20 Oktober 2010

Cenderawasih

Semalam di Kusi Meroh, Bram dan Rahim hangat berbincang pasal asal usul burung cenderawasih. Dari habitat, makanan, spesis sampailah kepada jenis bulu burung itu. Gua sendiri pun kurang arif tentang latar belakang burung tersebut. Siapa burung ini? Apa sukan kegemaran dia? Mak bapak dia pencen government macam ayah gua juga? Dia pun peminat Maher Zain? Gua masih tertanya tanya.

“Ah, tu semua mitos orang Melayu, padahal burung cenderawasih tu bersepah kat hutan Amazon. Orang putih dah buat kajian”  Bram mengusulkan hujah hujahnya berdasarkan kajian orang putih.

Sebagai seorang yang berpegang kuat pada kebudayaan dan tradisi Melayu, Rahim tenang mendengar hujah hujah yang dikemukakan oleh Bram. Dia tahu, Bram memang arif bab bab binatang ni terutamanya spesis cougar.

“Kau tak boleh cakap macam tu, sebenarnya dunia ciptaan Tuhan ni luas. Banyak perkara yang masih lagi kita tak jumpa. Mungkin betul kalau orang tua tua dulu cakap burung cenderawasih ni habitatnya hanya di atas awan. Siapa tahu? Kuasa tuhan!” Rahim membalas. Gua yang kurang arif bab bab ni terus mendiamkan diri.

Tiba tiba datang seorang jurujual yang berpakaian agak bagus, umurnya lebih kurang 30-an.

“Adik, adik nak beli stokin tak? Adidas, Nike, Puma semua ada. Abang jual 4 helai RM10. Kalau kat Tunas Manja ni diorang jual 3 helai RM27. Tapi abang jual murah je, sebab abang ambil terus dari kilang!” Jurujual tersebut memulakan ucapannya.

“Kilang kat mana ni bang?” Tanya gua sambil lewa.

“Cenderawasih la dik!” 

Gua pandang Bram dan Rahim. Dalam kepala gua, gua rasa cenderawasih ni banyak spesis juga sebenarnya. Spesis jual stokin pun ada. Jenis ni memang orang putih tak pernah jumpa. Murah pula tu. Gua sambar 4 helai!


oleh: Anuar Kamarudin

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...