakang sana sudah tua tua. Sudah menopose, tidak bersusu dan bodinya tidak bergetah macam getah getah tengah cun. Entah entah...?

“Tu haa..pokok sebelah pagar sanaa..ada la dalam 40 pokok aku toreh! Fuhh..masyukk kita bulan ni” kali ini Bram begitu yakin. Ditunjuknya kepada kami pokok pokok yang baru ditoreh itu. Kesungguhannya akan membuahkan hasil.

Rahim tepuk dahi. “Itu kebun orang lain la, yang mu toreh tu kebun orang lain tau dok? Kan dah ada pagar batu tu? Mampos la kite! Takdok hasil!”

Sungguh, kali ini gua rasa betul betul penat. Bram tersalah toreh pokok, Rahim tepuk dahi, gua pula pegi toreh getah spender.




Dicoret oleh: Anuar Kamaruddin

2 ulasan:

yienNoor berkata...

kah kah kah.... itu la bram... dillemma salah kebun

Stryker_x86 berkata...

guane nok wat....
mmg perangai cam tu doh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...