13 Februari 2011

Tentang 3 Si Bodoh

Filem tak serupa Tajuk ini filem pakai Otak
Sebuah Filem Hindi arahan Rajkumar Hirani 
Sidang Prajurit memilih filem ini sebagai post entri disebabkan jalan cerita yang penuh dengan  mesej tentang erti persahabatan dan kejayaan seseorang itu adalah datangnya dari minat dalam diri bukan kerana paksaan.
Kemajuan dalam seni perfileman India telah menampakan hasilnya setelah cerita Slumdog Millionaire dan My Name is Khan diterbitkan. Tiada lagi kisah cinta bergolek2 dari gunung ke pantai.
Untuk makluman juga Filem ini merupakan filem yang mendapat kutipan tertinggi di India hanya seminggu ditayangkan di layar wayang.

SINOPSIS:


Cerita ini menceritakan tentang semangat persahabatan antara 3 orang kawan yang menuntut di  Imperial College of Engineering "ICE.
Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), dan Rancchoddas Shyamaldas Chanchad "Rancho" (Aamir Khan) merupakan 3 orang pelajar kejuruteraan dikolej tersebut.
"Ranncho" merupakan watak utama dalam filem ini yang merupakan seorang genius dalam bidang kejuruteraan manakala "Raju" dan "Farhan" pula merupakan rakan yang terpaksa memenuhi kehendak keluarga untuk menjadi seorang jurutera untuk mendapatkan pekerjaan akan datang atas sebab datangnya dari keluarga miskin.
"Rancho" percaya jika membuat sesuatu dengan kesungguhan kejayaan  pasti akan datang dan bukanlah melakukan sesuatu dengan secara paksa ataupun terpaksa.
Sebagai pelajar kejuruteraan "Raju" dan "Farhan" amat tertekan kerana setiap pelajar berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik atas desakan Seorang Proffessor yang mahukan setiap pelajar mengejar kedudukan No.1 sedangkan "Ranco" pula berfikir secara matang yang kejayaan itu bukanlah datang jika setiap pelajar terus berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan.
Nilai-nilai mengenal diri serta bakat diterapkan dalam Filem ini malahan semangat setiakawan antara rakan juga menjadi nilai yang begitu kukuh.
Banyak sangat kalau nak diceritkan sinopsis ni.. lu orang tengok la sendiri nanti... letih nak becerita hahaha....


Setiap Filem Hindi memang tak lari dengan budaya lagu menari-nari sebab itu identiti mereka tetapi jalan cerita Filem ini amat bersesuaian dengan motif pembinaan blog sidang ini dan silalah saksikan.







2 ulasan:

msTeddy berkata...

My name is khan layan ke?

Sidang Pra-jurit Kampung berkata...

citer tuh best gak kene tengok jalan citer dan pengajaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...