Satu malam, iaitu pada malam minggu baru-baru ini, gua pulang dari Klang dan menuju ke Cheras dengan menaiki motosikal Honda ombak. Oh ya, gua pulang dari Klang pada jam 2.40 pagi setelah motor gua mengalami kerosakan di sekitar Jalan Kapar. Mujurlah gua ada kawan-kawan di sana yang sudi membantu mengerah keringat dan bermandikan peluh semata-mata untuk membaiki motor racing pemberian ayah gua ini.
“Malam malam begini, aku rasa elok ko jangan ikut Federal Highway, lorong motosikal dia bahaya doe! Ko ikut kesas!” Pesan seorang sahabat gua sebelum gua memulakan perjalanan.
Gua yang mengangguk angguk terus melambaikan tangan kepada sahabat gua itu, lalu sahabat gua memberi flying kiss yang paling mesra. Ah, ini tipu.
Usai pertemuan itu, gua menunggang motosikal dan menuju ke Cheras menggunakan Highway Kesas. Selepas melalui plaza tol Sunway, gua memecut motor gua di lorong motorsikal dengan begitu rakus dan jahanam sekali. Tiba di satu koner, gua terlihat seekor anjing berwarna hitam sedang melintas di hadapan gua. Sebagai seorang yang budiman dan tidak berperangai seperti anjing, gua membiarkan anjing itu melintas dengan selamat. Gua memandang anjing itu sambil tersenyum sendirian.
“Dasar anjing!” Gua bermonolog sendirian.
Selepas melihat anjing itu melintas, gua terus mengalihkan pandangan ke hadapan untuk meneruskan perjalanan. Ketika mengalihkan pandangan , gua perasan macam ada satu lembaga sedang berdiri seolah-olah sedang meminta untuk ditumpangkan. Anehnya, lembaga itu berdiri statik sahaja, tidak bergerak, hanya tangannya saja yang menghala kehadapan, seolah-olah cuba menahan gua. Jaraknya lebih kurang 30 meter di hadapan gua. Gua terfikir juga, kalau dia nak menumpang, takkan la dia nak tumpang motor sedangkan di highway ni banyak kereta yang lalu lalang. Dan kenapa menatang tu nak tahan orang kat laluan motor pula?
Gua buat buat stedi. Gua bawa motor perlahan lahan sambil memandang ke bawah dan kemudian melintasi lembaga tersebut. Selepas sahaja gua melintasi lembaga tersebut, bau busuk dan hanyir mula menusuk ke dalam lubang hidung gua.
Faking Hell, gua syak gua ni dah kena kacau dengan setan. Gua pecut motor laju laju sambil menterbalikkan side mirror motor gua. Bulu roma gua dah mula naik, gua dah tak nak pandang belakang!
2 ulasan:
haha..motor x berat ke tbe2?
kakakka.. kene kene lu kene juge..
Catat Ulasan