01 April 2011

Majlis Buat Beliau ( Fatah & Lynn )

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi dengan perngurniaan rezeki terhadap seorang lagi ahli Sidang JKKK yang akan melangsungkan Perkahwinan tidak lama lagi.

Sebagai ucapan Tahniah Pihak Sidang Pra-Jurit menyeru kepada rakan-rakan semua untuk sama-sama hadir pada hari Perkahwinan mereka ini dan kehadiran rakan-rakan semua akan memeriahkan lagi majlis disamping rakan-rakan juga dapat menyimpan impian juga untuk berkahwin pada satu hari nanti....


MAJLIS AKAN BERLANGSUNG PADA : 

Rumah Pengantin Wanita ( Lynn )
Tarikh : 01 May  2011
Masa   : 11:00 - 17:00
ALAMAT : KB 126,KG. BELUKAR,BATU 3 1/2,JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN,PAHANG.

Rumah Pengantin Lelaki ( Fatah )
Tarikh : 07 May 2011
Masa: 11:00 - 17:00
ALAMAT: NO 44,JALAN 1,TAMAN SERI INDERAPURA,JALAN KUANTAN-PEKAN,25320 KUANTAN,PAHANG.

Info terkini yang didapati juga bahawa satu persembahan ala-ala "COME BACK" akan diadakan ketika Majlis ini dengan Penghulu Sidang iaitu encik Mohar Jantan akan mempersembahkan satu lagu versi karaoke bertajuk " AKU HANYA SERANGGA " dan inilah masanya untuk rakan-rakan yang merindui suara Penghulu kita mengubat rindu ketika majlis perkahwinan ini. Bukan senang Penghulu nak balik ni weh... bab makan jangan risau kerana Chef de parte Rooney Dasril akan menyumbangkan gula-gula dalam bentuk sarang telur kepada rakan-rakan...  dengar juga Bramir Dean akan bersilat pulut ketika ketibaan pengantin manakala persembahan Sajak Kahwin oleh Omar Alias juga akan diadakan ketika majlis... siapa yang tak datang memang akan terkena sindrom Double Tag Kollar. Tak lupa juga Sesi bergambar kenangan bersama pengantin yang akan diambil oleh 2 orang juruphoto tak glamer iaitu Yien Mohd Noor dan Rahimi Razali.... datang datang... Horeeyy!!!

1 ulasan:

Roney Dasril berkata...

mari2...sama2...ramai2..kasi padat kanopi umah dia..haha!!..balik, jgn lupa tapau lauk..buat mkn malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...