16 November 2010

Pukul 9 punya Hal

Ye memang betul... jam kat dinding dah pukul 9... berkali-kali loceng jam yang bermuzik ayam berkokok berkumandang..


Sememangnya gua dah bersiap sedia.. ala-ala nak ke pasar....berbaju T jenama Billabong..
Setibanya dipasar gua lihat  komuniti rakyat berpusu-pusu setelah hari menerima gaji 2 hari lepas... pejabat-pejabat yang menyediakan perkhidmatan untuk membayar bil-bil memang dikunjungi..


Gua memang tak terlepas mengikuti jejak komuniti rakyat bersama-sama bekejar kekedai membayar bil² yang  patut... seperti jejaka² yang bernama Nabil.. mahupun wanita bernama Nabila turut serta dalam adegan kali ini..
Kalau nak diikut hati gua.. memang nak je bayar bil secara online.. tapi sebab bil broadband gua sendiri pun tak bayar lagi masakan dapat bayar bil secara online.. nak tanak gua terpakse ke kedai bayar bil broadband dan pelbagai jenis bil


Nak suruh Nabil.. gua takde geng name Nabil nak disuruh.. terpakse gua dengan muke terkebil-kebil bayar bil...
Gua baca pada notis tempat menekan nombor angka giliran butang A) Pembayaran Bil  dan butang B)Pertanyaan dan Aduan.. Gua tanpa rasa ragu tekan butang A ... keluar sekeping kertas bernombor 5434.


Tetibe terbisik hati gua  "eh cantik nombor ni.. tapi macam penah tengok plak nombor ni.. Oh... betul ini nombor yang Nuareth bagitau semalam"
Sebenarnya malam semalam semasa gua sibuk dengan rutin harian gua dalam laman sosial Facebook seorang sahabat baik gua ada bagitau die bermimpi nombor ketika sedang bermimpi... "sungguh dasat penangan nombor 5434 Nuareth bagi semalam.. hari ni kluar plak kat kertas angka giliran.. pasti ade keluar dalam kertas surat khabar esok " bisik gua dalam hati...


Sambil² gua duduk di kerusi menunggu yang disediakan oleh perkhidmatan pelanggan ni... gua memerhati keadaan sekeliling.. mane tau kot kot ade jumpe Bram Dean yang menjadi rutin beliau membayar bil selepas jam 9 pagi..bleh gak paw tembakau die...
Bram Dean ni memang kerje die mengampil upah membayar bil dari syarikat-syarikat antarabangsa... seperti syarikat Dutch Lady, Hershe,  Fair & Lovely, Kotex dan pelbagai lagi..


Sebaliknya gua dapat tuah hari ni...  gua nampak makwe... gua pun tak kenal makwe ni.. yang gua tau gua bertuah selama membayar bil² sejak dari zaman persekolahan sampai hari ni baru kali pertama dapat duduk sebelah makwe ....
Sebelum angka giliran dipanggil.. "harap² makwe ni bukan bername Nabila" bisik dalam hati....
Jeling gua melihat kertas angka giliran yang dipegang makwe cute sebelah gua ni... gua nampak no 9998 .. "oh die bahagian B" gua berbicara menggunakan hati sendiri....


Nak ditegor gua tak berani.. tapi dalam hati nak je berkenalan dengan makwe secute ini.. " TENG TONG 9998 KAUNTER 4" makwe sebelah gua bangun dan menuju ke kaunter... "PELEPUKK..." bunyi seperti barang terjatuh...
"eh awak beg dompet awak jatuh ni.." Panggil gua seperti lakonan dalam drama melayu..memberitahu makwe tadi..
" ohh.. my god... thank you... for noticed  me..." jawab makwe cute ni....
Gua tak sempat menjawab sebab hilang nafas...
" Thank You once more... Im Nabila..." makwe ni berkata lagi...
Sepanjang hidup gua memang gua tade migrain.. entah kenape lepas makwe ni berkate² gua tetibe boleh terkene migrain secara tetibe....


"Cilake bau mulut perempuan ni same cam bau mulut BUYUNG.." gua separuh sedar dan hanya sempat memberikan secebis senyuman pudar sambil menyerahkan dompet makwe ni.. dan terus menuju keluar sebab muntah hampir keluar....
Memang takda tuah nombor giliran gua hari ini.. gua geleng kepala....




artikel ni gua ciplak dari sini   resurrextions dan  Bila Masa?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...