Manakala scene pakcik-pakcik pencen kerajaan melepak minum teh waktu pagi sambil membaca surat khabar pun gua tengok masih juga steady...
Kalau gua ada masa waktu pagi memang gua pun sekali sekala ambik bahagian jugak dalam scene membaca surat khabar sambil pekene roti dan kopi...
Sejak dua ke tiga hari ni scene nak membaca surat khabar ni jadi tak berapa syok sangat kecuali dibahagian sukan yang masih steady tapi bab isu politik jadi cam babi kalau duk adap....
Hal-hal liwat meliwat hal-hal sex luar tabiii ni dah jadi cam isu biasa bagi golongan politik ni main-main... gua yang belum kawen ni pun rasa tak steady nak baca isu-isu macam ni apetah lagi kanak-kanak yang baru lepas bersunat mesti rasa geli...
Semasa gua pekene kopi gua ada terime SMS:
Kawan gua: bro lu tengah dinner?
Gua: dinner kejadah apa.. gua tengah breakfast... lu pikir skang ni time kat Paris ka?
Kawan gua: hak hak hak... sory2 gua ngigau... hari sabtu ni gua nak ajak lu berparti...
Gua: Parti apa? Makan roti tau la gua ( bab2 berparti ni gua memang tak pandai..kecuali parti hari lahir anak-anak buah gua memang gua suka ).
Kawan Gua: Lu kena join sebab ni parti kewajipan...
Gua: lu ni cam nak ajak pergi parti liar je.. patut SMS pun cam liar je rupe..
Kawan Gua: bukan-bukan.... gua nak ajak Lu join Parti Politik.. wajib ni.. nak mengundi tak lama lagi...
Gua: cilake!!!!!
Pilihanraya kat Sarawak akan bermula tak lama lagi... lepas ni kat semenanjung...
Bila dekat Pilihanraya Umum je ade le isu-isu berbangkit parti tuh dan parti ni.....
Tapi kali ni jenis banyak Isu sex plak nak dihentam....
Isu-isu rakyat taknak plak ditimbulkan.....
Gila Sex gua rasa ahli politik sekarang ni...
1 ulasan:
credit ti writer..:)
Catat Ulasan