Gua budak kampung. Kerja menoreh getah. Tak pernah sampai ke bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, kota metropolitan orang kabor. Gua tak biasa tengok budak budak perempuan hisap rokok sambil bertepuk tampar dengan jantan berambut kuning. Gua tak biasa tengok awek cun pakai seluar sampai nampak taik pusat. Nampak pusat tu biasa, tapi bab bab taik pusat memang gua tak pernah. Gua tak biasa. Tujuan gua ke Kolumpo dengan matlamat yang satu, mahu menghadiri temuduga sebagai seorang guru bertauliah dengan jayanya di Putrajaya.
Gua pada mulanya ingin menumpang tidur di rumah Sham yang terletak di Ukay Perdana, tetapi atas pelawaan Alief Naiem dan Rooney yang mahu tidur di rumah Epul, gua tak boleh tolak. Gua folo. Epul bukanlah waris waris JKKK Kusi Meroh, tetapi beliau merupakan anak kampung gua yang merantau ke Kolumpo.Menurut Bram di dalam sesi lepak akhir Disember yang lalu, “Epul seorang yang disconnected, lambat pick up dan pendiam. Budaya Renoma Amerika menjadi ikutan, rambut mesti kuning.” (Bram,2009)
Kata kata Bram membuatkan daya intuisi gua semakin membara. Gua ingin sangat berkenalan dengan budaya Renoma Amerika yang digembar gemburkan oleh Aliff Naiem dan Rooney selama ini. Tiba tiba gua rasa bedebar lain macam. Kali terakhir perasaan gua berdebar lain macam ni terjadi ketika doktor ingin menarik kain pelikat yang gua pakai masa bersunat. Tapi itu dulu. Sekarang gua dah matang.
Rooney memperlahankan kereta, mencari cari tempat parkir yang sesuai di bawah apartment yang baru kami sampai ini. Dan akhirnya Rooney meletakkan keretanya di sebelah Proton Waja warna hitam. “Inilah rumah sewa aku dulu, aku dengan Epul menyewa dekat sini.” Aliff Naeim memberitahu dalam nada suara yang serak serak ala Ramli Sarip. “Kita naik ke tingkat 12, dan Nuar, kau akan lihat sendiri apa yang aku sebutkan selama ini, Renoma Amerika” Kali ini Aliff Naeim meninggikan sedikit nada suaranya. Gua dan Rooney cepat cepat capai beg dan bersiap siap untuk menaiki lif. Aliff Naeim hisap sebatang Winston.
Kurang dari 5 minit kami sampai di hadapan pintu rumah Epul. Gua semakin berdebar. Aliff Naeim membuka pintu.
“Semekom!” Aliff Naeim memberi salam.
“Ya..Welcome Welcome. Buat macam rumah your father.” Satu suara ghaib entah muncul dari mana. Gua dapat agak suara tu memang milik Epul. Tapi suaranya sahaja yang keluar, tuannya entah ke mana.
Gua tengok tengok keadaan dalam rumah tu. Agak serabut juga, maklumah rumah orang bujang. Tetapi gua masih hairan, apa yang Renoma Amerika? Gua masih tak dapat membayangkannya.
“Tu haaaa” Aliff Naeim menunjukkan sesuatu kepada gua dan Rooney.
Yaa, inilah Renoma. Gua tengok spender spender jenama Renoma tergantung layu di depan kipas meja. Layu mengikut putaran kipas, semakin lama semakin tunduk, macam sotong kering bergula pun ada. Ada juga yang sudah koyak koyak. Yang lebih hebat ada di antaranya dijemur ke arah kiblat. Sebagai seorang tetamu, gua anggap benda ini sebagai tidak beradab. Jika itu Renoma, mana Amerikanya?
“ Hello..wassup my faking fellas, dah lama sampai? Wat the hell are u doin here? ” Gua tengok Epul tiba tiba muncul dan tercegat memandang kami di hadapan pintu bilik. Gua garu garu kepala juga. Ingatkan mat saleh mana.
Epul buat tak reti. Dia separuh berbogel. Hanya bertemankan sebatang rokok di jari dan juga sehelai spender Renoma bercorak bendera Amerika yang berfungsi menutup benda benda yang patut. Dan selepas itu gua tengok dia duduk atas kerusi sambil makan nasi ulam petai. Gua kaget, makan hanya pakai spender. Makan disamping sotong sotong kering yang menunduk layu di tepi muka. Gua tak biasa. Lu nak cakap gua ulu pun tak mengapa. Sungguh gua tak biasa dengan budaya renoma amerika.
“Bismillahirahmanirrahimm” Epul pun mula menyuap nasi ke mulut.
Eh, tahu pula dia.
Bersambung..
STUDY...lu jangan percaya sangat! (gambar hiasan ) |
2 ulasan:
klau dah petai, petai gak.. tak bleh ubah nak jd stroberi.. hehehhe
akkakka best2.. 2nd story best
Catat Ulasan