30 Ogos 2010

1957 Hati Kering



Purnama 1957



“Ah! Kamu semua tunggu apa? Mahu tunggu bumi Sg Isap dan Permatang Badak ini hangus dirobek oleh orang orang putih itu?” Dato Moharlela marah marah. Rancangannya untuk membunuh residen bagi Sg Isap dan Permatang Badak yang bernama JWW Bitch itu ditentang oleh rakan rakan seperjuangannya.

“Itu terlalu radikal Dato! Ini zaman filem P Ramlee. Zaman radio dua speaker. Kita tentang secara diplomasi!” Bram Indut memberi cadangan. Bram Indut benar benar berharap agar pertumpahan darah dapat dielakkan. Diharapnya agar Dato Moharlela berubah fikiran.

Dato Moharlela dan Bram Indut mengadakan perjumpaan bersama sama rakan seperjuangan bagi membincangkan kaedah yang sesuai bagi menghapuskan residen keparat itu. Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Nuar Kelubi, Tengku Roni, Pendekar Rahim dan Tok Shahril. Mereka adalah orang orang besar dalam sidang dewan kampung. Perbincangan diadakan di Istana Otok Udang, Sg Isap. Sungguh keji nama Istana tersebut.

“Sebagai seorang yang berdarah pahlawan, aku sokong cadangan Dato Moharlela!” Pendekar Rahim bangun dan memberi sokongan kepada Dato Moharlela. “Darah dibalas darah! Aku dah tak sanggup tengok janda janda muda hidup melarat. Mereka semua kematian suami dek kerana tindakan biadap JWW Bitch! Aku...aku sangap tengok janda janda tu..” Kali ini Pendekar Rahim menelan air liurnya.

Ketika mereka sedang hangat berbincang, datang seorang dayang istana yang bernama Siti Shahida untuk menghidangkan air minuman kepada mereka. Siti Shahida seorang dara rupawan. Namun sebagai seorang pejuang, tekak juga perlu dibasahkan, semangat pahlawan ada batasannya. “Ah..aku minta Nescafe kan tadi? Kenapa kau bagi Milo? Kau ni memanglah..Muka je cantik tapi Otak..Otok Udang! Come on, sekarang sudah 1957! grow up la!" Dato Moharlela menengking dayang tersebut. Dayang tersebut berlari laju laju  dan terus masuk semula ke dapur. Kelajuannya seperti pelesit yang dibela oleh Pawang Mat Bennayoun.

Perbincangan tersebut berlanjutan selama 2 hari. Dan akhirnya kata putus diambil. ”Kita bunuh JWW Bitch! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hancur Omputeh!” Kali ini Dato Moharlela betul betul tekad. Akan dibunuh dan dicincangnya badan JWW Bitch itu. Geramnya terhadap peristiwa pembunuhan budak budak kampung  yang belum bersunat memang tidak terluah lagi. Dendam semakin membara.

Lalu Omar Alias dipanggil. Omar Alias merupakan satu satunya anak Sg Isap yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Senior Cambridge. Kini Omar bekerja sebagai budak pejabat di Majistret Taman Tas. Sebagai seorang pekerja goberment, Omar Alias memang mengetahui kegiatan dan jadual harian yang akan dilakukan oleh JWW Bitch.

Adapun Tengku Roni seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang komunikasi sosial, beliau juga fasih berbahasa Jerman kerana pernah membaca buku Mein Kampf cetusan idea Hitler dan  buku Das Capital karya Karl Marx. Lalu Dato Moharlela mengarahkan supaya Tengku Roni berurusan dengan Omar Alias. “Macam ni Tengku Roni, setiap pagi JWW Bitch memang akan mandi di Sungai Pokpeng sambil bernyanyi lagu kumpulan Panca Sitara. Saya rasa elok sekiranya Tengku Roni dan rakan rakan semua bunuh si keparat tu pada waktu tersebut. Kerana pada waktu tersebut si keparat itu akan membawa seorang pengawal sahaja, iaitu Kamal Richardson” Omar Alias memberitahu Tengku Roni akan waktu yang sesuai bagi menjalankan operasi bersejarah tersebut.

Wunderbar!” Royak Tengku Roni dalam bahasa Jerman..

Imaginasi watak waktu tersebut. Gambar Hiasan ye.
 Bersambung...

(coretan saudara Anuar)

31 ogos Hari Kemerdekaan Malaysia

31 ogos 1957

Hari keramat bagi Tanah Malayu yang  kini dikenali dengan nama Malaysia. Seluruh penduduk ketika itu gembira dengan pengisytiharaan Kemerdekaan yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan perdana menteri Malaysia pertama. Beliau juga dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan. Tanah Melayu terus berkembang sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada penjajah dan seterusnya  terbentuklah sebuah negara Malaysia secara rasmi pada 16 september 1963 disertai bersama gagasan borneo iaitu Sabah dan Sarawak... maaf aku malas nak cerite pasal Singapura sebab tak lama dalam Malaysia. Sehingga kini Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun dan sebagai anak kelahiran negara Malaysia kami warga JKKK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan....

"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 53"

 

(Entri ini dikarang oleh saudara YienNoor)

29 Ogos 2010

Hukum Karma episod ke 19 juta.

Disember 2003

Di suatu malam yang dingin. Di kedai Abang Nan yang agak lengang,  kami berempat melepak dan bersidang seperti biasa. Ketika itu Jam 12. Waktu waktu begini lazimnya Pontianak dah standby di tepi  tepi jalan dengan modal lamanya – Jadi wanita cantik berselendang putih dan pegang batu nesan dengan tujuan untuk menganggu abang abang yang sedang memandu lori.

“Ah, pontianak Kolot. Pontianak pasca modenisasi sepatutnya sudah berfikiran maju dan kotor. Pakai bikini, pakai lingerie dan kemudian menari di tiang lampu, barulah abang – abang lori berhenti.  Pontianak Malaysia memang kolot, memang tepu!” ujarku sendirian. Ku lihat bulan mengambang penuh.  Angin bertiup perlahan tetapi cukup untuk mencengkam tulang pelvis.  Tiba tiba..

“Nuar, pinjam 50sen tolong..gua dah tak tahan ni. Baru lepas makan nasik ni, kenyang gua tak bermakna selagi tak pekena Dunhill”  Shahril merayu rayu. 50sen yang keramat.  50sen yang bakal menentukan nikmat hidup sebagai seorang perokok tegar.

“Ah, aku tak kisah kalau kau nak pinjam 50sen. Tapi kalau kau nak pinjam sebab kau nak merokok, Sori lah, aku memang takkan bagi. Membazir! Baik aku sedekah kat masjid?” Aku menolak rayuan Shahril dengan tegas.

“Aku rasa elok kau berhenti hisap rokok, jangan jadikan rokok sebagai ekuiti kau! Kelak kau akan membakar duit dengan sia sia. Jangan jadi hamba rokok! Sudah, hentikanlah semua ini. Takde nikmat pun!” Aku melontarkan dialog seolah olah sedang menjiwai watak sebagai seorang haruan makan anak yang baru pulang dari Batu Caves.

Namun Shahril tidak berputus asa. Teknik pujuk rayunya memang kelas pertama. Bermacam macam hujah yang dipetik dari alam ghaib diberikan olehnya untuk meyakinkanku. Akhirnya aku mengalah macam orang yang baru kalah sabung ayam. Shahril bersorak gembira seperti baru menang loteri. Dan akhirnya sebatang Dunhill menjadi miliknya. Kemas di dalam genggaman. Hinggap di jari jemari. Dan cagu  cagu mula bergemerlapan menyinari kehidupan.

 Aku, Shahril, Rahim dan Ikhwan kemudiannya meneruskan sidang lepak tersebut dengan tajuk tajuk yang agak ringan.  Tajuk yang sesuai untuk orang – orang yang baru habis SPM. Tajuk tajuk bangsat dan picisan juga tidak ketinggalan

2010

“Shahril, pinjam 10 ringgit, duit aku tengah kering ni..nak beli rokok sekotak..tolongg” Rayu seorang pemuda. Pemuda tersebut kelihatan agak kusut dan tidak terurus.

Shahril tersenyum. Pemuda tersebut mengingatkannya akan peristiwa tujuh tahun lalu. Mengingatkannya kepada kehidupan lampau yang sentiasa terhimpit dek masalah kewangan. Kehidupan seorang Shahril yang sering tertindas dek kerana kekuasaan para kapital kapitalis. Kehidupan zaman ekonomi menguncup. Tetapi itu dulu, sekarang Shahril sudah boleh berbangga dengan kereta Audi A5 hasil usaha dan titik peluhnya selama 7 tahun. Berserta EX5 dreams sebijik.

Shahril menghulurkan sekeping not berwarna merah kepada pemuda tersebut. “Kasihann..” diamati wajah pemuda tersebut betul betul..

“Eh ni Nuar ke?” Tanya Shahril kepada pemuda kusut tersebut. Pemuda tersebut diam. Terpaku mereka seketika.

“Eh ni Nuar ke? Betul kau ni Nuar?”  Shahril mengulang pertanyaan tersebut.

Pemuda tersebut mengangguk. Memang tepat sangkaan Shahril. Tetapi Shahril tidak mahu berkata apa apa melainkan..

“Sudahlah Nuar, aku dah tak kisah pasal tujuh tahun lampau. Tapi kalau kau nak beli rokok tu elok elok la sikit, nak masuk 7e pun agak agaklah. kau terpijak taik kucing. Taik bapok besor. Tengok selipar kau” Kata Shahril sambil menutup hidung.

Secara tiba tiba Bram Noordin muncul dari entah mana dan terus gelakkan pemuda tersebut tanpa belas kasihan. “Muahahahahah!”

“Bangg!! Bangg!!” Pemuda tersebut terus sahaja menembak Bram dengan pistol desert eagle. Lalu Bram mati dalam iman sambil tersenyum dan menggengam seberkas tembakau jenama Ring pemberian abahnya.

Mbohh aku boring parok ni..tadok idea. cite cam gampang!


(coretan Anuar)

Trend Remaja

2001


masa taun ni.. ramai budok remaje suke jadi ahli bawah tanoh.. ingin menjadi ahli pemuzik jalanan atau bawah tanah ( underground ) walaupun main alatan muzik tak pandai... " lu pakai sluar macam tak basuh 10 taun jek" kata Bram.. " gua koya kurt coobain" balas Omar... " sayang rupa lu macam Jaafar Onn" basuh Bram... itu lah gaya apabila anak-anak muda kebandar atau pekan.. janji rock ala Grunge... terikut dengan lagenda muzik oversea yang overdose dadah hingga membunuh diri..  tapi takpe Omar tak hisap dadoh.. cume hisap ice Pong 10sen sebatang yang banyak terjual di kedai runcit.. yang pasti kedai Elfi pilihan omar sejak tadika.....


2010


masa ni dah 9 taun.. masa berlalu dengan pantas.. sepantas larian pecut Usain Bolt yang memegang rekod manusia belari secara pantas sejauh 100 & 200 meter.. belum tentu dapat lari laju kalau 1000meter.. mungkin meter ke 400 belari seperti kura-kura... zaman skang remaje terpengaruh ngan ART.. art ape kebende? art photography... ke bando gantung seketul medal olimpik kaler itam dengan penuh bangga... " gua dalam tandas pun bikin art beb" kate Alip... " art mende sampai dalam tandas lu gantung kamera DSLR tuh? " hujah daripada Anuar.. "setiap mase gua candid gambar kan gua minat seni gambar ni" dengan yakin Alip membida pertanyaan Anuar... " lah... menatang ape ART dlm bilik sempit tu lu candid? ke lu candid gambar lu berak?" pertanyaan yang belum pasti Alip dapat menjawab...... walaupun Alip cuba mencari jawapan dalam buku yellow pages...


"GAYA MUTU KEUNGGULAN"  jangan ikut trend kalau lu tak pasti apa lu mau....!!!! 


(coretan Yiennoor)

25 Ogos 2010

Omar Alias - Percaturan Menjadi

SG ISAP, Colombia – Mantap, semakin mantap dan mantop macam bodi awek cun. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan prestasi pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) pada ketika ini.Sesi latihan rutin yang dijalankan pada malam Jumaat minggu lepas telah memberi gambaran kepada para pemerhati luar bahawa pasukan JKM bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Kombinasi dan percaturan taktikal yang semakin baik telah meletakkan pasukan JKM pada satu tahap yang berbeza berbanding pada sesi latihan awal mereka dahulu.

Percaturan baru yang meletakkan gandingan dua penyerang di hadapan iaitu Mat Bennayoun dan Curmul Cursta dilihat sebagai satu paradigma dalam permainan pasukan JKM. Mat Bennayoun kelihatan 'menjadi' pada malam tersebut dan gandingannya bersama Curmul Cursta merupakan senjata terbaru pasukan JKM yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lawan. Persefahaman yang baik, hantaran satu dua yang cantik dan disudahi dengan gol yang menarik menyebabkan mereka kini menjadi buruan kelab kelab ternama di New Delhi.

"Esok aku nak pegi JPN, nak tukar nama jadi Yumni Torres bin Abu Seman" - Mat Bennayoun

Beberapa pemain lain juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Bram Noordin misalnya telah menunjukkan peningkatan dari segi kawalan bola dan teknik rembatan dari jarak jauh. Walaupun pada malam tersebut kasutnya koyak rabak dan zip seluarnya rosak, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pasukan JKM. "Biar zip rosak, jangan akhlak yang rosak" ujar Bram Noordin dengan yakin sambil menggulung kertas cap wayang.

"Gua dah power. Lu bila lagi? "-Bram Noordin

Kebuntuan jaringan oleh Omar Alias akhirnya berjaya dipecahkan pada malam tersebut. Gol beliau juga dipilih sebagai gol tercantik pada malam itu kerana bola yang disepaknya dari kawasan sendiri telah melencong menerjah masuk ke jaring pasukan lawan yang dikawal oleh Mohar Jantan. Mohar Jantan dilihat menggelengkan kepala apabila bola tersebut masuk ke dalam gawang yang dikawalnya. Di sebalik jaringan tersebut, Mohar Jantan sebenarnya telah menyelamatkan banyak percubaan berbahaya. Beliau setidak tidaknya telah menafikan 342 percubaan yang dilakukan oleh rakan rakan sepelatih. Aksinya yang tangkas ala ala bekas penjaga gol Pahang, Ou Yu Tiang telah mendapat pujian dan tepukan daripada ketua kampung, encik Mubin. Menurut Mohar Jantan, anak perempuan encik Mubin itu cantik.

Sementara itu, beberapa pemain JKM juga dilanda kecederaan. Muhamad Subri yang juga dikenali sebagai supersob telah mengalami kecederaan lutut yang agak kritikal. Beliau terjatuh ketika hendak mengambil wudhuk. Eh silap. Beliau terjatuh ketika hendak mengambil sepakan percuma dalam sesi latihan tersebut. Razak Hamid pula mengalami kecederaan buku lali dan menyaksikan beliau meninggalkan sesi latihan dalam keadaan terhincut hincut. Begitu juga dengan Nuareth Kamar yang cedera dipangkal peha akibat sudah lama tidak bersukan dan juga akibat masalah kekurangan duit. Walaupun masalah duit dan pangkal peha tiada kaitan, namun ia tetap dijadikan sebagai alasan bagi orang yang suka memberi alasan. Ketiga tiga pemain tersebut dikhabarkan akan dirawat menggunakan ramuan herba yang dibawa khas dari tanah besar China oleh Tuan Guru Taichi Master, The Dom.

Secara keseluruhannya permainan pasukan JKM dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun terdapat 3 pemain yang cedera namun ia tidak menghalang pasukan JKM dari mengecapi fasa peningkatan yang drastik dan juga tidak menghalang mereka daripada melepak seperti biasa. Sesungguhnya sesi latihan dan perlawanan persahabatan pada Ramadan kali ini telah menepati objektif awal pasukan iaitu mengurangkan kadar diameter perut yang buncit ataupun dalam bahasa kampungnya, "Gua nak perut gua jadi katang."


23 Ogos 2010

Murtabak Kau Sepi Tatkala Ramadhan Kembali

“Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,alangkah baik nye di negeri sendiri..” ungkapan ni rase nye yg terunggul tuk menggambarkan keadaan dan situasi mahupun perasaan yg di alami oleh diri aku di kuching dan yg pasti lebih parok,sedare yien yg tersangkut di ceruk Bintulu.Senang memonteng pose ,hotel clear rm20,air setan separuh harge,kelabbing xyoh cover charge dan rumoh urut yg besepoh mungkin di anggap metafora kpd ‘hujan emas’..tp hanya jika itu yg di cari..Namun bg aku dan yien,walaupun dunia kami terbatas dek jarak 10 jam pejalanan darat,hanya satu yg kami cari di bulan Ramadhan ini "MURTABOK SEDAK".
Sejenis makanan yg sgt sinonim ngan masyarakat Malaysia,lebih2 lg di time2 bulan pose ni rupe2 nye amat payoh di cari di kepulauan borneo.Bukan tidak wujud,tp kewujudan nye sekadar melukut di tepi gampang.Kegembiraan menyambut Ramadhan di ragut rakus tatkala melihat hanya 5 gerai yg menghiasi bazaar Ramadhan di daerah Kota Samarahan (sebuah Bandar ala2 Taman Tas yg jarak nya hanya 10 km dr Bandar Kuching).Hanya .. dan aku kesal…Fesbuk mnjadi rhodong terbaik di kala malam..tibe2 Yien pula muncul ngan ceritera lg menyayat hati..ceritera sakit hati dan ceritera hangen satu badan beliau..”koi rase nak lembang je gerai metabok tu,doh la mahal,tok sedak plop tu!!” mesej yien yg berbaur keganasan melampau muncul di skrin laptop aku..mmbikk,same la keadaan nye ngan aku di Kuching ni.Tapi mybe yien lg bengang..sehingga terlintas nawaitu di hati beliau smpai nok lempor tin sardin ala2 cat meroh gaya Along terhadap gerai metabok tersebut..dasat..xpela yien..pah ni mu blk kontan mu lahap la smpai muntoh rewoh..jgn lupe tapau satu kontena pos ke aku..mengharap ni..Beberape ari lepas aku beli gop seketul metabok..selok nok lepas gian..bior mahal pong..sggup..tp ending die bejehek xdop org mkn..aku sndiri pun xlalu mkn..natang sungguh tidak sedap wahai murtabak itu..
Jadi pade sesape hok setar bt metabok tu,mari la cni bukok satu gerai..kompem kaye mu..kastemer jg risau..satu kem aku bawok g bli metabok mu..mahal ke muroh xdok hal boh,jnji sedak..sebab kami masih mencari "MURTABOK SEDAKKK!!"


(coretan saudara Syed Amirul)

22 Ogos 2010

Muzik Indie Zaman dulu kale beb


Skang ramai Orang layan muzik Indie alaf baru.. muzik indie alaf dulu kala dilupekan... ni lagu negeri kami....

21 Ogos 2010

KIAMAT: episod ke -14982

11 Ramadan 1431H


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok..


Hari sudah lewat benar. Jam di dinding kamar Alif terus berdetik mengikut deras masa. Alif masih lagi menghadap komputer, meneliti dan menyelusuri satu persatu laman sesawang di internet. Penat bermain futsal bersama pasukan JKM masih belum hilang, diurutnya kaki kanan yang banyak menyumbangkan jasa kepada pasukan futsal itu. “Hari ini aku bermain cantik, syukurr...”


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok...


Alif masih lagi menelaah internet, kerja ini memang takkan habis. Lantas beliau membaca sebuah artikel berkaitan dengan pembuangan bayi yang semakin menjadi jadi ketika ini. Banyak sungguh bayi yang tidak berdosa dibuang merata rata. Dalam longkang,  tepi loji kumbahan, bawah helikopter malah di bengkel kemahiran hidup sebelah Apit G juga ada. “Astarghfirullahalazimmm..”  Alif beristighfar panjang. Betapa teruknya keruntuhan moral dan isu sosial yang semakin membarah pada masa kini telah menyebabkan beliau berasa kesal dengan tindakan para penjenayah jenis lepas tangan tersebut. Kebejatan sosial yang semakin menggila mendorong Alif berfikiran rasional. “Aku hairan mengapa segelintir kita masih menghukum bayi bayi ini dengan menggelarkan mereka sebagai anak haram. Walhal selayaknya ibu ibu dan bapa bapa mereka yang patut digelar sebagai haram, Bapak haram! Ibu Haram! Bukan bayi. Celaka! ” Bentak Alif dalam hatinya. Rasional Alif ada benarnya, kerana di dalam artikel sebelum ini beliau ada terbaca mengenai tanda tanda kiamat kecil. Salah satunya berkaitan dengan keruntuhan akhlak yang semakin menjadi jadi. Alif mengeluh panjang...


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok...


Facebook.


Nuareth Kamar – “Ini satu lagi haprak. Bapak kau kasi nama elok elok, kau letak nama macam nama Nazareth, setan tak sadar diri” Alif marah marah. Masakan tidak, nama sebenar kawannya itu adalah Anuar yang bermaksud cahaya. Manakala Nazareth pula merujuk kepada sebuah Bandar di utara Israel. Bagi Alif, anak anak muda kini makin terikut ikut dengan budaya barat, budaya hedonism, budaya batu dan golek dan macam macam jenis kejadah budaya yang tidak elok. Beliau kesal dan berjanji akan menasihati rakannya supaya mengubah nama kepada yang lebih islamik. Nama yang sesuai dengannya sebagai seorang muslim. Nama yang baik baik. Nama yang terpuji.


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok...


Alif menghitung diri, beliau bersyukur kerana dirinya masih lagi tidak menyimpang jauh dari ajaran sebenar. Beliau tidak mahu berbangga diri mahupun dianggap takabur. Tetapi nampaknya setakat ini rakan rakannya memuji segala tindakan beliau. Main bola tutup aurat. Pergi masjid sedekah 20 sen. Pimpin tangan kucing Haji Murad ketika melintas jalan. Tegur awek cun yang tak pakai g-string. Tukar juadah ketika deepavali. Segalanya dilakukan Alif dengan penuh keikhlasan. Beliau memuji dirinya sendiri tatkala melihat rakan rakannya masih lagi hanyut dengan duniawi.


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok...


Alif kini beralih arah. Ruangan gosip artis juga turut menjadi pilihannya. “Celakaa!” Alif marah dan terkejut. Beliau terkejut apabila membaca sebuah gosip yang mengatakan bahawa seorang produser filem tanah air bernama Raja Azmi mempunyai skandal dengan Roslin Hashim yang juga bekas pemain badminton Negara. “Memang kiamat makin hampir, kau berkiblatkan duniawi dan bertuhankan nafsu!” monolog Alif sendirian. “Kau bukan Raja Azmi, kau sebenarnya Raja Firaun! Dan kau Roslin, kau jantan dayus!” Kemarahan alif tidak dapat dibendung lagi. Beliau yang geram dengan isu tersebut terus mencapai sebatang rokok bola di tepi skrin komputernya. Dicucuhnya perlahan lahan dan disedutnya dalam dalam. Alif lega. Gosip gosip sebegitu memang memanaskan hatinya yang pantang melihat sebarang kemungkaran. Disedutnya lagi rokok bola itu dalam dalam. Dihembus asap rokok tersebut ke skrin komputer, betul betul tepat ke muka Raja Azmi. “Padan muka kau syaitan! Hahaha” Alif gelak sendirian macam Salleh yang duduk dekat Sg Isap.


“Poww!!”


Satu tumbukan speed jab hinggap tepat di rusuk kanan Alif. Alif terjatuh, rokoknya masih menyala. Rusuknya dirasakan sudah terlepas ke kepala lutut.


“Kau fikir apa? Kau tengok jam sekarang? 6.50 pagi! Orang dah siap sahur. Tapi kau? Ya, Kau dengan rokok bola kau! Dan kau...kau tak berpuasa syaitan!” Pak Abu marah sambil mencekak pinggang macam Don Clericuzio marahkan anaknya yang bernama Giorgio dalam novel The Last Don. Sedikit demi sedikit air mata Pak Abu jatuh berderai. Kasih seorang bapa kepada anaknya tidak patut diterjemahkan dengan cara begini!


Alif bingkas bangun. “Maaf ayoh, Alif tak sengaja. Alif tak perasan yang sebenarnya waktu imsak sudah lama habis. Alif menyesal!” Rayu Alif kepada ayahnya.


“Sudah! Kau pegi ambil wudhuk sekarang! Kau solat subuh. Minta maaf pada tuhan, bukan dengan aku!” Pak Abu menahan air matanya daripada terus jatuh. Alif yang masih lagi terpinga pinga terus sahaja berdesup ke bilik air. Diambilnya wudhuk dengan tertib. Sesudah itu Alif membentangkan sejadah untuk bersolat. Alhamdulillah..


Tik Tok.. Tik Tok.. Tik Tok...


Alif selesai solat. Dirasakan dirinya betul betul bersalah. Kelalaian beliau melayari internet mengundang padah. Alif menoleh ke belakang, Pak Abu berdiri di belakangnya seolah olah mahu menjadi makmum kepada Alif. Namun yang pasti Pak Abu sudah berjemaah di surau tadi. Lalu Pak Abu mendekati Alif, dibelai rambut rambut Alif yang masih lagi basah dihujani wudhuk yang tertib.


“Anakku..tidakkah kau sedar yang kau bersembahyang sambil memakai boxer dickies semata? Mazhab apa yang kau pegang? Ustaz mana yang kau ikut? Sedangkan wahabi pun tidak menganjurkan umat Islam bersolat dengan cara begini?”


Alif terkejut. Alif langsung tidak perasan yang beliau hanya memakai boxer ketika solat! Ini benar benar satu penghinaan! Beliau melihat Pak Abu menahan sedih.


“Lu memang pailang..” ujar Pak Abu. Kali ini air matanya mengalir deras. 

*Cerita ini tiada kaitan dengan hidup mahupun yang mati. Rekaan semata mata

Dan janganlah kita melakukan perkara-perkara lagha'. Gambar Hiasan.
(coretan Anuar)

20 Ogos 2010

Mohar Jantan semakin garang

JKM’S Training Pitch, Colombia - Setelah menjalani sesi latihan selama beberapa minggu, prestasi Mohar Jantan didapati telah meningkat ke tahap yang terbaik. Hal ini diakui sendiri oleh rakan – rakan sepasukan dan juga peminat – peminat pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) yang turut mengikuti perkembangan pasukan ini dari semasa ke semasa. Malah menurut sesetengah pemain, peningkatan prestasi Mohar Jantan secara mendadak telah menimbulkan banyak persoalan.

Seorang pemain JKM yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, “Gua rasa Mohar ada ambil kismis minda ni..paling kuat pun dia minum kopi Jantan dengan kopi Goji sebelum main. Tu yang gua rasa la. Lu rasa sebab apa?” Kenyataan rasa rasa tersebut bagaimanapun disanggah oleh Bram Noordin yang juga merupakan rakan karib Mohar. Beliau yang ternyata marah terus menyangkal kenyataan tersebut dengan nada yang agak kasar tetapi masih bersopan santun, “Tokmu penah join geng bustand masa mude mude dulu!”.

Krew Sidang Prajurit Kampung terus sahaja mendapatkan Bram Noordin bagi mencari maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. Namun menurut Bram Noordin, beliau sendiri masih lagi tidak tahu sebab sebenar prestasi Mohar Jantan semakin meningkat. “Aku rasa kau patut siasat dalam dalam sampai ke bazaar Ramadan depan Tunas Manja tu.” Tambah beliau lagi, “Aku pun hairan, semenjak dua menjak ni si Mohar memang lain macam. Aku rasa mesti sebab dia terpengaruh dengan pelakon siri lagenda Duyung Aridinata tu, apa nama dia? Zachry?”
 
Walaubagaimanapun, maklumat yang diberikan oleh Bram Noordin masih lagi tidak mencukupi malah kenyataan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk mengaitkan Mohar dengan Fasha Sundha yang juga pelakon siri lagenda tersebut. Namun demikian, prestasi Mohar yang semakin menjadi dan sikapnya yang  ramah terhadap orang ramai dan juga kucing tompok tetap menimbulkan persoalan. Mohar Jantan juga dengan senang hati telah menyumbangkan lima botol air Dr.Sukida kepada staf dan rakan rakan sepasukannya. Sehingga kini, seorang pun tidak dapat memberikan kepasatian terhadap perubahan tersebut tetapi Krew Sidang Prajurit Kampung tidak akan berputus asa dan akan meneruskan siasatan ini hingga menemui jawapannya.

KATA PERANGSANG..beberapa pemain JKM sedang mendengar kata-kata perangsang dari Mohar Jantan (anak panah)

18 Ogos 2010

Route to Putrajaya - Renoma Amerika 1

Salam....
Terutama skali sy ucapkan time kasih pd creator blog ini Yien a.k.a budok kuat main kamera..!!
Kami sntiasa akn menyaport anda..tenkiu2..krn myatu padukan kita semua..

PART 1 -- Ak nk crita ttg Kisah dan perjalanan ke Putrajaya bersama Nuor ng Alip... tragedy ini berlaku lbh krg dlm bulan 7 aritu lg.. tp sbb ade blog neh..br ade smgat nk cite, cam beh plop ade blog2 gni..

1 ari sbelum perjalanan..

"*&^%*&*^%(()@^%"....bunyi ringtone hp ak. Tgk2 bram msg gne hp alip sb hp die tak dok crdt time tu.. "moh lepak" – katanya.
Aku : ade mane..?
Bram : ad kt otok udg..moh lepak..cdg nk balik awl..nuar ade interview..
Aku: bereh..ak mari skg..(konon nk mari slalu ar..)

Setengah jam pastu.."()&(*&^%*&%&^$"..bny hp lg.. "ade mane..??da jln blum?" – kata bram..
"okay..bereh boh..ak mari..ak mari.." sambut ak, ng tergesa2 pkai baju..n trus start enjin keta..
Bermulalah perbincangn kami dgn menemubual Jabbar ttg kisah percintaannya..
Byk soalan n jawpn yg kami terima waktu itu.. byk juga pngalaman yg dpt dr jabbar ttg kisah cintanya..
"doh guane nk ikat tie..korg tau dop.??"...tny nuor pd kami sume ng rase debornye die takut org tgk2 tie yg die ikat dop lawo..kami pun memberi  cdng..tp bese la kami2 ni kan bkn nye keje2 yg memerlukn tie..jd idea2 kami tidak begitu berkesan pd nuor...

Nuor menginkan tie yg bewarna biru kegelapan..tp tak dop sorg pon ade..bram ade..tp mgkn tak sesuai ng nuor kalernye...last2 "arggh..mampoh ar..ak pkai je tie UITM tu..sng" (sedngkan die blajo UPSI..pelik2)

Keesokan harinya....

Perjalannan ak kerumah nuor,..tetibe npok bram blk dr kje..kat umoh nuor sane.. owoh..pakai semart..rupenye dah jd cekgu..behnye la tgk member kje cekgu..pkai semart2 g kje..naik moto legend.... lalu ak bertny.. "bereh bram..kje ka..?"
"mbohhh....sumpoh ak tak nok jd cekgu doh...!!!!..gile arr..." (bakpe pulopp..???)
Rupanya bram mengalami situasi yg ssh berhadapan ng org ramai(perkara yg sudah kita ketahui dr dlu lg..) sejenak kluar nuor dr rumahnye..dgn membawa 1 beg galas..dgn tgn sbelah lg memegang kasut tuk g interview.. bram ng peliknye..trus gelok2 smbil menepuk2 perutnye yg buncit skit tu..
"mboohh...bakpe ka gelok..??jijik sgt ke ak ni..??" tny nuor pd bram.. bram menggelengkan pale menidakkan kata2 nuor tu.. (mase tu ak tgh borak2 ng en. Kamarudin, bncang ttg mane jln nk anta ank die g interview..sb ak tak tau jln..mati aarr..)

Seterusnya..ak n nuor meninggalkn umahnya...tgl bram dlm kenangan..
"nuor ak msg alip lu..td die kabo die g mancing" – kate ak ke nuor..
Bakpe plop die g mancing pdahal die tau doh nk g putrajaya arini...bahaye la..stelah memickup alip dr umahnye..kami trusknn perjalan dgn kelajuan 110km/hour ke putrajaya – ikot jln lame, sb bajet duit skit..bkn nye org byk duit kami2 neh..tak payoh bayo tol klu jln lame..

Bawok kete molek molek gop!

..dlm perjalanan, kami byk bercerita2.alip main laptop die, (tgk P**N agoknye..) ngutuk2 pon ade gop...cam ppn doh ak rse time tu...gosip2...aduuhhh...paroh JKKK gni..
FACEBOOKING..Alip sempat chatting dengan bram dalam kereta namun beliau dituduh menonton siri porn.

Mamat Jiwang Bunge ni sebok study dalam kete

kami berhenti d genting sempah utk mgalas perut yg kosng..(tige2 makn GCB...!!!makan la hok lain gop..cam kaple2 plop..)


Setibanye kami kami d putrajaya..(malm doh mse tu..)

"Oowwwwooohhhhhhh...........!!!!!!!!!!!!!!!!..skoloh ke bende nih...?" .....dgn terujanya kami melihat skolah tmpat nuor nk interview..ternyata jauhnye la perbezaan dgn skolah2 di kuantan.. "ni skolah bestari ni..beso gni gayenye.." kata kami..
tmpat sudah d ketahui..n kami menuju ke rumah alip utk tdo..setibanya d umah alip..ade plop adegan.. bertajuk ' BUDAYA RENOMA AMAREKA'  ini yg part plg tak buleh tahan..tp takpe..lain kali cite..kekgi lari tajuk....

***selingan..nk bertny ng nuor jap -- >nuor..guane ayt sambutan kite smp aritu...??ak tak igt la..klu ka igt ka sebut la...haha...tak leh blah..!!

Kami tidor atas lantai yg berals kan toto..berkipaskn speed no 3..tp nuor mn slow skit, sb tak thn sejuk..ak doh selseme kaw2..abis baju2 basoh wat lap..kain tak dop..."mbbooohh..ngotor la..!!
Tak lama kmi berborak..dn trus tertido krn kepenatan..

Esok pg nya...perjalanan ke SMK presint 14 putrajaya.

Pg2 lg kami bertiga da bertolak..smp d skolah..kami tny pak gad.." bang..tumpang tny, mane kdai mkn dekat.??" ..."oohh..ade2..tp jauh skit..korg lurus je jln ni..pastu msk kiri..ade la kedai." – kata pak gad.. "time kasih bang" bals kitorg neh.. tibe2 pak gad tu ckp "haa..buleh la teh ais 1.." .....

Mbikkk....nok gop upoh, br bertny..klu la..mnt tolong beli mknan..silap2 kete ak jd permintaan die agoknye..smp d kedai mkn..duk la order roti canai.. nuor dop makn sbb debor..
Ade skumpulan budok sivik.."owoh..!!natang nye...igt bagoh ngat..!!!muke yakin...pdahal dop bace bende pon.." – kata nuar ng marahnye, krn bdk2 tu..pakai semart2 muke koya, bajek baguh..!! wat srabut kedai org..ckp ng sore yg kuat..kirenye cam buat perbincangan..".mampoh arr mung..igt buleh dapt arr tu..??hahha!" gelak kami bersama2.. sudah mkn kami anta nuor g interview..jelas ni muke nuor yg die tu berdebor2..klu omputih kabo neves..!!...tgh2 neves, tibe2 die berkate2 "oowooh...!!!natang..!! siap pakai kot(blazer) lg..igt semart arr..koya sguh laa..." terkejut ak ng alip..tp ak ng alip smbung gop..mg koya ar..org lain steady je..die semart2 wat  natang ape..

Stelah puas kami ngutuk org2 yg ade kat situ..tibe la masenye nuor g interview...ak n alip melepaskn die ng bersalaman...wish gud luck ke die..harap2 lepas la interview..."mu pakai semart doh nuor, bce byk doh..mst buleh pny..silap2 buleh plop dpt hot chicks se.." – kate ak pd nuor, cam kate2 smgt ar..(HOT CHICK tu..pesan bram..ak tlg smpaikn je ke nuor.)

Ak n alip pon beredar..mencari ketenangan d tempat lain..sementara nuor berjuang tuk interviewnye...

To be continued....~~~ pnt doh naip..hehe!~

 (Catatan kembara oleh Rooney Dasril)

Keri Kapello laung amaran

SG ISAP, Colombia – Pengurus pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) yang baru , Keri Kapello melaungkan amaran kepada seteru mereka supaya bersiap sedia menghadapi saingan yang lebih getir apabila berhadapan dengan pasukan JKM dalam perlawanan kelak. Beliau  berkata demikian dalam sesi bersama media bersempena perlantikan jawatannya secara rasmi pada hari ini, di sini. Beliau yang dilantik bagi menggantikan Omar Alias berkata, perancangan teliti dalam peringkat dasawarsa akan dilakukan bagi memastikan JKM terus kekal sebagai sebuah pasukan yang mantap dan buncit.

Pelantikan Keri Kapello juga bermakna Omar Alias akan diserapkan terus ke dalam skuad JKM sebagai pemain, sekaligus mengurangkan beban tugas yang dipikulnya sebelum ini iaitu sebagai pemain dan pengurus. "Keh ade penyakit leloh sebenornye" luah Omar Alias. KeriKapello yang berbangsa Itali itu juga memaklumkan kepada pihak media bahawa beliau telah membuat keputusan untuk membeli seorang pemain berbakat iaitu Jabar Runsing yang bermain dengan kelab Jerman tetapi berpengkalan di Terminal Makmur, SkinHead Nazi FC.

Keri Kapello menyatakan bahawa kemasukan Jabar Runsing  akan menimbulkan satu persaingan sihat dalam kalangan pemain – pemainnya.

"Che? Jabar Runsing ? fara unabuona competizione fra i giocatori !"  Ujar Keri Kappello  dalam loghat Itali yang langsung tidak difahami oleh wakil media yang hadir. Situasi tersebut bertambah rumit apabila Keri Kapello tidak membawa penterjermah sekaligus memberi petanda bahawa para pemainnya akan menghadapi masalah komunikasi dengan beliau dalam sesi latihan nanti.

"Weh, keh nok kabo ke demer..Jabar Runsing teh  budok sg isap jugok! Tak ade mende lah..  pemain pemain keh ni nanti ade saingan sehat sikit. Meknye aok tanok blajo bahase Itali teh tapela..tapi cer aok dengor bebeto dlu..gampang sunggoh" Ujar Keri Kapello lagi.

"Laa..aok ni orang lepih jea. Keh ingatkan aok bebeto asal  Itali tadi..sekampong la kite yeh? tok mudoh la aok nih yeh..mancoiiitt!"  Keluh seorang wartawan dari Harian Metroit.

Keri Kappello yang terkenal dengan sikap tegas turut menyatakan bahawa pada hari pertama sesi latihan beliau bersama pasukan JKM telah memberi petanda kepadanya bahawa pasukan ini mampu untuk pergi lebih jauh. Beliau juga memberi amaran kepada pemain yang tidak memberikan komitmen seratus peratus akan terus disingkirkan. Manakala pemain –pemain yang semput juga akan turut digugurkan dari pasukan JKM. Serentak dengan kenyataan itu juga kelihatan beberapa pemain JKM yang hadir dalam sesi bersama media seperti Bram Nordin, Aliff Naiem dan Mat Bennayoun menyalakan rokok bagi menunjukkan protes terhadap perkataan 'semput' itu.

Sesi media tersebut diakhiri dengan laungan semangat oleh kesemua staf dan pemain pasukan JKM sebagai satu simbolik terhadap kebangkitan JKM yang bakal bermula selepas raya nanti.

"Hongghohh!!  Hongghoh!!  Hongghoh!! Forza! Forza JKM Forza!!  Rodok belake Rodok!!  Uuuweeeiiihhh..."  beberapa orang pemain juga kelihatan menari nari keseronokan seperti orang yang baru dapat todi jenama Thai Song.

" Aku ni kat perhimpunan parti ajaran sesat ke....?" Tanya seorang wakil media yang hadir berketayap putih kepada dirinya sendiri. Beliau yang kelihatan bingung terus saja mengeluarkan geran tanah milik arwah abahnya.

SEMBILU KASIH...Jabar Runsing kini bersedia memikul tugas sebagai pemain JKM

17 Ogos 2010

JKM Hooligans - Mat Bennayoun Lupa Bayar Zakat

SG ISAP, Colombia – Kegagalan beraksi dengan keupayaan sebenar menyebabkan Mat Bennayoun disumpah seranah oleh para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan kedua pasukan JKKK Kusi Meroh (JKM) menentang Sg Isap Junior semalam. Jurulatih Omar Alias ternyata kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya yang tewas dua gol tanpa balas kepada pasukan lawan.

Menurut Omar Alias lagi,pasukannya tewas bukan disebabkan kehebatan lawan tetapi mereka tewas disebabkan ketumpulan serangan yang diketuai oleh Mat Bennayoun. Mat Bennayoun yang baru sahaja diangkat sebagai pemain terbaik pada perlawanan sebelumnya ternyata menghadiahkan kekecewaan yang bukan kepalang kepada rakan sepasukan dan penyokong – penyokong  JKM yang hadir pada malam tersebut.

Dalam perlawanan semalam, Mat Bennayoun telah mempersiakan sekurang – kurangnya 97 peluang yang diperoleh dan menyebabkan pasukan JKM kebuntuan jaringan. Jentera tengah JKM yang digerakkan oleh Curmul Custa dan Muhamad Subri bagaimanapun berfungsi dengan baik kerana berjaya menghidangkan kesemua 97 peluang tersebut kepada Mat Bennayoun. Namun demikian pasukan JKM seharusnya berterima kasih kepada pemain pertahanan mereka iaitu MatDom Taichi yang berjaya mengekang pasukan lawan daripada menyumbat lebih banyak gol.

Pada minit ke-20, Curmul Custa berjaya membuat satu hantaran cantik menuju tepat kepada Mat Bennayoun yang tidak dikawal. Namun demikian, Mat Bennayoun telah membuat satu rembatan kencang ala – ala Jonah Lomu mengambil konvensyen untuk pasukan New Zealand AllBlack yang mana bolanya menuju tinggi hingga terkana tiang lampu surau kampung sebelah.

Selang seminit kemudian, Muhamad Subri yang berjaya melepasi dua pemain lawan telah menyungkit bola tepat kepada Mat Bennayoun yang sekali lagi tidak dikawal oleh mana – mana pemain lawan. Seperti orang yang tidak puas menyambut deepavali, Mat Bennayoun terus melakukan sepakan akrobatik ala-ala capoeira paranawei dengan sepenuh syahwat. Namun sepakan tersebut menyebabkan bola melantun keluar pagar dan menuju tepat kepada seorang pakcik yang sedang membakar sampah dihadapan rumah. "Opocot sedapnye sup belut yang aku makan tengah hari tadi!" Latah pakcik tersebut yang ternyata membongkarkan rahsia beliau tidak berpuasa.

" Carajo, carajo! maldito usted loco se queja !! " Mat Bennayoun memaki hamun dirinya sendirian
.
Penulis cuba mengaburi pembaca dengan tidak mendedahkan imej Mat Bennayoun secara jelas

Perlawanan tersebut berakhir dengan penuh kekecewaan bagi pasukan JKM. Namun, gelaran pemain terbaik yang dimiliki oleh MatDom Taichi sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan mereka.

"Ini semua salah Mat! Player lain dah main elok elok, ini mesti kes dia tak bayar zakat fitrah tahun lepas..jahanam!" Keluh seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Budok.

Sebelum perlawanan bermula, terdapat  seorang penyokong yang sekadar pusing pusing keliling gelanggang dengan menaiki motosikal sambil tersenyum sinis. "Nok masuk ikut pintu mana ni?" gelor dek penyokong tersebut. Mungkinkah beliau juga bakal menyertai skuad JKM? -Sidang Prajurit Kampung


Barisan pemain JKM : Berdiri dari Kiri : MatDom Taichi, Mohar Jantan, Bram Noordin, Alif Naiem, Nuareth Kamar, Omar Alias ( pengurus )

Duduk dari Kiri : Muhamad Subri, Budok, Mat Bennayoun Yumni Al Aziz, Curmul Cursta, Razak Hamid

Alex Ferguson 'geram' tengok aksi Mat Bennayoun

SG ISAP - Pasukan futsal JKKK Kusi Meroh (JKM) berjaya membuktikan bahawa perut yang buncit bukanlah satu halangan untuk mengalahkan pihak lawan dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung malam tadi. Dalam perlawanan tersebut pasukan JKM berjaya mengatasi Sg Isap Senior dengan keputusan enam gol berbalas dua.

Pasukan JKM yang diketuai oleh Mohar Jantan bagaimanapun dikejutkan dengan gol pendahuluan Sg Isap Senior pada minit kedua dan keenam permainan separuh masa pertama. Ketinggalan dua gol pada awal permainan menyebabkan JKM mula memperkemaskan rentak. Jurulatih Omar Alias mengeluarkan dirinya sendiri dan digantikan dengan Bram Nordin yang bermain sebagai penjaga gol pada waktu tersebut.

Gol pertama JKM hadir pada minit ke 15 separuh masa pertama melalui gerakan satu dua Nuareth Kamar dan Muhammad Subri yang akhirnya disudahkan dengan rembatan leret oleh Nuareth tepat menuju ke penjuru kanan pintu gol Sg Isap senior. Bagaimanapun beliau dilayangkan kad kuning kerana meraikan kejayaan menjaringkan gol tersebut dengan menghisap sebatang winston yang dicucuh oleh Bram Nordin.

JKM meneruskan serangan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan yang disudahkan dengan cantik oleh Curmul Custa yang berjaya menggelecek 4 orang pemain lawan sehingga membuatkan mereka terbogel dan mengisi borang menjadi pelakon filem tamil elam. Gol tersebut telah berjaya menaikkan semangat pemain-pemain JKM . Pada minit ke 40 separuh masa kedua, tanpa segan silu lagi Yumni Al Aziz yang digelar sebagai Mat Bennayoun dan bermain untuk kelab PTG membuat sepakan ‘half volie’ yang menuju tepat kearah kiri pintu gol pasukan lawan.

Mu tengok! Mu tengok!! Kawe royak doh!!” jerit Yumni Al Aziz kepada beberapa kerat penyokong JKM yang hadir.

Bram Nordin yang bertukar posisi menjadi pemain tengah telah berjaya mencorak serangan kilat pada minit ke 43 dan membuat satu umpanan yang cantik buat Mohar Jantan yang melakukan overlap dari posisi pertahanan kanan, diikuti dengan rembatan kencang sehingga menyebabkan penjaga gol lawan rebah selama –lamanya. Innalillah. Bola muntah tersebut disudahkan oleh Muhammad Subri dengan mudah tanpa sebarang tekanan pihak atasan.

Dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang prolifik Aliff Naem pada minit ke 103 dan Yumni Al Aziz melengkapkan gol kedua peribadi melalui larian deras dan rembatan kencang yang disertai peluh jantan macam peluh bejeruk awie bergaduh dengan farid amirul dalam scene filem maria mariana 2. Yumni Al Aziz dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Jurulatih Omar Alias menyatakan bahawa anak buahnya berjaya mengatasi kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan perut. “ Walaupun ketinggalan dua gol, anak – anak buah saya masih berjaya mengawal permainan dan hasilnya kami menang. Mat bennayoun juga dipilih sebagai pemain terbaik..come on, takdir menentukan segalanya dude

Yumni Al Aziz yang ditemui dibilik persalinan pula menyatakan bahawa rahsia kejayaan beliau mempunyai stamina yang kental adalah dengan menghisap rokok surya. “ sapo dio royak gtu? nate sungguh, rahsia kawe sbenornye minom kopi jantan” Jumlah penyokong yang hadir tidak kurang dari 5 orang. Walaubagaimanapun, Pemain – pemain JKM kemudiannya didapati meraikan kejayaan mereka di kedai mee calong yang berhampiran. -Sidang Prajurit Kampung

Kami Prajurit bukan PeraJurit... MAKLOM!!

1986 - Tahun rata-rata kelahiran kami ahli sidang..
1993- Tahun memasuki sekolah rendah... dikenali zaman kegemilangan rock lentok yang boleh membuai mimpi dan merupakan zaman kejatuhan rock malaysia.. lagu macam fakkerr kebanyakan dicipta.... zaman ni gi sekolah bekal 50sen.. dapat beli nasi lemak + air dan keropok... bleh la janji kenyang....
1998 - Ujian Penilaian Sekolah Rendah... mengukur tahap kebijaksanaan anak-anak kampung serta ahli majlis.. kemana hala tuju.. masih dikampung? ... sekolah asrama? sekolah jauh skit dari kampung dengan tambang bas 20sen?? ok takpe... itu semua bergantung atas individu... janji mak bapak soh pegi sekoloh... aokme pegi la yek.. ade ilmu sikit.. kale tak.. bengap!!!!
1999 - Zaman akhir baligh dah.. rate-rate remaje lelaki dah bersunat.. yang pempuan sudah pandai bawak pampers ke sekolah... mase ni dah rase pelik... sebab gi sekoloh menulis pakai pen.. sebelum ni sekoloh rendah nulis pakai pensel.. tak raged.. kene sentiase asah pensel... sebab mase dulu pensel picit masih mahal.. kami anak-anak orang kebanyakan dan ramai adik beradik... takpe janji ilmu penuh didada... pegang dada tanye selera...
2001 - Alaf baru... era kemodenisasi telah bermula.... zaman bakal datangnya muzik indie ke tanah malaya... zaman ni dah tak buat seluar ala-ala elvis presley doh.. zaman ni pakai seluar kecik dibahagian pergelangan kaki.. nampak rock + hardcore + metal + kepala hotak ko.....  Peperiksaan Menengah Rendah salah satu peperiksaan yang wajib diduduki oleh Anak Malaysia.... " Sains atau Sastera " pilihan seterusnya.... ini juge merupakan zaman dimana ahli-ahli majlis mula berpisah dengan rakus ( Perpindahan Sekolah ).
2003 - Masa ni pelbagai pengaruh muzik dah mule berkembang dan scene underground dah mule menular kedalam jiwa anak-anak remaja disekolah... berkasut jack purcell atau converse selari dengan cara berpakaian mat-mat underground barat... tapi  tak sedar... duit rm 3 inggit hasil titik peluh mak ayah soh kesekolah digunakan untuk membeli zine atau kaset2 demo.. konon aku lah RAWK!!!... hari minggu lepak bando.. duit lepas tambang bas... takpe janji aku underground.. ptuiihh!!!.. takpe.. zaman remaje.. pikir singkat... janji hensem.... Sijil Pelajaran Malaysia.... tahun ini juge kami semua berperiksa... untuk mase depan yang mungkin gemilang.... selari lagu jacklyn victor... kini cemerlang....
 2010 - Sudah tiba.... kami semua di alam pekerjaan.. Alhamdulillah... ramai dah ahli sidang dah abes belaja... come on bak kate mat salleh... zaman ni lepak umah bukak laptop.. laman sosial ade.. facebook? twitter? blog? semua bleh berhubung.... walaupun jauh dimata dihati kamilah JKK ahli tetap majlis dikampung.. hahahahaha...... kata pembuka untuk blog kami.. Sidang prajurit bukan perajurit.... kami masih lagi PRA.. seperti kanak-kanak PRA sekolah.... janji hubungan persahabatan kekal erat.... Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...