01 Oktober 2010

Mohar Jantan : Di sebalik percaturan seorang idealis

Mohd Hijan Razak atau lebih dikenali dengan nama pena Mohar Jantan merupakan Ikon JKKK Kusi Meroh (JKM) yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada persatuan tersebut. Beliau yang kini dalam proses perpindahan ke Temerloh dijangka menamatkan kontrak perkhidmatan dengan JKM dalam tempoh waktu yang terdekat.

JKM yang pada mulanya merupakan sebuah badan bebas telah ditubuhkan dengan matlamat memperkayasakan program lepak malam kini telah mula melebarkan sayapnya kepada beberapa bidang yang dianggap berpotensi untuk diterokai. Individu yang bertanggungjawab atas pelebaran akses terhadap beberapa bidang seperti sukan, rekreasi dan perniagaan tidak lain dan tidak bukan ialah Mohar Jantan. Ideanya untuk menubuhkan skuad futsal telah berjaya mengejutkan beberapa ahli yang sedang lena tidur supaya bangkit untuk menyahut seruan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh beliau.

Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan dan rekreasi, Mohar Jantan banyak menghabiskan masanya di tepi tepi laut dan sungai untuk memancing ikan. Beliau juga telah menyarankan kepada semua ahli supaya menglibatkan diri secara aktif dalam bidang memancing ikan dan juga memancing awek cun di sekitar bandar kerana ia dapat memupuk sifat sabar dan menghargai alam sekitar.  Usaha beliau untuk memartabatkan rock kapak juga dilihat sebagai satu lembaran non-typical. Beliau sanggup menggunakan dana peribadi untuk membiayai program karaoke bersama rakan rakan dengan syarat mereka hanya boleh menyanyi lagu rock kapak sahaja.

Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam era liberalisasi, Mohar Jantan juga dilihat sebagai seorang yang peka terhadap perkembangan hal ehwal semasa dalam dan luar Negara. Pernah suatu ketika penulis melihat Mohar Jantan menasihati Papak supaya memiliki akaun Facebook supaya beliau tidak ketinggalan dalam kepesatan dan lambakan hebahan yang berkaitan dengan JKM. Justeru, cetusan cetusan idea dari Mohar Jantan sewajarnya dijadikan sebagai pemangkin kepada generasi JKM yang seterusnya.

Penulis enggan menulis dengan panjang lebar lagi. Namun, idea idea dan tindakan Mohar Jantan sebagai seorang pemimpin muda yang opurtunis perlu didokumentarikan supaya dapat dijadikan panduan oleh generasi muda kelak. JKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohar Jantan di atas sumbangan beliau terhadap persatuan ini dan seterusnya mendoakan kejayaan beliau di tempat baru. Hoyeh Hoyeh!



*Penulis merupakan felo penasihat persatuan penoreh getah kampung Pandan.

1 ulasan:

yiennoor berkata...

gua rasa sedih dengan perpindahan encik Mohar Jantan.. walaupun tanpa yuran perpindahan.. semoga Mohar menggunakan pengalaman yang ada untuk menperkasakan pasukan baru beliau iaitu Lelompat Fc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...