Setelah sekian lama dibiarkan bersawang dan sepi tanpa sebarang khabar, akhirnya blog ini kembali dengan paparan terbaru. Maklumlah, ahli sidang kebanyakkannya tidak berminat untuk menulis, melontarkan pandangan mahupun berkongsi pengalaman.Sebelum ini ada juga Rooney dan Yiennoor yang rajin menulis. Yang lain? Ada yang sibuk bekerja keras di lautan mahupun di daratan. Ada juga yang sibuk main click click di internet dengan harapan esok lusa jadi kaya. Walau apa pun kerjanya, yang penting adalah usaha.Seperti lumrahnya seorang manusia yang mempunyai keinginan, maka tiadalah masalah sekiranya mereka ingin menjadi kaya raya asalkan tidak melupakan tanggungjawab untuk membayar zakat pada kemudian hari.
Yang lainnya, kebanyakkan masa dihabiskan untuk merokok,mengencing dan mengabdikan diri di kedai kopi. Aktiviti dan pengisiannya tidak serancak dahulu, tiada lagi futsal mingguan mahupun karaoke secara berhemah. Mungkin perkara itu berlaku lantaran kekangan waktu dan juga kesibukan bekerja. Jika ada pun perbincangan di Facebook, maka ceritanya tidak lari dari borak borak mengenai bisnes internet, cerita cerita projek mega mengalahkan projek kroni zaman Mahathir dan kempen menjadi jaguh jom pegi kenduri kawin. Jadi jaguh mengajak orang pegi kenduri kawin tu penting, tapi lazimnya yang jadi jaguh tu belum tentu lagi nak pegi kenduri kawin. Itu belakang cerita. Namun kesimpulannya, peluang sebegitulah yang akan digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.
Semenjak perpindahan Pailang Mohar ke Temerloh, maka pergerakan dan aktiviti JKKK turut seiring menjadi perlahan . Faktor Mohar dilihat penting kerana beliau merupakan seorang pailang yang berani dan aktif dalam mengisi ‘roh’ JKKK. Malah pada tanggapan penulis, setakat ini hanya Mohar sahaja yang layak digelar pailang. Hal ini demikian kerana beliau merupakan individu yang ‘bertindak’. Beliau bukan individu yang duduk termanggu ataupun merokok di depan komputer sambil memberikan ayat ayat power, kononnya. Malah ayat power Mohar sebenarnya bersifat ‘lisan’ dan terbukti keberkesanannya. Justeru tidak hairanlah ada segilintir daripada ahli JKKK termasuk penulis sendiri yang pernah menagih ilmu ayat cinta daripadanya untuk dijadikan sebagai modal mengorat makwe. Dalam erti kata lain, JKKK sebenarnya kehilangan seorang pemimpin yang berhati kering.
Mohar Jantan kini menjadi nelayan di Sungei Pahang |
Bagi mengisi aktiviti JKKK yang semakin suram, penulis dan beberapa ahli JKKK yang tidak berpengaruh telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti yang dinamakan sebagai ‘Save Kuantan’. Projek ini dilakukan sebagai manefestasi bantahan secara aman terhadap pembinaan Projek Lynas yang bakal menjadikan Kuantan sebagai Bandar Mutasi. Maka atas kesedaran dan kebimbangan tersebut, satu bantahan secara aman melalui penyebaran gambar dan mesej telah dilakukan pada tarikh 4 Jun 2011. Kami juga telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti tersebut pada tarikh yang sama dengan hari perkahwinan Supersob yang juga merupakan salah seorang pemain futsal terbaik skuad JKKK selain daripada Mat Bennayoun.
Aktiviti ini dijalankan bagi memperlihatkan kepada umum bahawa JKKK boleh melangkau jauh dalam mengimbangi isu isu setempat dan sosial yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Dengan harapan, JKKK tidak lagi dilihat sebagai sebuah kumpulan yang hanya reti mengeteh dan berborak di kedai kopi sambil bergelak ketawa macam iblis. Pihak JKKK juga tidaklah sehebat Wikileaks untuk membocorkan mana-mana rahsia dan data kompeni yang bertanggungjawab dalam isu ini dan hanya cukup sekadar untuk membuat manifestasi bantahan secara kecilan sahaja.
Walaupun bantahan ini tidaklah sehebat penentangan terhadap kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, namun harapan untuk melihat Bandar Kuantan terus membangun dengan sihat dan lestari tetap menjadi matlamat utama. Penulis yakin ramai pihak tidak mahu generasi pada masa hadapan yang tinggal di Kuantan dilahirkan dalam keadaan berkepala besar macam Alien Workshop kesan daripada radiasi yang dikeluarkan dari kilang projek kroni tersebut.
Atau mungkin juga pada masa akan datang, Kuantan akan menjadi sebuah Bandar Zombie. Maka peluang tersebut akan digunakan oleh Mamat Khalid untuk menerbitkan filem-filem komedi seram yang diberi tajuk seperti Zombie Kampung Sg Isap ataupun Zombie Jalan Wong Ah Jang.
Atau mungkin juga pada masa akan datang, Kuantan akan menjadi sebuah Bandar Zombie. Maka peluang tersebut akan digunakan oleh Mamat Khalid untuk menerbitkan filem-filem komedi seram yang diberi tajuk seperti Zombie Kampung Sg Isap ataupun Zombie Jalan Wong Ah Jang.
Walaupun penulis dan rakan rakan yang kurang berpengaruh ini tidak begitu mahir dalam bidang sains, namun apa yang lebih penting adalah kesedaran. Kalau pandai ilmu sains tapi tiada kesedaran dalam diri, maka tiadalah berguna juga akhirnya. Lebih baik gunanya ilmu sastera jika ada jiwa kesedaran tentang kehidupan mendatang. Sekian.
Artikel akan bersambung, tapi tak tahu bila.
Penulis dan beberapa rakan yang kurang berpengaruh dan posing dalam keadaan bersepah |
7 ulasan:
mane perginya slogan RAKYAT DIDAHULUKAN..??atau LYNAS DIUTAMAKAN..??dalam kes LYNAS bukannya soal politik dan sama waktu dengannya..tp soal kesejahteraan,keselamatan & masa depan semua warga KUANTAN tak kira bayi,budak,kanak2,remaja,org dewasa & warga tua..haprakkk!!
kesedaran masyarakat masih kurang berbanding masyarakat aussiee pasal isu radiasi ni.. kurang pendedahan dalam tv.. cume kita yang banyak melayari internet sahaja yang sedar.. tapi masih juga leka..
Salam...Program anti LYNAS merupakan satu program yg terpuji. Tetapi,kadangkala, agak sukar dilaksanakan atas sebab kekangan yg dihadapi tidak kira dari segi teknikal mahupun politik itu sendiri. Melihat kepada situasi semasa,pelantikan IEAA sebagai panel bebas memantau dan menilai projek ini secara menyeluruh merupakan satu langkah tepat pihak berwajib dalam kita mengetahui sejauh mana kesan dan impaknya kepada alams sekitar khususnya warga KUANTAN. Walaubagaimanapun, suka saya mengingatkan rakan2 seperjuangan sekalian, agak sukar bagi kita 'melawan arus' dalam situasi sebegini. Sebagai Anak Pahang apatah lagi Kuantan, sememangnya agak bimbang akan perkembangan ini. Walaupun IEAA melaporkan dan memberi jaminan bahawa pembinaan dan pegoperasian LYNAS di Gebeng tidak mendatangkan kesan langsung dalam jangka masa singkat, namun sebagai rakyat yg tidak berpengatahuan luas dalam bidang Sains tambahan pula berkatian dengan Radioaktif dan sebagainya, ingin saya melontarkan pertanyaan, kemanakah hasil proses bahan rare earth itu nanti? Adakah ianya ditinggalkan dan ditanam di Gebeng? mahupun dibawa keluar dari Kuantan?
Untuk JKKK Kusi Meroh, usaha anda memang terpuji, tetapi haruslah memikirkan dan mengkaji sebenar2 isu ini. Bak kata pepatah, biarlah hanya orang yg mahir sahaja bercakap isu ini...Kalau kita pandai memasak, usah kita bercakap soal membina bangunan. Wassalam.
hahahahaha...cam lawaq jer bebila dengaq citer nih..
macam orang frust jer..
penulis...
bawa banyak bersabar..
kesedaran tu bukan dengan cara refomasi..demonstrasi. tu bodoh namanya..kalu penulis ada kesedaran buat penulisan tentang lynas nih. buat kajian, tentang keburukan lynas, bukan dengan buat demonstasi lah, refomasi lah..tu semua kerja orang BODOH.
penulis perlu membuat banyak kajian lagi tentang lynas nih..ternyata apa yang ditulis penulis tidak lengkap dan cube merperbodohkan diri sendiri.
cube lagi nice try.
p/s:jgn kutuk kengkawan lebih sangt, kalau terasa dipulaukan ringankan mulut mengeluarkan kata kemaafan.
Aku setuju dengan penulis. Maklumat tentang lynas ni boleh didapati di mane2.Ape yang penting adalah kesedaran.Aku rase ini bukan demonstrasi,ini cuma bantanhan aman.Sape2 yg tengok gambar pun boleh taw yg ni bukan demonstrasi. Nampaknye ade juga yang terasa dengan penulisan ni ye.Usaha yg baik.
ahaiii...hahahaha...10q..10q...
urmmmmmmmmmmmmm.....
bru aku bc ''usaha pnulis'' yg ni(lame xon9 der)...stedy...!!
papepon aku anggap tulisan pnulis ni sbgai USAHA die...
jgn cpt 'mnjtuhkan hukum'(aku amek ayt mat dom taichi) nak kate pnulis membdohkan diri die...
klu pandai memsak,pastu nak ckp hal bgunan,teruskan dan bina bgunan tu...insyaAllah kite dpt lbey ilmu...cume kene slalu BERINGAT,pndai msk pon bleh jd xsdp,buat bngunan pon silap2 blh rntoh...klu nak tau ape yg akan jd............usaha je lah dlu beb...!!
usaha yg bgus pd pnulis...
amek la kratan ayt membina yg rodong2 post tuh tuk mantopkan lg tulisan n ilmu anda....
pasni ade lg 'usaha' anda kat sini n blh dpt '2 jari atah pale boh..!!' dr aku....slmat....
Komen 3: Isu ini telah dikaji seilidik terlebih dahulu dan bukanlah kami disidang ini hanya main redah untuk menulis artikel, tujuan artikel ini adalah untuk memupuk kesedaran sesame kita masyarakat yang menyanyangi alam sekitar, sekiranya tiada kesedaran bagaimana untuk masyarakat mengkaji lebih dalam tentang isu LYNAS ini dan kenapa pula ada bantahan tentang isu LYNAS ini, tidak cukupkah isu ini dibantah melalui facebook dan juga wakil rakyat, Orang mahir sudahpun bercakap tentang isu LYNAS ini dan memerlukan sokongan orang kurang mahir dan separa mahir iaitu rakyat seperti kita, adakah hanya orang mahir sahaja layak bercakap bagaimana pula hak asasi keselamatan masyarakat kalau hanya tunggu semua orang mahir yang nak bercakap? Fikirkan itu ya,
Komen 4: saya rasakan kamu yang bodoh.. adakah cerita ini adalah reformasi? anda dapat menilai atau tidak reformasi dan juga bantahan? ini namanya bantahan secara aman bukannya gerakan reformasi yang mengumpul sejumlah masyarakat, ini hanya sekadar bantahan melalui gambar dan luahan supaya masyarakat sekitar sedar, orang yang tak sedar dan malas nak mengkaji pasal kehidupan inilah yang bleh bawak penyakit kimia dan lebih suka memperlekehkan perjuangan masyarakat yang sayangkan alam sekitar, kenapa tidak anda sertakan nama sekali boleh saya lihat siapakah anda yang berasal dari Sidang ataupun tidak boleh saya bersemuka. Baru dikatakan berani komen dan saya selaku pengasas blog ini juga berani bersemuka dengan anda. Jangan hanya sekadar mengkiritik tanpa nama mana tau boleh juga kita bersembang dikedai kopi melihat setinggi mana pula ilmu tuan yang memberikan KOMEN ke2. sekian.
Catat Ulasan