29 Disember 2010

Menjelang Final Piala AFF


Piala Suzuki AFF yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1996 di Singapura dan pada masa ini dipanggil sebagai Piala Tiger... kenapa? sebab mase tuh minuman cap rimau yang sponsor.. mase ni AFF susah nak cari sponsor.. kire bernasib baik Persekutuan Bola Sepak Asean ( AFF ) dapat sponsor. Bermula Era 2008 nama piala ini diubah kepada Piala Suzuki kerana ketika ini Malaysia sudah mula menggunakan nama Harimau Malaya dan bagi mengelakan nama Piala ini ada kaitan Tiger atau Harimau lebih baik ia ditukar walaupun Malaysia tidak pernah memenangi trofi ini bagi menggelakan kontroversi berkenaan nama. Kali pertama dan terakhir Pasukan Malaysia masuk ke peringat akhir adalah pada edisi pertama kejohanan ini dilangsungkan dengan keputusan Malaysia Tunduk kepada gergasi ASEAN ketika itu Thailand 1-0.

Semenjak Piala ini ditukar nama kepada Piala Suzuki..... edisi kedua nama Suzuki ini tahun 2010 pasukan Harimau Malaya akhirnya berjaya melayakan diri ke pusingan Akhir buat kali kedua selama 12 tahun dan akan bertemu Indonesia.
Selama 12 tahun penantian untuk ke final piala AFF ini dinantikan oleh semua golongan peminat BOLO SEPAK diMalaysia dan akhirnya pada tahun 2010 Malaysia berjaya lagi.
Adakah ianya berkait rapat dengan hubungan ekonomi mahupun dasar luar negara Malaysia sehingga mengambil masa agak lama ataupun disebabkan jersi pasukan malaysia tidak disponsor oleh syarikat Nike?
Semuanya sudah terjawab dengan pasukan K.Rajagopal kini telah disponsor oleh pakaian sukan berjenama Nike dan jika dilihat dibaju baru kini ada ayat tertulis "Tanah Tumpahnya Darahku" dan semangat inilah yang membuatkan pemain-pemain bolo Harimau Malaya lebih bersemangat seperti pasukan Sepanyol yang dikenali sebagai La Furia Roja (The Red Fury) baru boleh memenangi Trofi mungkin cuma sponsor yang berbeza.
Semangat One Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin baru Malaysia ( Dato Sri Najib Tun Razak ) mungkin juga memberikan impak yang berguna kepada peningkatan pasukan Harimau Malaya kerana mungkin hubungan antara pemimpin negara dan juga presiden FAM ( Sultan Ahmad Shah ) berasal dari negeri yang sama memudahkan perbincangan dari segi budjet untuk pasukan bola sepak negara dan tidaklah perlu untuk ke parlimen hanya sekadar cukup melepak bersama di kedai kopi.
Tidak kira apa bangsa dan keturunan janji warganegara Malaysia mahukan satu kejayaan iaitu trofi AFF ini dan ini terbukti ketika Final pertama menentang Indonesia pada 26 Disember lalu Malaysia dengan mudah menundukan Indonesia dengan kemenangan 3-0 walaupun kalah 5-1 ketika peringkat kumpulan dan inilah dia mungkin dasar One Malaysia untuk One Time 85 ribu penyokong memenuhi stadium untuk One Trophy ... AFF ... ianya berbaloi...

Contoh Rakyat Korea yang menonton melalui Layar Lebar demi Pasukan Bolo Mereka .. Kita?

Walaupun kita ada One Malaysia, One State Leader, One More Game, One Won, cuma belum ada One AFF Trophy je lagi.....
Jersi pasukan Malaysia juga kini sudah Sold Out dijual dikedai2 sukan sehinggakan kedai jual Basikal pun menjual jersi Harimau Malaya ini.. inilah dia "Tanah Tumpanya Darah" semangat org Kabo!!!!.....
Gua harapkan di setiap daerah disediakan Screen Besar untuk semua rakyat Malaysia menyaksikan Final Piala AFF bersama-sama dan bersorak demi pasukan negara... gua betul2 berharap agar pihak kerajaan prihatin dengan semangat rakyat ingin menyaksikan perlawanan ini bersama-sama sambil makan kacang cap Tangan.

Antara ahli JKKK yang sanggup pergi menonton perlawanan bolo sepak di Bukit Jalil.. Semangat Bukan?







2 ulasan:

armouris berkata...

Malaysia boleh! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

msTeddy berkata...

haha..gmbr kt bwh tu..aisey..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...