15 Mac 2011

Ancaman Nuke Nippon!!!

Tepat jam 5.30 ptg 14/3/2011, satu nuke plan di Fukushima, Nippon telah meletop dan mengalami kebocoran mcm tiub beskal bocor dek kerana paku tekan. Ini disebabkan oleh gempa bumi dan ia dianggap insiden nuklear di tahap ke-4 (Chernobyl-tahap ke-7). Akibat kesan radiasi nuke tersebut, ia mungkin akan naik ke udara dan seterusnya menyerap ke dalam awan. Keadaan ini bergantung kepada tiupan dan kelajuan angin di tempat tersebut.Kemungkinan awan yg tercemar ini boleh pergi kemana-mana di kawasan asia dan menghasilkan hujan yang mempunyai kandungan radiasi yg merbahaya. Oleh itu, sebagai aktivis greenpeace satu hr nnti dan bekas penoreh, sy menasihatkan tuan2 dan puan2 berjaga2 akan hujan yg dibawa dr awan belah timur atau timur laut. Kesan dari hujan yg mengandungi radiasi nuklear ini boleh menyebabkan simptom2 alahan kulit, kanser, keguguran rambut dan senggugut(yg ni sy reka). Anda semua dinasihat duduk aje di rumah kalau hujan dan kalau terpaksa keluar juga time tu tgh hujan anda patut pakai payung, baju hujan fullset GIVI, topi atau helmet askar ke lantak tuan puan ler janji keselamatan dan kesihatan harus diutamakan. Untuk makluman, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan (sy berada di sini), Kudat dan Senai)
tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal setakat ini. Nasihat saya 'Hati-hati ketika hujan 2-3 hr ni, BANZAI!!'

Sumber : Agensi Nuklear Malaysia, BBC FlashNews & agen2 sy di Jepun(siasatan masih diteruskan).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...