13 Februari 2011

Komputer Riba


Jam 3 pagi gua tengah lalai dengan kerja-kerja mengedit gambar2 hensem...
Alat yang dipanggil "Komputer Riba" kemudahan yang pasti...
Gua sendiri pun tak tahu kenapa orang panggil "Komputer Riba" padahal komputer ini tak mengamalkan unsur riba... mungkin penjual komputer jenis ini suka mengamalkan riba itu mungkin juga....
Sedang ralit mengedit si Riba ini buat kerenah.... gua dah riba komputer ni... tapi mungkin tak cukup kasih sayang...
Gua pun nak baring gua pun nak minum air.... takkan gua nak berikan kasih sayang 100% dengan si riba... perot gua.. tekak gua perlukan kasih sayang juga... minda gua mahu juga ....
Kerja Gua dah hampir 90% nak siap... gua tinggal 5 minit nak pekena teh... Riba tetibe buat hal sedangkan gua belum menyimpan data org putih kabo SAVE ....
Mata gua masih bersengkang... Si Riba buat selamba gelapkan diri depan mata gua...memang gua rasa amat hiba dengan perangai riba yang buat cilaka.....

Inilah dia kalau dimanja sangat asyik nak diriba... tak leh tinggal dah main cilaka...



Gua akan berusaha membeli sejenis "komputer tendang" selepas ini supaya lebih senang untuk ditendang jika berlaku masalah....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...