27 Oktober 2010

Bangelo Haji Fraser

Suatu petang ketika Gua, Bram dan Rahim sedang bersenang lenang seperti golongan aristokrat di dalam sebuah banglow atas puncak Fraser Hill, datang sekumpulan rombongan yang gua pun tidak pasti berasal dari mana terus masuk ke dalam bungalow milik kami. Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan orang tua, malahan terdapat juga seorang wanita yang tidak berambut atau dalam erti kata lain, botak. Kami bertiga buat endah tak endah. Rombongan sebegini memang selalu datang tatkala bungalow kami yang berdiri megah ini dipilih sebagai bangunan paling cantik di Fraser Hill. Gua sikit pun tak heran.

Gua panggil tukang bancuh kopi,

“Em, Chicarito. Tolong buatkan kopi untuk tetamu tetamu kita,  menoz azucar por favour ya?” Pinta gua sambil melemparkan senyuman  kepada Chicarito.

Chicarito yang berpakaian seperti pelayan hotel 5 bintang di Manchester mengangguk tanda faham, lalu pemuda Mexico itu terus menuju ke dapur sambil membuat lompat bintang.

Gua, Bram dan Rahim duduk seperti bos-bos di atas sebuah sofa empuk yang diimport khas dari Glasgow. Bram mengeluarkan sebatang cerut yang dibelinya semasa pergi ke negara Cuba. Sebagai seorang bisnesman yang berjaya, Bram memang suka mencuba jenama jenama cerut yang terbaru dan mahal.

“Pisshhh!” Bram menyalakan cerutnya menggunakan pemetik api berjenama masyur dari barat, Zippo.

Sambil menyilangkan kakinya, Bram menghembus asap cerut ke dalam ruang legar banglow kami yang tersergam indah itu. Semerbak bungalow kami berbau cerut pekat. Gua dan Rahim dah biasa dengan bau-bauan sebegini, bau bau kematian orang kabor. Bram terus menghisap cerutnya dengan penuh penghayatan seperti seorang yang betul betul menghayati lagu lagu Maher Zain.

Tiba tiba wanita botak yang datang bersama sekumpulan rombongan tadi datang menghampiri kami.

“I am sorry Sir, but for your information, we are cancer survivor. Please respect us and do not smoking in this bungalow” Perempuan tua itu kelihatan menutup hidungnya kerana tidak sanggup menghidu bau asap cerut tersebut.

“Celaka, kau ingat ni rumah siapa? Bungalow dan segala kabaret kabaret di Fraser Hill ni aku yang punya. Kau sibuk apahal?” Perlahan lahan gua tengok Bram cuba mengeluarkan pistol Glock dari sisi pinggangnya.

“But Sir, we really need you to..” Wanita tua itu cuba meneruskan kata katanya.

Bang! Bang! Bang!

“Itu pengajaran buat mu! Fuh.” Bram meniup muncung pistolnya yang baru sahaja melepaskan 3 tembakan menuju tepat ke kepala wanita tua itu.

“Chicarito! Tolong's bueng maryat ini perempuen ke dalam sungei please!” Rahim memanggil Chicarito yang kelihatan penat melompat bintang sejak dari tadi.

Ok gua tipu.

Sebenarnya wanita tersebut merupakan pesakit kanser yang datang melawat ke sebuah banglow di Bukit Fraser. Gua, Bram dan Rahim yang juga berada di dalam bungalow tersebut telah disound kerana merokok tak tentu hala. Gua malu beb! Hahaha.

Lu juga boleh baca : Review kurang senang pasal Fraser Hill


 

24 Oktober 2010

Majlis Buat Beliau

Gambar Ni Diambil dalam Profile FB Shukrie Harap Maklum

Tarikh 23.10.10 adalah tarikh bahagia bagi pasangan ini.... tarikh bermulanya kehidupan berumah tangga buat salah seorang ahli merangkap penyokong kuat bagi sidang prajurit ini iaitu Encik Ahmad Shukri@cekodox... Rata-rata ahli lembaga dalam sidang ini masih berstatus bujang.... masa bujang dulu boleh lah Shuk makan cekodox bilis buat sendiri... dah bertukar status nanti kene Upgrade skit la makan cekodox bilis + bawang ye baru selere..... dan buat julung kalinya Majlis Bahagia salah seorang ahli Sidang yang akan menamatkan zaman Bujang bukan zaman sekolah akan diadakan pada penghujung bulan oktober ini... Di Singkap kembali zaman kanak-kanak Shuk yang dahulu kale suke membawa bekal cekodox kesekolah ketika kanak-kanak lain sedang sibuk bermain "Polis Sentri" beliau tanpa hirau mengunyah cekodox dengan muka tenang kerana itulah makanan kegemaran beliau ketika zaman kanak-kanak....... Sidang mengucapkan tahniah sekali lagi buat pasangan Ahmad Shukrie dan Nurul Huda Ramlan semoga pasangan ini Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat... Tarikh 30.10.10 dirumah pengantin lelaki iaitu di Sg Isap, Colombia seperti nama kawasan yang diberi oleh Pengerusi Sidang JKKK.... Sekian..

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI AHLI SIDANG PRAJURIT JKKK


Jemput Semua Memeriahkan Majlis Perkahwinan Mereka Ini , Jangan Lupa Bawa Hadiah

Maklumat ke rumah Pengantin :

Rumah Pengantin Perempuan ( Huda )23 Oktober 2010, Saturday (11 am - 5 pm)
No. 1, Lorong Akik 1,
Bandar Mas,
81900 Kota Tinggi,
Johor


Rumah Pengantin Lelaki ( Shukrie )
30 Oktober 2010, Saturday (11 am - 5 pm)
No. 105, Lorong Sg. Isap 79,
Perkampungan Sg. Isap 1,
25150 Kuantan,
Pahang.
hp: 014-5111302/ 019-9931005


20 Oktober 2010

Wedding Of The Year!

Di suatu malam ketika gua sedang mengadap Fesbuk, datang seketul SMS ke dalam henpon gua. Gua tekan butang 'baca'. Rupa-rupanya Rahim yang hantar SMS, gua tengok jam dah menunjukkan pukul 1 pagi.

Dalam SMS tu Rahim mencampakkan satu soalan kepada gua yang berbunyi,  

"Kenapa ni?"

Gua agak terkejut juga, tak pernah sepanjang hayat gua Rahim tiba tiba hantar SMS sebegitu rupa tanpa hujung pangkal.

"Bakpe??" Gua reply SMS Rahim dengan tenang. 

5 minit kemudian seketul SMS datang lagi ke dalam henpon gua.
"Tak tahulah kenapa, aku  nak ajak ko lepak ni.Tapi rasa segan pula. Kenapa dengan aku ni?"  Macam celaka.

Buat pengetahuan lu orang semua, gua mewakili Abd Rahim bin Bashid aka Mat Dom ingin menjemput lu semua ke rumahnya pada 24/10/2010 (Ahad) bersamaan dengan tarikh harijadi Sultan Pahang yang entah keberapa gua dah lupa. Lu jangan risau, lu orang konfem dapat makan free. Ada majlis menyambut menantu. Oh ya, Abang dia yang kahwin, bukan dia. Datang jangan tak datang!


Orang kabor Mat Dom ni ada iras iras gitaris sebuah band indie yang bernama KOMPLOT

Sketsa Hari Ini

Hari ni demam lagi..teringin nak makan capati ngan air kopi....pergi mencari bersama  encik hamidi.....
Inilah makanan dari india dari dulu hingga kini....ade dijual dikedai mamak setiap hari terutama waktu pagi..
Gua duduk kat meja hujung belah tepi....meja sebelah kiri ade makwe cam Rita Rudiani..die sorang-sorang diri..
Sekali sekala gua jeling kiri.....elok rasanya gua makan capati..dari tengok tepi..nanti capati sejuk rase cam roti..
Ini cume sketsa untuk hari ini.. Tiada kaitan antara yang hidup mahupun dah mati.....
Jangan lupe jaga kesihatan diri... esok luse gua update lagi... 

Cenderawasih

Semalam di Kusi Meroh, Bram dan Rahim hangat berbincang pasal asal usul burung cenderawasih. Dari habitat, makanan, spesis sampailah kepada jenis bulu burung itu. Gua sendiri pun kurang arif tentang latar belakang burung tersebut. Siapa burung ini? Apa sukan kegemaran dia? Mak bapak dia pencen government macam ayah gua juga? Dia pun peminat Maher Zain? Gua masih tertanya tanya.

“Ah, tu semua mitos orang Melayu, padahal burung cenderawasih tu bersepah kat hutan Amazon. Orang putih dah buat kajian”  Bram mengusulkan hujah hujahnya berdasarkan kajian orang putih.

Sebagai seorang yang berpegang kuat pada kebudayaan dan tradisi Melayu, Rahim tenang mendengar hujah hujah yang dikemukakan oleh Bram. Dia tahu, Bram memang arif bab bab binatang ni terutamanya spesis cougar.

“Kau tak boleh cakap macam tu, sebenarnya dunia ciptaan Tuhan ni luas. Banyak perkara yang masih lagi kita tak jumpa. Mungkin betul kalau orang tua tua dulu cakap burung cenderawasih ni habitatnya hanya di atas awan. Siapa tahu? Kuasa tuhan!” Rahim membalas. Gua yang kurang arif bab bab ni terus mendiamkan diri.

Tiba tiba datang seorang jurujual yang berpakaian agak bagus, umurnya lebih kurang 30-an.

“Adik, adik nak beli stokin tak? Adidas, Nike, Puma semua ada. Abang jual 4 helai RM10. Kalau kat Tunas Manja ni diorang jual 3 helai RM27. Tapi abang jual murah je, sebab abang ambil terus dari kilang!” Jurujual tersebut memulakan ucapannya.

“Kilang kat mana ni bang?” Tanya gua sambil lewa.

“Cenderawasih la dik!” 

Gua pandang Bram dan Rahim. Dalam kepala gua, gua rasa cenderawasih ni banyak spesis juga sebenarnya. Spesis jual stokin pun ada. Jenis ni memang orang putih tak pernah jumpa. Murah pula tu. Gua sambar 4 helai!


oleh: Anuar Kamarudin

19 Oktober 2010

Nazareth Penjaja PAWW Tersembunyi ( Kisah 1 )

Kalau nak disebut pasal aktivis lepak tegar.. memang gua la orang yang dicop pleh tok4 kampung.. ade 2 ke 3 orang lagi jugak yang jadi sekutu Nuar, Dome & Bram. Itu senarai mase zaman-zaman2 permulaan kerjaya sidang yang nak ditubuhkan. Masa ni Omar duk umah lagi bantu mak die buat kerepek Loyang, Kamal mase ni gua dengar die merajuk lari ke Terengganu sebab ikan Kelisa peliharaan die tercekik kuih siput.  Si rooney plak kononnya pura-pura sibuk bercinta dengan makwe die yang duduk kat inderapura sekali-sekala ade jugak la muke die.  Dalam keadaan kelam malam ni… melepak sebab takde tontonan perlawanan bolasepak… gua tengok muka bram kusyuk duk gigit kuku sambil-sambil pasang telinga.. Nuar pula buat endah tak endah je sambil tangan picit keypad telefon… gua cam biasa merokok tak putus-putus sambil mendengar ade dua orang mamat satu table ngan kami berbahas pasal kereta….

“aku rasekan aku nak pakai sportrim size 16 tayar size 45.. mu rase gone?” Tanya Nazareth Kepada Aliff..
“terpulanglah tapi tayar mahal sket.. tapi bleh pakai tayar rejekkk je nak murah” jawab Aliff..

Gua dan sekutu yang lain mase ni tak penah terpandang nak ikut perkembangan pasal kereta.. mase ni gua hanya ade besikal peninggalan abang gua.. Nuar plak selalu pinjam moto hondacup bapak die itupun kalau pakcik Kamarudin dah balik dari surau… si Bram  suke marathon dan penah menang pingat emas kejohanan sukan sekolah kebangsaan…. Tapi atas dasar melepak gua memang tak pilih bulu… layan je cerita pasal kereta mane tau satu hari nanti ade rezeki beli Kereta Perang…

“ kalau gituh baik aku beli ngan mu je kan rim lame ko.. tolak murah je ngan kawan-kawan” .. sambung Nazareth.
“ ko nak beli rim kete aku tuh…? Ok jek… aku tolak rm800 la .. lagipun bunga kat tayar elok lagi sempat la ko pakai 4 ke 5 bulan sebelum tuka..” jawab Aliff.
“ombohh.. mahal parok jual ke kawan-kawan… rm600 dah le takkan nak bekira gak” runding Nazareth..
“OK la.. ambik la rm600 tade hal la” kali ni Aliff setuju dengan rundingan meja bulat oleh Nazareth..
“jap.. semalam aku bayar duit makan ko rm20 + ko ade pinjam ngan aku duit blan lepas  rm50 mase kite pergi Terengganu + mase sekolah dulu ko pernah beli lencana sekolah pinjam duit aku + mase tadika dulu ko penah rosakkan patung Power Ranger  aku + blalalalalla … semua sekali rm200… kire tolak la ngan harga rim rm600 dengan utang ko selama ni “ Nazareth membida harga.

Aliff menggelengkan kepala seperti  tidak percaya…
Gua dan rakan sidang lain yang hanya mendengar berpandangan sesame sendiri setelah mendengar rundingan letak harga rim kerete antara Nazareth dan Aliff… Gua melihat ada jari yang menghampiri kotak rokok gua tanpa segan mengeluarkan sebatang rokok dari box dunhill milik gua.....

“Bapak gua kasi duit ngan gua bukan  nyuruh tanggung lu punya rokok .. rim kereta dapat beli tapi rokok susah nak beli?? Keje nak  PAWW kawan hari-hari… tapi duit sendiri simpan bawak mati..”   …… teriak gua panas……

17 Oktober 2010

Majlis Sekalung Budi Anuar Kamarudin

Anuar Kamarudin Ketika Menerima Ijazah Sarjana Muda di UPSI
Menuntut Ilmu biarlah sampai ke negara China.... walaupun tak sampai ke negara China dinegara sendiri pun oleh mendapat kejayaan.... Di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Pendidikan Idris kali ni... kami warga JKKK amat berbangga kerana salah seorang penulis Blog ini telah dinobatkan sebagai penerima Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian justeru menjadi contoh kepada generasi muda dikampung kami bahawa kaki lepak bukanlah tidak berilmu malah mampu menamatkan pengajian diperingkat  Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama, Pihak sidang juga amat berbangga kerana penerima ijazah ini juga dianugerahkan sebagai pelajar tanpa gagal ketika sesi latihan rehearsal kerana kesungguhan beliau akhirnya dihargai oleh pihak Majlis Konvokesyen untuk memberikan beliau satu lagi anugerah "Pelajar Etika"... sesuai dengan MOTTO bangunan dibelakang beliau ini "SULUH" seperti "BUDIMAN" bukan SUPARMAN....

KAMI AHLI SIDANG MENGUCAPKAN TANIAH ATAS KEJAYAAN INI "SYABAS INS SAHAB"

16 Oktober 2010

Hari Indah Buat DerSchizoid

Bak kata perpatah ... Melentur Cinta Biarlah Dari Pandangan Mata... Tak kenal Maka Tak cinta...
Siapa lagi kalau bukan pencari cinta iaitu DerSchizoid a.k.a Zulfahmie.... walaupun lagu pencinta wanita nyanyian Irwansyah telah berjaya menambat hati ramai wanita namun bagi derSchizoid lagu seperti itu umpama lagu kanak-kanak terencat kerana beliau pernah berkata bahawa " aku mencari cinta bukan mencari wanita" ... Ketika Ahli Sidang sibuk mengkritik akan gambar kontroversi beliau kerana terlalu dedah.... beliau juga penah meminjam ayat dari Mohar dengan berkata kepada Ahli Sidang... " wanita itu anugerah.. Bukan Hak Milik " .. Tettt.....


KAMI AHLI SIDANG MENGUNAKAN KESEMPATAN INI INGIN MEGUCAPKAN 


SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 24
Teruna Sepi Yang Hati Ingin Memiliki Cinta Sejati inilah Zulfahmie

10 Oktober 2010

Suara Bernilai



Gua rasa tertarik untuk menulis sedikit artikel pasal seorang hamba Allah ini... walaupun beliau bukanlah berasal dari sebuah negara yang majoriti umatnya beragama islam namun beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan dakwah melalui lagu yang beliau nyanyikan.... Sungguh beruntung jika setiap manusia dikurniakan suara yang merdu dan lagi beruntung menggunakan kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan bagi menyampaikan dakwah dan peringatan kepada saudara satu agama... Dengar muzik pun dapat pahala jika muzik itu berunsur dakwah kejalan Allah.. Zaman skang ni anak-anak muda suke dengar muzik berat....lagu seperti ini mampu bersaing bagi tujuan dakwah terhadap anak-anak muda skang... Gua kagum dengan artis ini dari segi mempersembahkan muzik dan lirik yang tersusun kemas... lagi bagus dengar lagu seperti ini daripada lu orang dengar lagu dari artis Mesha Omar atau M Daud Kilat, InsyaAllah sekali lu orang dengar lagu daripada Maher Zain ini korang akan ulang sampai berkali-kali dan pasni korang tak bebal telinga nak dengar ceramah agama plak...... Alhamdulillah....

08 Oktober 2010

Route to Putrajaya - Renoma Amerika 2

Gua budak kampung. Kerja menoreh getah. Tak pernah sampai ke bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, kota metropolitan orang kabor. Gua tak biasa tengok budak budak perempuan hisap rokok sambil bertepuk tampar dengan jantan berambut kuning. Gua tak biasa tengok awek cun pakai seluar sampai nampak taik pusat. Nampak pusat tu biasa, tapi bab bab taik pusat memang gua tak pernah. Gua tak biasa. Tujuan gua ke Kolumpo dengan matlamat yang  satu, mahu menghadiri temuduga sebagai seorang guru bertauliah dengan jayanya di Putrajaya.

Gua pada mulanya ingin menumpang tidur di rumah Sham yang terletak di Ukay Perdana, tetapi atas pelawaan Alief Naiem dan Rooney yang mahu tidur di rumah Epul, gua tak boleh tolak. Gua folo. Epul bukanlah waris waris JKKK Kusi Meroh, tetapi beliau merupakan anak kampung gua yang merantau ke Kolumpo.Menurut Bram di dalam sesi lepak akhir Disember yang lalu, “Epul seorang yang disconnected, lambat pick up dan pendiam. Budaya Renoma Amerika menjadi ikutan, rambut mesti kuning.” (Bram,2009)

Kata kata Bram membuatkan daya intuisi gua semakin membara. Gua ingin sangat berkenalan dengan budaya Renoma Amerika yang digembar gemburkan oleh Aliff Naiem dan Rooney selama ini. Tiba tiba gua rasa bedebar lain macam. Kali terakhir perasaan gua berdebar lain macam ni terjadi ketika doktor ingin menarik kain pelikat yang gua pakai masa bersunat. Tapi itu dulu. Sekarang gua dah matang.

Rooney memperlahankan kereta, mencari cari tempat parkir yang sesuai di bawah apartment yang baru kami sampai ini. Dan akhirnya Rooney meletakkan keretanya di sebelah Proton Waja warna hitam. “Inilah rumah sewa aku dulu, aku dengan Epul menyewa dekat sini.” Aliff Naeim memberitahu dalam nada suara yang serak serak ala Ramli Sarip. “Kita naik ke tingkat 12, dan Nuar, kau akan lihat sendiri apa yang aku sebutkan selama ini, Renoma Amerika” Kali ini Aliff Naeim meninggikan sedikit nada suaranya. Gua dan Rooney cepat cepat capai beg dan bersiap siap untuk menaiki lif. Aliff Naeim hisap sebatang Winston.

Kurang dari 5 minit kami sampai di hadapan pintu rumah Epul. Gua semakin berdebar. Aliff Naeim membuka pintu.

“Semekom!” Aliff Naeim memberi salam.

“Ya..Welcome Welcome. Buat macam rumah your father.” Satu suara ghaib entah muncul dari mana. Gua dapat agak suara tu memang milik Epul. Tapi suaranya sahaja yang keluar, tuannya entah ke mana.

Gua tengok tengok keadaan dalam rumah tu. Agak serabut juga, maklumah rumah orang bujang. Tetapi gua masih hairan, apa yang Renoma Amerika? Gua masih tak dapat membayangkannya.

“Tu haaaa” Aliff Naeim menunjukkan sesuatu kepada gua dan Rooney.

Yaa, inilah Renoma. Gua tengok spender spender jenama Renoma tergantung layu di depan kipas meja. Layu mengikut putaran kipas, semakin lama semakin tunduk, macam sotong kering bergula pun ada. Ada juga yang sudah koyak koyak. Yang lebih hebat ada di antaranya dijemur ke arah kiblat. Sebagai seorang tetamu, gua anggap benda ini sebagai tidak beradab. Jika itu Renoma, mana Amerikanya?

“ Hello..wassup my faking fellas, dah lama sampai? Wat the hell are u doin here? ” Gua tengok Epul tiba tiba muncul dan tercegat memandang kami di hadapan pintu bilik. Gua garu garu kepala juga. Ingatkan mat saleh mana.

Epul buat tak reti. Dia separuh berbogel. Hanya bertemankan sebatang rokok di jari dan juga sehelai spender Renoma bercorak bendera Amerika yang berfungsi menutup benda benda yang patut. Dan selepas itu gua tengok dia duduk atas kerusi sambil makan nasi ulam petai. Gua kaget, makan hanya pakai spender. Makan disamping sotong sotong kering yang menunduk layu di tepi muka. Gua tak biasa. Lu nak cakap gua ulu pun tak mengapa. Sungguh gua tak biasa dengan budaya renoma amerika.

“Bismillahirahmanirrahimm” Epul pun mula menyuap nasi ke mulut.

Eh, tahu pula dia.





Bersambung..


STUDY...lu jangan percaya sangat! (gambar hiasan )


06 Oktober 2010

4 penjenyah terkemuka dikehendaki taliban versi 2

Gua masih termenung. Memikirkan nasib anak isteri di rumah bungalow 3 tingkat yang gua beli. Anak gua masih belajar di sebuah universiti tempatan manakala isteri gua seorang wanita Jerman, sudah pasti akan merasa  risau akan keadaan gua sekarang. Bram, Hijan dan Rahim turut merasakan perkara yang sama. Masing masing ada tanggungjawab dan amanat yang perlu dipikul. Namun buat masa ini, kami masih ditahan disebuah bilik berdinding batu dan berjeriji besi. Ditahan akibat fitnah dan dakyah kosong hanya kerana menanam ganja di Farmville.

Gua memandang jeriji besi di bilik kami, ada sinar cahaya yang menampar muka gua. Kali ini cahaya itu tidak menjanjikan apa apa lagi kepada gua. Kami berempat ditempatkan di dalam lokap yang sama. Gua tengok Bram masih sempat menyeludup tembakau jawa yang dibawa oleh anaknya sebentar tadi. Dia menggulung dengan cermat sehingga sempurna balutannya itu. Tiba tiba seorang anggota polis datang menghampiri sel kami. Bram cepat cepat menyembunyikan rokok balutnya itu. “Ada tetamu mahu berjumpa dengan kalian! Ayuh.” Kata anggota polis berpangkat koperal itu kepada kami. Tangan kami digari lalu dibawa keluar dari sel tersebut dan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk berjumpa dengan para tetamu.

Shahril.

Ya, Shahril datang melawat kami. Beliau masih sanggup datang dari jauh semata mata untuk melawat kami yang terperosok ke tempat yang gelap. Kedatangannya adalah untuk membawa perkhabaran tentang majlis perkahwinan Rooney yang berlangsung tengah hari tadi. Dan Rooney juga adalah insan yang dipercayai telah menggunakan kesempatan terhadap orang orang gila seperti Zulfahmi untuk dijadikan kambing hitam bagi membocorkan rahsia Farmville gua. Tidak mengapa, hari ini hari bahagia beliau. Gua buat buat dengar apa yang Shahril cuba sampaikan.

“Rooney dah selamat kahwin hari ni, tapi sayang..” Shahril tidak menghabiskan ayat ayatnya. Tergantung.

“Bakpe pulok? Tu lah dia, dah tua tua baru nak kawin!”  tegur Bram dengan suara yang agak parau.

“Tok Kadi saja usik usik dia masa akad nikah tadi. Tok Kadi suruh dia baca niat mandi wajib, dia pulak pegi baca niat cara cara beristinjak menggunakan asid. Radikal sungguh. Hilanglah jubo kalau gitu! Biru juga muka ayah Miera aku tengok..hurmm”  Shahril mengangguk ngangguk.

Sejahat jahat gua tanam ganja di Farmville pun boleh juga kawin dengan wanita Jerman dengan lancar. Hai, bagaimana agaknya cara beristinjak menggunakan asid?

05 Oktober 2010

4 penjenyah terkemuka dikehendaki taliban

Epy time mereka

oleh : ROONEY DASRIL

4 org peserta game Farmville di Facebook ditangkap atas tuduhan menanam ganja di game simulasi pertanian tersebut. Nuareth(51), Bram aka da gulung(73),Hijan aka Jantain(62) dan Mad dom tokei getah(88)[ tidak mempunyai akaun FB,kerana takut di tangkap..tp akhirnya jatuh ketanah juga] ditangkap,slepas polis memeriksa komputernya dan menemui ladang ganja online,yg telah disembunyikan sebalik pokok2 getah dengan kapasiti sekitar 500,000 kilogram.

Polis mendapat laporan dari jiran2 mereka tersebut setelah membaca status di FB mereka yg mencurigakan. Namun beberapa jiran yang lain menyatakan perasaan terkejut mereka setelah mendengar kabar tersebut."Mereka nampak seperti org2 yg  normal," kata seorang penduduk yg di kenali sbg Omar"mereka ini mungkin kurang bergaul sesame jiran d FB, tapi yang jelasmereka  tidak kelihatan seperti penjahat."

Walaupun polis belum menemui petunjuk yg mereka ini akan menjual ganja itu,namun yang pasti mereka menggunakan cara tipu [hack] untuk mendapatkan 'experience points' demi meningkatkan level mereka.Nuareth adalah salah seorg yg pakar dlm bidang ini, yg pernah di pelajari dr org laut yg hanya dikenali sbg Rooney.dlu dia pernah menggunakn cara ini d Cafe world, tetapi tidak dpt dikesan pihak polis.

"Kami sangat serius berkenaan masalah ganja, baik di dunia nyata maupun di dalam game simulasi," kata seorang juru cakap polis Metropolitan – clombia sg isap (pailang der). "Kami tidak mahu anak-anak kami terpengaruh dengan bahan terlarang tersebut di dalam jalur informasi komputer."

Facebook kini dalam pemerhatian untuk meng deactivatekan akaun mereka (kecuali mad dom yg tiada akaun FB) dan mengutuk keras tindakan meraka yg tidak senonoh itu, namun Facebook  berharap agar hal ini tidak menggangu kesenangan dari pengguna lain yang taat pd undang2 yg ditetapkan.Sekian laporan dr bernama TV BINtulu Sarawak – cawangan Metropolitan Columbia, sg Isap


01 Oktober 2010

Mohar Jantan : Di sebalik percaturan seorang idealis

Mohd Hijan Razak atau lebih dikenali dengan nama pena Mohar Jantan merupakan Ikon JKKK Kusi Meroh (JKM) yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada persatuan tersebut. Beliau yang kini dalam proses perpindahan ke Temerloh dijangka menamatkan kontrak perkhidmatan dengan JKM dalam tempoh waktu yang terdekat.

JKM yang pada mulanya merupakan sebuah badan bebas telah ditubuhkan dengan matlamat memperkayasakan program lepak malam kini telah mula melebarkan sayapnya kepada beberapa bidang yang dianggap berpotensi untuk diterokai. Individu yang bertanggungjawab atas pelebaran akses terhadap beberapa bidang seperti sukan, rekreasi dan perniagaan tidak lain dan tidak bukan ialah Mohar Jantan. Ideanya untuk menubuhkan skuad futsal telah berjaya mengejutkan beberapa ahli yang sedang lena tidur supaya bangkit untuk menyahut seruan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh beliau.

Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan dan rekreasi, Mohar Jantan banyak menghabiskan masanya di tepi tepi laut dan sungai untuk memancing ikan. Beliau juga telah menyarankan kepada semua ahli supaya menglibatkan diri secara aktif dalam bidang memancing ikan dan juga memancing awek cun di sekitar bandar kerana ia dapat memupuk sifat sabar dan menghargai alam sekitar.  Usaha beliau untuk memartabatkan rock kapak juga dilihat sebagai satu lembaran non-typical. Beliau sanggup menggunakan dana peribadi untuk membiayai program karaoke bersama rakan rakan dengan syarat mereka hanya boleh menyanyi lagu rock kapak sahaja.

Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam era liberalisasi, Mohar Jantan juga dilihat sebagai seorang yang peka terhadap perkembangan hal ehwal semasa dalam dan luar Negara. Pernah suatu ketika penulis melihat Mohar Jantan menasihati Papak supaya memiliki akaun Facebook supaya beliau tidak ketinggalan dalam kepesatan dan lambakan hebahan yang berkaitan dengan JKM. Justeru, cetusan cetusan idea dari Mohar Jantan sewajarnya dijadikan sebagai pemangkin kepada generasi JKM yang seterusnya.

Penulis enggan menulis dengan panjang lebar lagi. Namun, idea idea dan tindakan Mohar Jantan sebagai seorang pemimpin muda yang opurtunis perlu didokumentarikan supaya dapat dijadikan panduan oleh generasi muda kelak. JKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohar Jantan di atas sumbangan beliau terhadap persatuan ini dan seterusnya mendoakan kejayaan beliau di tempat baru. Hoyeh Hoyeh!



*Penulis merupakan felo penasihat persatuan penoreh getah kampung Pandan.

Facebook dan Pagi!!!

Gua bangun pagi.. terus gua melangkah katil dan beberapa orang kutu yang masih berdengkur... lurus menuju ke arah meja komputer gua...
Tujuan utama semestinya bukak facebook... sebab gua belum transfer player dalam Fantasy Football..
Selesai line brokband gua connected gua melayari dunia tanpa wayar... 
Buka-buka paparan utama dalam facebook gua... satu khabaran kurang percaya.... membolehkan gua merokok secara tak sedar sebanyak 10 batang.... 
"Mak Minah is in a relationship 21 hours ago ·  · "" 
Gua rasa pelik tambahan merasakan bahawa dunia semakin tua..... 
Pekara ini hanya dapat dibincangkan oleh pakar motivasi dan bekas anak murid kepada ustazah Nor Baiyah...malahan beliau pakar penilik nasib manusia sejagat.. beliau encik Anuar...
Gua tanpa banyak bicara  terus membuat pertukaran pemain gua dengan membeli van deer vart dan Log Keluar..

Oleh: Yien Mohd Noor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...