02 November 2010

Hari Gemilang Bramir Dean

“Alhamdulillah, dorongan keluarga dan rakan rakan telah membawa saya ke tahap yang lebih tinggi pada hari ini.” Itulah antara ungkapan yang dapat diluahkan oleh Bram ketika ditanya tentang perasaannya ketika menerima segulung Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang teknologi maklumat.  Beliau ditemui selepas selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 di Sintok, Kedah.

Mengimbau kembali saat beliau bergelar Mahasiswa, Bram menyatakan bahawa kadang kala beliau terpaksa mengikat perut demi membeli buku buku tebal dan nota fotostat di kedai kedai percetakan underground. Malah menurut  Zubiq yang juga merupakan rakan sekuliahnya, Bram sanggup menanam pokok Ubi Kayu dibelakang asrama penginapan semata mata mahu mengurangkan kos makanan yang semakin meningkat di kafe kafe sekitar UUM.

“Madefaker UUM, makan mahal nok mampuih, birokrasi nombor satu!” Kata Zubiq yang juga menerima segulung ijazah bersama Bram. Bram yang kelihatan ceria sepanjang majlis dilihat sempat juga bergambar dengan awek awek cun.

Walaubagaimanapun, penat lelah dan usaha Bram selama 4 tahun nampaknya berbaloi kerana beliau telah dipilih sebagai pelajar contoh atas daya usaha dan kegigihan yang tidak berbelah dan berbahagi. Apatah lagi  berdarab dan bertambah...boroi. Diakhir sesi temubual tersebut, Bram dengan berseloroh sempat memberi nasihat kepada Ayien yang berbunyi, “Belajar rajin rajin ye, dengar nasihat abang ni..arappp tuu!!”

Bram sebagai pemuda yang garang dan beribawa

4 ulasan:

yienNoor berkata...

tahniah... tq jgak nasihatkan gua bram.. gua akan pastikan gua akan terima segulung ijazah bukan sgulung tembakau

kayrull berkata...

tahniah kerana berjaya mendapat sekalung ijazah..walaupun anda merupakan raja tdor kolej yayasan al-bukhary yang tiada tandingan selama 4 tahun berturut2...moh arrr

cddagreat berkata...

makasih sumer,gua terharu dgn ucapan saudara2 sumer..sob,sob..gua mmg bestt!!

Stryker_x86 berkata...

tahniah bro!!
tapi take picture tuh agak2 ar pegang rokok sebatang...
x gangster beb...
len kali take picture pegang cerut yg beso tuh baru beh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...