02 Januari 2011

Meraikan Tahun Lepas


Kejayaan Malaysia merangkul piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun telah menggembirakan seluruh warganya. Masakan tidak kerajaan mengiystiharkan cuti umum pada 31 Disember 2010 lalu bagi menghargai keringat jurulatih dan pemain-pemain muda ini. Lebih menggembirakan, yang ditumpaskan pada perlawanan akhir tersebut adalah Negara Indonesia, sebuah Negara yang bajet abang abang, lebih cerdik, lebih bijak dalam segala hal berbanding Malaysia.

Lantas sejurus selepas kemenangan secara mutlak diperoleh Malaysia di Jakarta, skuad dan peminat peminat bolasepak di Malaysia diganyang teruk oleh rakyat Indonesia secara amnya di alam maya mahupun di rumah Luna Maya. Istilah-istilah seperti ‘Malingsia’ dan ‘Malaysia anjink’ kerap diulang ulang bagi menggambarkan sifat jumud mereka yang tidak boleh menerima kekalahan. Rata rata cerita berkisar pada penggunaan laser ,bomoh,pawang dan yang lebih hebat ada yang mengaitkan Malaysia dengan proksi Yahudi. Yang ini paling bodoh, super bodoh.

Hakikatnya, bolasepak Malaysia berada pada satu tahap yang berbeza berbanding 5 tahun dahulu. Uniknya Malaysia bukan sekadar pada tahap permainan yang tidak konsisten, tetapi juga pada sokongan yang diterjemahkan oleh peminat – peminat bolasepak itu sendiri. Berbeza dengan Indonesia, penyokong Malaysia dilihat lebih sivil, akur dan sentiasa menerima hakikat akan tahap sebenar pasukan bolasepak kita. Kecuali pada perlawanan sukan Asia ketika menentang China pada Oktober 2010, pernahkah anda melihat penyokong pasukan bolasepak Malaysia mencaci dan menyalahkan pasukan – pasukan yang pernah menewaskan Malaysia di peringkat antarabangsa? Jawapannya, tidak.

Peminat-peminat bolasepak Malaysia lebih cenderung menyalahkan pasukan sendiri. Mencaci,mengherdik dan mengutuk pemain dan persatuan bolasepak adalah satu perkara ruji. Maka apabila Malaysia merangkul piala yang menjadi rebutan di Asia Tenggara, kedengaran suara-suara yang meminta agar kaki kaki kutuk dan pengkritik bolasepak tempatan supaya tutup mulut. Faking Shit.

Secara tersirat, pembentukan dan kejayaan bolasepak sesebuah negara sedikit sebanyak disumbangkan oleh pengkritik pengkritik bolasepak. Mereka mengkritik,mengutuk dan mencaci kerana sayangkan bolasepak Negara itu sendiri. Marah bukan tanda benci. Tetapi itulah realiti penyokong bolasepak di Negara manapun. Ketika pasukan Jerman muncul sebagai naib juara piala dunia tahun 2002, mereka turut dikritik. Itu piala dunia, kejohanan yang jauh lebih besar daripada Piala Suzuki. Di England tak payah cakaplah, penyokong, kaki kutuk dan pengkritik boleh menentukan masa depan sesebuah pasukan kelab mahupun Negara. Nampak? Kuasa yang ada pada pengkritik dan pencaci bukan kuasa yang biasa biasa, dan lazimnya pengkiritk tidak akan hadir dengan tangan kosong, mereka datang dengan cadangan penambahbaikkan. Kutukan juga perlu, kalau tak kutuk, sampai bila kau nak berubah? Tokmu.

Maka apabila kejayaan yang dinantikan selama 14 tahun ini hadir, semua rakyat dari seluruh pelusuk Negara wajar meraikannya. Bolasepak adalah sukan dunia, maka kejayaan kita menakluki Asia Tenggara wajar dihargai, wajar dijadikan titik tolak kepada kita untuk melangkah dengan lebih jauh. Wajar dijadikan tonik kepada budak budak sekolah yang suka tengok tv supaya turun padang untuk bermain bolasepak. Malaysia tanah tumpahnya darahku.

3 ulasan:

yienNoor berkata...

Rajagopal dah buat parti maruku la bro huuhuh

Adib berkata...

nice

ixana xara berkata...

bagus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...