|
Gambar Hiasan |
Hujan peluru bertambah hebat. Dato Moharlela mengesat peluh di dahinya yang licin itu. Ini memang situasi yang mencabar. Namun Dato Moharlela puas, dipegangnya kepala JWW Bitch yang berjaya dipenggal dengan sekali cantas. Parang pemberian arwah bapanya memang betul betul tajam sehinggakan tiada kecacatan pada kesan potongan di leher JWW Bitch.
Dato Moharlela, Tengku Roni dan Tok Shahril masih berlindung di kawasan semak berhampiran dengan sungai. Mereka tidak menyangka bahawa pada pagi tersebut pasukan peronda British juga menjalankan operasi rondaan secara mengejut di sekitar kawasan tempat JWW Bitch mandi pagi. Lalu sejurus Dato Moharlela mencantas kepala si residen keparat itu, mereka telah diserang dengan tembakan senapang pasukan peronda. Kamal Richardson yang ditugaskan untuk mengawal JWW Bitch yang sedang mandi telah berjaya dibunuh terlebih dahulu oleh Bram Indut. Ketika dibunuh, Kamal Richardson rupa rupanya sedang curi tulang, dia masih sempat memancing di tebing sungai itu.
Dato Moharlela masih menunggu peluang untuk melarikan diri. Dia melihat kearah dua susuk tubuh rakannya yang sudah kaku dimamah peluru British. Nuar Kelubi dan Bram Indut terkena beberapa das tembakan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di medan perjuangan. “Ini bukti perjuangan kalian” Dato Moharlela mengenggam kepala JWW Bitch sambil menunjukkannya kepada kedua – dua jasad yang sudah tidak bernyawa itu. Tok Shahril menggelengkan kepala, beliau masih lagi tidak percaya kedua dua rakannya itu akan pergi buat selamanya. Apatah lagi Bram Indut gugur dipangkuannya.
“Tok..sudahlah, tinggalkan saja aku disini. Tok pergilah lari, kita sudah berjaya, erhhh” Bram Indut sudah nyawa nyawa ikan tapi masih sempat lagi bersuara. “Tidak! Kita berjuang bersama sama, kita juga harus meraikannya bersama sama, dude!” Tok Shahril memberi kata kata semangat kepada Bram Indut.
“Tok..sekira..sekiranya aku gugur di medan ini. Tok tolonglah...tolongg jangan..tolong jangan lupa isikan nama aku dalam buku teks sejarah..buku teks sejarah tingkatan satu pun sudah dikira baguss..erhhh..Allah!” Maka Bram Indut pun gugur dimedan perjuangan.
Tok Shahril menjerit sekuat hati “Beeeeeeerammm...!!”.
Berbeza pula dengan Nuar Kelubi, beliau mati akibat terjatuh dan badannya terhempap di atas batang duri pokok salak yang tajam. Akhirnya beliau tercucuk oleh parangnya sendiri dan kemudian barulah askar Inggeris berjaya menembaknya. Kematiannya boleh dianggap sia sia tetapi dari konteks sejarah, kematiannya dianggap sebagai pejuang. Cis poyo.
Lalu Dato Moharlela terfikir satu idea, dia teringat pada waktu muda dahulu dia pernah menggali terowong bawah tanah seperti terowong yang digunakan oleh askar askar Vietnam untuk menentang Amerika pada tahun kehadapannya. Bezanya , terowong yang digali oleh Dato Moharlela digunakan untuk mengintai anak anak dara kampung mandi dan bersiram di tepi sungai. Terowong tersebut terletak berhampiran tempat mereka sedang bersembunyi.
Dato Moharlela membuka pintu lubang terowong tersebut yang dialas dengan daun daun kering. “Ini terowong yang aku gali, ayuh. Terowong ini akan terus menuju ke hulu sungai, kita akan selamat di sana.” Terang Dato Moharlela. “Eh, sejak bila Dato gali terowong? Untuk apa?” Soal Tengku Roni. “Ah! Aku tahu lah nak buat kerja aku, kau jangan sibuk!” Kali ini Dato Moharlela bersuara dengan nada yang agak tegas. Takut takut rahsia zaman mudanya bocor. Dan akhirnya Mereka bertiga berjaya meloloskan diri dari kawasan tersebut dan selamat sampai di kawasan hulu sungai.
“Kita Berjaya! Lepas ini aku mahu lari ke Temerloh! Dan kemudiannya kita merdeka! Kepala JWW Bitch ini aku mahu simpan di atas rumah, barulah berpuaka. Oh ya, Siapa mahu ikut?” Tanya Dato Moharlela kepada rakan rakannya. Tengku Roni dan Tok Shahril hanya mengangkat tangan tanda setuju. Mayat kedua dua rakannya yang terkorban itu terpaksa ditinggalkan dikawasan tersebut terlebih dahulu. Mereka bertiga berjanji untuk menuntut kembali kedua dua jasad tersebut yang terkorban demi mempertahankan Sg Isap dan Permatang Badak.
************
Sehari sebelum Kejadian
Sambil menghisap rokok jenama Senapang, Bram Indut terus tekun mengasah parang dihalaman rumah. Bram Indut akan pastikan bahawa parangnya akan berlumuran darah orang Inggeris pada hari esok. Tekadnya tidak berbelah bahagi. “Abang, jemput minum kopi dulu?” Pelawa isteri Bram Indut. Bram menatap wajah isterinya yang dikahwini 10 tahun yang lepas, masih lagi cantik. Wanita tersebut berambut perang, bermata biru, gadis dari Negara Balkan, Melati Stephanovic namanya. Potongan badan tip top. Sedap Yuh! “Melati, sekiranya abang tiada lagi, kau isi lah nama anak dalam kandungan itu bermula dengan nama Bram, nama keluarga! Tidak kisahlah lelaki atau perempuan” Bram Indut berpesan kepada isterinya. “Abang? Kenapa abang berkata demikian? Abang mahu pergi ke mana? Parang yang diasah itu untuk apa ?” Melati bertanya banyak. “Abang mahu pergi berjuang, demi agama, bangsa dan Negara..perjuangan yang bakal tercatat dalam sejarah...ya.. sejarah.....”
Nuar Kelubi masih lagi didapur, membaca surat khabar sambil mengupas kulit buah salak. Dia Melihat lihat ruangan tikam nombor. “Yes, Jackpot! Mok, Nua jackpot!” girang benar suaranya. Mentang mentanglah ibunya tidak tahu makna jackpot. “Aok ngape? Menang motor ke?” Ibunya terkejut seketika melihat gelagat Nuar Kelubi. “amboii..banyak makan buah salak hari ni? Macam orang dah kemaruk, macam beruk?” Kali ini Ibunya benar benar menyindir. Nuar Kelubi endah tak endah. Ibunya hairan, tidak pernah pernah anak bongsunya ini makan buah salak dengan begitu banyak. Lazimnya anak itu hanya meratah petai depan radio. “Aku rasa tak sedap hati...” Kata ibunya di dalam hati.
Pendekar Rahim berlari ke rumah Tengku Roni laju laju macam orang yang dikejar babi hutan. Diketuknya pintu rumah Tengku Roni sekuat hati. Ternyata pintu rumah Tengku Roni masih lagi kukuh, maklum lah rumah Tengku Tengku sememangnya diperbuat daripada kayu yang mahal, kayu import. Siap ada loceng lagi. Entah mengapa Pendekar Rahim tidak menggunakan loceng itu tidaklah pula diketahui. Lalu Tengku Roni membuka pintu, terkejut beliau melihat Pendekar Rahim berpeluh peluh. Sepanjang pengetahuannya, Pendekar Rahim seorang yang tenang. “Ini pasti ada perkara yang benar benar penting” Bisik hati Tengku Roni. “Tengku, maaf menganggu. Tengku, aku tidak dapat mengikut kalian pada pagi esok! Fuh..fuh.” Pendekar Rahim semput semput, mungkin terlalu banyak menghisap rokok. “begini, koknya pekerja Indonesia di ladang gue udah membawa lari anak dara gue ke Lombok! Gue mahu kejar si Indon itu, dasar Indon enggak kenang budi!” Pendekar Rahim sudah terpengaruh dengan dialek Indonesia. Tengku Roni menepuk dahi. “Tidak mengapalah, jika begitu hanya tinggal kami berlima sahaja untuk meneruskan perjuangan ini” Tengku Roni duduk bersandar didinding. Akhirnya Tengku Roni dan Pendekar Rahim mengambil keputusan untuk membakar bendera Indonesia sebagai tanda protes.
Dato Moharlela dan Tok Shahril pula sedang memancing di muara sungai Kuantan yang juga dikenali sebagai benteng. Di kawasan ini memang ramai anak anak muda melepak terutamanya pada malam minggu. Melepak sambil melihat mat mat basikal berlumba memang sudah menjadi kegemaran anak muda ketika itu. Itu cerita lain, Dato Moharlela punyai cerita yang lebih besar. “Dato rasa bagaimana esok?” Tanya Tok Shahril. “Begini, aku cadangkan agar salah seorang daripada kita pergi membunuh Kamal Richardson terlebih dahulu, dan aku rasa orang yang paling layak ialah Bram Indut” Cadang Dato Moharlela. “Apabila Kamal dibunuh, kita berempat terus pergi kepada JWW Bitch. Nuar Kelubi akan tebas kakinya, Tengku Roni akan tikam punggungnya, kau tusuk dadanya dari belakang dan akhirnya aku akan cantas kepala si sundal itu. Bagaimana?”
“Otak Dato memang kejam, buat kerja mesti kena kemas!” Tok Shahril bersetuju sambil membelai belai janggutnya.
Straigh to the point. Keesokan paginya selepas bersarapan, mereka berlima terus sahaja duduk menghendap di tepi sungai, tempat JWW Bitch mandi. Sekali pandang mereka berlima seolah olah mahu mengintai anak dara membasuh kain di sungai.
Jam 8 pagi, JWW Bitch sampai di sungai bersama sama Kamal Richardson. JWW Bitch mengambil tempatnya seperti biasa, Kamal Richardson menghulurkan kepadanya sebuku sabun dan sebotol syampu rambut. JWW Bitch menanggalkan bajunya sehingga tiada seurat benang pun yang melekat di badannya. “Cis, biadap rupanya omputeh ni..mandi bogel!” Bram Indut berbisik kepada rakan rakannya. Ketika itu, Dato Moharlela mengarahkan supaya Bram Indut mula bergerak secara perlahan lahan ke arah Kamal Richardson yang sedang memasang mata kail untuk memancing.
“Lalalala..Kelapa dan Orkid..Bagush untuk Rambutt~ ” JWW Bitch mandi sambil menyanyi riang. “Celaka, lagu apa yang si sundal ni nyanyikan? Aku tak pernah dengar?” Nuar Kelubi kelihatan hairan. Sebagai pendengar radio yang setia, Nuar Kelubi seolah olah menjadi playlist kepada rakan rakannya yang lain.
“Cahkkk!!”
Kelihatan Bram Indut sudah berjaya menikam Kamal Richardson dari belakang. “Help me Bitch! Arghh..oh my God!! ..see you in the hell, fakingg Bitch. erkkk” Kamal Richardson tidak sempat berbuat apa apa lalu mati. Jeritannya tidak didengari oleh JWW Bitch yang sedang sibuk menyanyi. Bram Indut kemudiannya menunjukkan tanda bagus kepada rakan rakannya. Dato Moharlela yang melihat kejayaan Bram Indut itu pun mula bersiap sedia untuk menyerang JWW Bitch. Rakan rakannya yang lain juga tekad. Lalu..
“Seranggggg!!”
Tiada jam, tiada hari, tiada tarikh, tiada bulan, tahun 1957, Maka sejarah pun bermula...
|
Wira wira sebenar peristiwa pembunuhan JWW Birch. Tidak kisahlah dari negeri mana pun, perjuangan mereka tetap diabdikan untuk kemerdekaan negara. |
|
*Cerita ini rekaan semata mata.