26 Januari 2011

Alih Tumpuan Seketika

Versi-versi surat khabar tempatan sekarang ni kekadang sama seperti lalang-lalang yang bergoyang ikut arah angin... tapi yang membezakan ialah sejenis tumbuhan hijau dengan helaian kertas putih betulisan hitam. Dari bahasa penuh gaya sampai berbahasa menggoda memuja itu semua penulisan seperti mengikut lalang.

Mana isu "buang bayi" ... Mana isu "rogol bawah umur" ... Mana isu "rasuah"... Mana isu "Misbun dan BAM" mana-mana???? Tak nampak pun!!!! Tak Selesai pun??. Belek-belek helaian semua duk main Isu Politik... Harian Metro yang selalu gah dengan cerita sensasi pun dah tak siar cerita rekaan seperti "pemandu lori nafsu beruang". Kalau tak siar pasal politik 30 muka surat tak sah kes-kes skandal ahli politik pun dah lenyap.... Fasha Sanda pakai bikini pun dah pakai baju kurung sebab pilihanraya.... Hantu Raya pun apa lagi gembira tak terkata isu pasal mereka dah senyap dek isu pilihanraya dan politik.

Minat terhadap seni surat khabar buat masa ni semua lenyap kerana duk ikut cakap kerajaan tutup dulu mana isu tak penting yang penting parti politik dapat menang kerana tipu helah. Gaya seperti ini buat Pakcik-pakcik pencen kerajaan pun jadi muak nak membaca surat khabar sambil pekene teh pepagi hari... apetah lagi Justin Bieber nak datang ke Malaysia tak dipromosi dalam akhbar cuma nampak muka si Rosmah beri sumbangan dana dengan muka riak... muka Justin Bieber yang cute takda plak? dah gi mampus Justin Bieber die bukan ahli politik parti di Malaysia die cume guna bibir menyanyi... tak perlu siar sebab die budak lagi.. sunat pun belum tentu... Ruangan iklan untuk jawatan kosong pun dah jadi ruangan muka ahli DUN dan sila tandakan X untuk parti sekian.... cilaka jugak muka tak hensem sampai 10 muka surat ada tersiar dihelaian akhbar.

Agak-agak kalau Majalah Masakan pula siar isu politik menu makanan ape korang rase..rase nak maki tak?????


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...