27 Oktober 2010

Bangelo Haji Fraser

Suatu petang ketika Gua, Bram dan Rahim sedang bersenang lenang seperti golongan aristokrat di dalam sebuah banglow atas puncak Fraser Hill, datang sekumpulan rombongan yang gua pun tidak pasti berasal dari mana terus masuk ke dalam bungalow milik kami. Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan orang tua, malahan terdapat juga seorang wanita yang tidak berambut atau dalam erti kata lain, botak. Kami bertiga buat endah tak endah. Rombongan sebegini memang selalu datang tatkala bungalow kami yang berdiri megah ini dipilih sebagai bangunan paling cantik di Fraser Hill. Gua sikit pun tak heran.

Gua panggil tukang bancuh kopi,

“Em, Chicarito. Tolong buatkan kopi untuk tetamu tetamu kita,  menoz azucar por favour ya?” Pinta gua sambil melemparkan senyuman  kepada Chicarito.

Chicarito yang berpakaian seperti pelayan hotel 5 bintang di Manchester mengangguk tanda faham, lalu pemuda Mexico itu terus menuju ke dapur sambil membuat lompat bintang.

Gua, Bram dan Rahim duduk seperti bos-bos di atas sebuah sofa empuk yang diimport khas dari Glasgow. Bram mengeluarkan sebatang cerut yang dibelinya semasa pergi ke negara Cuba. Sebagai seorang bisnesman yang berjaya, Bram memang suka mencuba jenama jenama cerut yang terbaru dan mahal.

“Pisshhh!” Bram menyalakan cerutnya menggunakan pemetik api berjenama masyur dari barat, Zippo.

Sambil menyilangkan kakinya, Bram menghembus asap cerut ke dalam ruang legar banglow kami yang tersergam indah itu. Semerbak bungalow kami berbau cerut pekat. Gua dan Rahim dah biasa dengan bau-bauan sebegini, bau bau kematian orang kabor. Bram terus menghisap cerutnya dengan penuh penghayatan seperti seorang yang betul betul menghayati lagu lagu Maher Zain.

Tiba tiba wanita botak yang datang bersama sekumpulan rombongan tadi datang menghampiri kami.

“I am sorry Sir, but for your information, we are cancer survivor. Please respect us and do not smoking in this bungalow” Perempuan tua itu kelihatan menutup hidungnya kerana tidak sanggup menghidu bau asap cerut tersebut.

“Celaka, kau ingat ni rumah siapa? Bungalow dan segala kabaret kabaret di Fraser Hill ni aku yang punya. Kau sibuk apahal?” Perlahan lahan gua tengok Bram cuba mengeluarkan pistol Glock dari sisi pinggangnya.

“But Sir, we really need you to..” Wanita tua itu cuba meneruskan kata katanya.

Bang! Bang! Bang!

“Itu pengajaran buat mu! Fuh.” Bram meniup muncung pistolnya yang baru sahaja melepaskan 3 tembakan menuju tepat ke kepala wanita tua itu.

“Chicarito! Tolong's bueng maryat ini perempuen ke dalam sungei please!” Rahim memanggil Chicarito yang kelihatan penat melompat bintang sejak dari tadi.

Ok gua tipu.

Sebenarnya wanita tersebut merupakan pesakit kanser yang datang melawat ke sebuah banglow di Bukit Fraser. Gua, Bram dan Rahim yang juga berada di dalam bungalow tersebut telah disound kerana merokok tak tentu hala. Gua malu beb! Hahaha.

Lu juga boleh baca : Review kurang senang pasal Fraser Hill


 

1 ulasan:

yienNoor berkata...

wah nuar dah create blog baru best2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...