16 Disember 2010

Route to Putrajaya - Renoma Amerika 3

me: alip, ka rase nua lepas interview?
alip: Insyaallah lepas, dia kan dah pakai tie warne biru tambah pulok die da isap rokok dunhill silap - silap orang amik keje terus.
me: bangga aku ada membe cam nua, dapat juga dia cari tie biru tu kan. hmmm..

perbualan gua dengan alip berterusan sehingga kami tiba diperkarangan masjid putrajaya. ‘Indah’ sungguh pelancong asing yang datang meramaikan keadaan masjid pada pagi ari, gua pikir ada orang buat tahlil tapi sangkaan gua silap cuma orang yang sedang menunggu masjid di bukak untuk tujuan melancong. Tak penah gua tengok mat saleh, korea (seakan-akan J.S Park), pelancong dari Negara ‘aisheteru’ pun ada. Terasa kampung sungguh gua pada waktu pagi tu, gua tengok alip rilek je macam da biasa tengok keadaan camni, rupanya gua terlupa sesuatu dia kan penah tinggal bersama Renoma Amareka memang takabor sungguh gua tengok alip time tu. Gua buat biasa je, seakan-akan nak tunjuk lagak sama serupa alip.

Selepas melawat dan melihat keindaahan Rumah Allah itu, gua rancang nak pergi jalan-sekitar putrajaya sambil-sambil tunggu nua abis interview. Sempat juga gua bergambar dengan alip di dalam kawasan masjid, tapi gua sakit ati dengan alip dia malu nak amik gambor.gampang!!serupa perempuan baru baligh. Gua rasa mungkin dia malu dengan kehadiran gadis-gadis jepun kat situ, mau cover macho, terserlah lah gua yang terlalu beria-ria posing amik gambor.

Gua panas enjin jentera oren, gua pijak clutch, pijak panel minyak..jalan. “rony, tuuuu!!” tunjuk alip pada sesuatu sampai mengejutkan gua sehingga gua tertekan brek sikit lagi gua nak drift tapi melihat keadaan alip yang tak suka benda camtu, gua hormat. Alip rupanya tunjuk tepat pada tempat yang dia nak pergi, memang gila ni alip, kalau la kereta gua terbalik sebab dia tunjuk tempat tu, memang gua angkat tu kereta letak atas dia suh dia junjung bawa balik umah, nua gua suh naik basikal, pinjam dengan pak gad sekolah  presint 14. “aku tak tau jalan alip, nak pusing balik?” Tanya gua baik. “pusing-pusing,kita pegi, kita cari la laluan.” Katanya. Gua pandu jentera oren mengikut arahan alip, agak-agaknya dia sudah biasa dengan putrajaya. “faking hell..!!” marah gua, memandangkan signboard di putrajaya macam chipsmore, tambah pula dengan tak ada divider di bahagian tengah jalan membuatkan gua lagi pening dengan jalan di situ. “bagus lagi jalan permatang badok” kata gua lagi.

 
Setiba kami di taman botani putrajaya, sempat juga kami bergambar tapi seperti biasa alip cover macho lagi di depan sekumpulan pemuda bangla yang sedang asyik mendecorate pokok-pokok dekat kawasan tu. Gua nampak satu restoran, perut gua cepat je bunyi kalau da nampak tempat camtu, gua terasa memang sungguh lapar, bila gua ajak alip pegi makan tiba-tiba “uiissshhh..!!jangan la rony, mahal tempat tu..ko tengok la table setting dia 5star boh.” Tegah alip. Gua bukak dompet, memang takda duit lagi Cuma tinggal duit minyak saja, jadi batal niat untuk makan. Penat gua melayan kerenah alip dengan berjalan ke kawasan entah mana-mana dia bawa nokia gua berbunyi.

 
Nua: ka ade mane.?
Me: ade kat taman ni, jalan-jalan sekejap
Nua: ak da abis, moh la amik aku.
Me: orait,on the way. (masih lagi terpinga-pinga cari jalan keluar dari taman)


Setiba kami di tempat nua interview, gua tengok dia da cabut tie mungkin juga dia kepanasan dengan keadaan yang panas kat situ atau pun dia panas tengok candidate yang ada dekat situ pakai blazer tengah panas, boleh kata itu satu kemungkinan juga. “rokok-rokok..” pinta nua. Wahh..steady
sungguh member gua, melepas lelah dengan rokok dalam keadaan panas bukan dengan air. Kami bertiga beredar dari situ dalam keadaan jam yang menunjukkan pukul 12 tengahari.


“Nua,camne interview ka.?” Tanya gua dan alip. “hhmmm...aku cerita pasal menoreh dengan diaorang, sempat jugak aku bagitau harga getah sekilo berapa ringgit” jawab nua tenang. Gua dah terpinga-pinga, apa kaitan getah dan kerjaya seorang cikgu.??mungkin juga ada kaitannya.












3 ulasan:

Adib berkata...

haha..inilah jd klu org colombia dtg malaysia

Tanpa Nama berkata...

HAHAH. Hari hari yang lepas usah dikenang!

yienNoor berkata...

hhehhee... gile lame aku tak bukak blog ahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...