Tanpa perasaan berlengang dan berlengah gua gunakan hari cuti indah ni dengan mengemas rumah dan bilik rock gua sambil-sambil jemur kain. Sebelah menyebelah umah gua ada penghuni memang gua hidup dalam kawasan kejiranan. Anak jiran sebelah umah gua ni agak peramah dan pernah berkata kepada gua yang dia nak jadi penyanyi... ok .. gua tak penah peduli cuma hanguk-hanguk tanda faham.
Mula jam 9 pagi gua dah dengar anak jiran sebelah umah ni bernyanyi karoke set home teater kat umah dia.. gua buat selamber sebab gua tanak peduli sangat hari-hari cuti cam ni dieorang nak melalak ka apa ka janji dieorang happy itulah bagusnya gua sebagai jiran yang tak suka ganggu kesenangan jiran sendiri.
Dari pagi sampai nak masuk tengah hari gua pun dah siap-siap nak ke Miri gua hairan gak dengar lagu yang anak jiran gua duk nyanyi. Gua rasa die dah ulang lagu ni sampai 12 kali tak naik muak lagi. Dari tadi duk sebut "cinta Gila .. cinta Gila" ini lagu nyanyian kak Ramlah Reng gua rasa dan gua harap sepemergian gua anak jiran gua ni tak jadi Gila sebab lagu " Cinta Gila".
Selesai urusan belaja gua di Miri gua terus blah balik ke rumah sewa gua di Bintulu. Dalam perjalanan kerumah gua hanya satu impian yang gua nak lakukan iaitu tidor nyenyak sebab gua letih tak tidor selama 24 jam ini memang real punya hidup. Setiba gua dirumah.... ada orang menyapa gua dengan penuh sopan ... "Bang bang tunggu jap" ...
Aisyah: "bang... nak mintak tolong skit boleh?"
Saya: "sikit tuh camana sikitnye?"
Aisyah: "Boleh tak downloadkan video lagu Cinta Gila untuk Aisyah?" minta Aisyah.
Saya : " lu memang sudah gila" jawab gua tenang tanpa rasa besalah
Gua terus berlalu tanpa menoleh kebelakang entah apa reaksi Aisyah....
Sebelum sempat gua terbang ke katil .........
" CINTA GILAAAAAA....AAAAA CINTA GILA AAA LAAAAA...." dengar suara orang sedang berkaroke dengan lantang... gua rasa Aisyah lepas geram sebab gua tak mau tolong dia dan gua lantas mengangkat tangan berdoa agar anak jiran gua tidak betul-betul jadi GILA.