06 Oktober 2010

4 penjenyah terkemuka dikehendaki taliban versi 2

Gua masih termenung. Memikirkan nasib anak isteri di rumah bungalow 3 tingkat yang gua beli. Anak gua masih belajar di sebuah universiti tempatan manakala isteri gua seorang wanita Jerman, sudah pasti akan merasa  risau akan keadaan gua sekarang. Bram, Hijan dan Rahim turut merasakan perkara yang sama. Masing masing ada tanggungjawab dan amanat yang perlu dipikul. Namun buat masa ini, kami masih ditahan disebuah bilik berdinding batu dan berjeriji besi. Ditahan akibat fitnah dan dakyah kosong hanya kerana menanam ganja di Farmville.

Gua memandang jeriji besi di bilik kami, ada sinar cahaya yang menampar muka gua. Kali ini cahaya itu tidak menjanjikan apa apa lagi kepada gua. Kami berempat ditempatkan di dalam lokap yang sama. Gua tengok Bram masih sempat menyeludup tembakau jawa yang dibawa oleh anaknya sebentar tadi. Dia menggulung dengan cermat sehingga sempurna balutannya itu. Tiba tiba seorang anggota polis datang menghampiri sel kami. Bram cepat cepat menyembunyikan rokok balutnya itu. “Ada tetamu mahu berjumpa dengan kalian! Ayuh.” Kata anggota polis berpangkat koperal itu kepada kami. Tangan kami digari lalu dibawa keluar dari sel tersebut dan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk berjumpa dengan para tetamu.

Shahril.

Ya, Shahril datang melawat kami. Beliau masih sanggup datang dari jauh semata mata untuk melawat kami yang terperosok ke tempat yang gelap. Kedatangannya adalah untuk membawa perkhabaran tentang majlis perkahwinan Rooney yang berlangsung tengah hari tadi. Dan Rooney juga adalah insan yang dipercayai telah menggunakan kesempatan terhadap orang orang gila seperti Zulfahmi untuk dijadikan kambing hitam bagi membocorkan rahsia Farmville gua. Tidak mengapa, hari ini hari bahagia beliau. Gua buat buat dengar apa yang Shahril cuba sampaikan.

“Rooney dah selamat kahwin hari ni, tapi sayang..” Shahril tidak menghabiskan ayat ayatnya. Tergantung.

“Bakpe pulok? Tu lah dia, dah tua tua baru nak kawin!”  tegur Bram dengan suara yang agak parau.

“Tok Kadi saja usik usik dia masa akad nikah tadi. Tok Kadi suruh dia baca niat mandi wajib, dia pulak pegi baca niat cara cara beristinjak menggunakan asid. Radikal sungguh. Hilanglah jubo kalau gitu! Biru juga muka ayah Miera aku tengok..hurmm”  Shahril mengangguk ngangguk.

Sejahat jahat gua tanam ganja di Farmville pun boleh juga kawin dengan wanita Jerman dengan lancar. Hai, bagaimana agaknya cara beristinjak menggunakan asid?

2 ulasan:

mr cekodok berkata...

hahaha.rabok kalo men ng asid!

ZieMa berkata...

hahahah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...