27 Januari 2012

Pailang kini bahagia

Mohar Jantan dah selamat kahwin dengan gadis pilihannya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau bahagia dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Sebagai seorang bekas pailang, perkahwinan beliau diharap dapat memberikan sinar baru dan sekaligus dapat menggalakkan rakan rakan yang belum berkahwin supaya cepat cepat mendirikan masjid. 

"Korang main sabun je laaa" - Mohar
Nota : Atas permintaan Mohar, maklumat tentang isteri beliau terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu.

09 September 2011

Komunikasi dan Cukai

Cukai salah satu punca pendapatan setiap negara kat mane-mane negara ada cukai..
Ada cukai yang patut dan ada cukai yang tak masuk akal...
Cukai yang tak masuk akal macam cukai untuk buah petai mahupun cukai untuk bersantai di tepi pantai...

Komunikasi ni salah satu pekara paling penting dalam kehidupan...
Zaman dahulu kala komunikasi mengambil masa yg sedikit lama seperti menghantar utusan menggunakan penunggang kuda, mengutus surat menggunakan merpati yang terbang tak henti, ada juga cara menggunakan botol dan dihanyutkan menggunakan sungai atau laut.
Itu cara komunikasi zaman dulu-dulu yg belum ada teknologi telepon,
Zaman sekarang dah pakai telepon dan juga internet...

Bila dikaitkan cukai dengan komunikasi ni memang ada...
Sebelum komunikasi jarak jauh dan cepat ni digunakan mesti ada handpone atau alat elektronik yang sepatutnya..
Nak beli alat Elektronik sudah dikenakan cukai...
Sudah ada alat perhubungan mesti nak ada talian sewa dari syarikat telokumunikasi..
Sudah ada keduanya maka baru dapat berkomunikasi dengan cepat... dan cukai?

Golongan yang hanya mampu sewa talian meggunakan khidmat prepaid antara yang terbesar di Malaysia tergolong dari golongan budak sekolah, pelajar universiti, mat despatch, kerani opis, pekerja ceti haram, petani, pekerja kantin, pakgard, pesakit jantung, dan ramai lagi golongan bawahan yang bila mampu baru menambah nilai kredit panggilan mereka.
Secara power kerajaan menggenakan cukai 6% terhadap produk tambah nilai kredit ini untuk menampug wang pihak kerajaan bagi membangunkan negara dan juga membangunkan mereka-mereka yang sudah kaya ini untuk jadi lebih kaya...

Secara langsung scene komunikasi moden akan sedikit membebankan rakyat golongan kurang mampu dan secara langsung juga golongan miskin dinegara kita masih juga banyak dan duit cukai tak masuk akal ini tak juga membantu mereka yang miskin kerana pelbagai cukai sudah diekenakan sebelum ini termasuk cukai ketika makan di KFC atau rangkaian makanan segera dinegara kita.. dan mungkin juga duit kutipan cukai ini akan digunakan untuk membiayai ahli politik mendandan rambut seperti singa di Afrika.... mungkin?

Seperti kata pepatah "Jinak jinak merpati marilah kita berjinak membela merpati lagi"..
Boleh lah perlahan-lahan kita kembali menggunakan khidmat merpati untuk berhubung jarak jauh kerana cara ini lebih berkesan dan sedikit pantas dari cara lain dahulu kalanya... bagi menggelakan cukai yg terlebih akal dari pihak kerajaan...
Dan tidak pelik juga rakyat selepas ini akan berjalan membawa sangkar burung bersama ketika shopping mahupun menaiki LRT.


Kalau pihak kerajaan nak lebih duit lagi dan lebih power menggenakan cukai kepada minuman Teh Tarik dan makanan Roti Canai di restoran kerana ini makanan kegemaran rakyat Malaysia dari pagi sampai malam manakala roti perancis tak perlu cukai sebab ramai org kaya sahaja yang suka roti ini berbanding roti canai... Malaysia akan jadi kaya raya dengan duit cukai dan rakyat akan lebih kuat bekerja demi cukai tak masuk akal...


Jangan risau buah petai belum kene cukai... sila sila..

Hal Komunis

Bila duk belek akhbar Malaysia kini hari banyak sangat halaman pasal siapa "Pejuang" siapa "Pengkhianat" hal kemerdekaan Malaysia. Hal-hal kes rogol dan rompak plak dah kurang disiar apatah lagi hal-hal masyarakat yang susah taknak diketengahkan.

Ahli-ahli politik dilihat seperti sudah bangang tidak mempunyai isu lain nak becerita hal orang yang dah mati berjuang secara senyap mahupun secara nampak pula dijadikan isu.

Jadi sambil-sambil lepak kat kedai Teh dan Kopi nak becerita pasal hal sendiri pun turut terbabit dengan isu yang dibawa oleh ahli politik yang bangang lagi membosankan.

Memang politik kat negara kita ini semakin kotor dan buruk rupa dengan mempermainkan hal-hal berkaitan macam ni namun ada juga pro dan kontra disebalik hal macam ni.

Yang mana ahli keluarga bekas-bekas pejuang yang sebelum ini tak dihargai kini kembali dihargai oleh pihak kerajaan tapi ada maksud disebaliknya, yang mana tak tau sejarah sekarang dah pandai bukak buku sejarah dan yang mana tak tahu langsung lu pegi kedai cari tauhu dulu baru pegi ambik tahu. Mana-mana kutu yang masih lagu buntu tak tahu menahu tuh pergi la cuci baju dulu sebab dulu cikgu sejarah sibuk bagi tahu lu duk gigit kuku....

Hal-hal sejarah ini dah tertulis hitam dan putih tinggal kepada manusia yang berpolitik hebat saja lagi nak mengiyakan atau nak mengubah dan rakyat-rakyat jadi haru biru keliru tak menentu dipersoalkan pasal isu oleh ahli politik yang terlebih tahu dan macam hantu..

Marilah sama-sama kita dengar dulu setiap lirik lagu ni dan beharap ahli politik juga boleh faham apa yang tersirat dari lagu ni...


27 Ogos 2011

Sketsa Ramadhan 1

Hal ini berlaku selepas soat taraweh...

Maka Rahmat dan beberapa kawan berpusu-pusu ke kedai Teh borak hal Ramadhan..

"bulan puasa ni gua dah dapat kekang nafsu berpesbuk" cerita Mamat..
"baguslah ada nilai nak bukak Quran" balas Samat..
"ada benda yang gua rasa tak sedap pasal pesbuk ni" sambung Rahmat...
"Apa dia?" serentak Samat dan Mamat..
"aku tengokkan status wall post sorang makwe ni dah macam ustazah.. bila bulan Ramadhan ni .. tapi bila tengok profile pictures dia lagi seksi dari Lady Gaga" cerita Rahmat...

Mamat dan Samat serentak menjawab "power power bulan Ramadhan punya penangan"


Bulan Ramadhan 2011 dah Hampir Berlalu dan dikesempatan ini Sidang ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN

"buat semua ahli sidang tak kira dimana sahaja"

07 Julai 2011

Rezeki Biar Halal ( Part 2 )

Entri kali ni pula gua nak tunjukan yang sebenarnya pekerjaan yang halal itu tak mengira samada lu orang ni ada SPM ke ada digree ke ape ke... janji rezeki yang diterima itu halal dari segi hukum agamanya.

Kegigihan dua orang anak muda yakni merupakan rakan-rakan kita dari Sidang sendiri mencari rezeki walaupun mereka berdua ini sebenarnya layak untuk menjawat jawatan pengawai dalam sektor goberment ataupun swasta. Bekerja sendiri juga adalah punca rezeki walaupun status pekerjaan mereka tak lepak dalam bilik ada hawa dingin sebab mereka berdua memang bukan golongan hawa sebab tuh mereka lebih keluar mencari rezeki tapi tidak menjadi masalah kerana rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan jenis datang dari cakap-cakap dan mengumpat pasal kerja orang tapi belum cukup bulan dah makan maggie.

Bramir dan Guru Rahim Dome dua orang anak muda yang sebenarnya mempunyai status pendidikan bukan hanya SPM. Bramir ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Hons) dari UUM manakala guru Dome kita pula memiliki Diploma Sains Pertanian dari UPM. Tak ramai golongan muda zaman sekarang ni yang berfikiran seperti mereka yang mempunyai matlamat hidup berbeza dari pemikiran budak-budak zaman Justin Bieber sekarang. Zaman sekarang lebih selesa duduk opis sambil main facebook dan mengumpat sana sini tapi takdak ilmu kehidupan sejati yang true macam mereka berdua ni. Kebun yang diambil tender untuk menoreh getah ni merupakan idea guru Dome yang memiliki kemahiran dalam bidang sains pertanian dan ilmu yang ada digunakan buat mencari rezeki. Lu orang tau berapa harga getah sekarang????

Tak perlu bekerja sampai 5 hari seminggu macam orang kerja waktu pejabat, cuma perlukan 3 hari sahaja untuk turun menoreh getah kat pokok dan hari-hari lain boleh membantu keluarga dirumah ataupun buat kerja lain yang berfaedah. Gua dengar dari Bramir yang sekarang harga getah dalam 6.00 ke 6.50 sekilogram dan untuk 3 hari mereka dapat dalam 200 kilogram getah. Cuba lu orang kira sendiri berapa pendapatan untuk seminggu mereka? Kerja mengumpat status kerja orang lain pun tak dapat pendapatan lumayan macam ni. Inilah namanya gigih mencari rezeki tak kira apa statusnya pekerjaan jadi brader beger ke, pakguard ke penoreh ke janji rezeki tuh datang dari sumber yang halal.




Gambar oleh Remy Razali


Sejauh mana lu orang rasa power dengan status kerja lu orang sekarang sebenarnya lu orang tak cukup power kalau nak memandang rendah orang lain tanpa kaji selidik terlebih dahulu dan jangan suke cakap macam sampah sahaja. Sebelum Bram dan Dome tinggal berdua bekerja menoreh getah si Nuar pun penah bekerja dengan mereka berdua seperti ini sebelum jadi Guru kat sekolah dan tak pernah kesah tentang status sebagai penoreh getah asalkan income masuk ada dan tak melepak depan laptop setiap masa bersembang dalam facebook dan duk dengar lagu Justin Bieber sampai bibir tak kering ngumpat orang. Makcik ke pasar pun pandai berenti mengumpat ahhahaha...

Bagi penutup entri yang dah takde sambungan ini... gua nak ucapkan......

SELAMAT HARI LAHIR kepada BRAMIR TAMAM ...... SEMOGA BERJAYA DAN TERUS POWER


05 Julai 2011

Rezeki Biar Halal

Kerja.... itu..... rezeki.... atau Halal itu rezeki???

Dua pekara kat atas tuh adalah rezeki juga tapi yang penting biarlah sesuatu pekerjaan itu halal punca rezekinya..
Entri kali ni bukan apa cuma sekadar entri yang ditulis sambil pekena biskut kering cicah kopi...

Rezeki pekerjaan tak semestinya datang bergolek.. kadang-kadang kita perlu bergolek juga kalau nak dapatkan pekerjaan.. tak kira apa jenis pekerjaan pun mesti kena usaha. Seorang pengemis sekalipun akan keluar rumah untuk duduk ditepi jalan mendapatkan sedekah setiap hari inikan pula orang yang jenis malu nak mintak sedekah mestilah kena usaha cari keja dan keja takkan sedekahkan kerja untuk manusia..... Lu orang kerja swasta? kerajaan? kerja sendiri? kerja mengumpat?? ahhh.. itu bukan kerja itu perangai iblis kalau mengumpat....

Tak kesahlah apa kerja lu orang buat dan gua buat janji kerja itu mestilah halal dari segi hukum agama.. kalau jenis yang takdak agama takpa buat sahaja kerja sesuka hati janji dapat duit berkawan dengan iblis.... akhirat nanti dapat juga habuan yang sama macam iblis.... Saat menulis entri ni pasti ada juga rakan-rakan yang belum mendapat pekerjaan tetap... kalau kat Malaysia ni mendapat pekerjaan tetap adalah wajib sebagai penjamin masa depan tapi tak juga bermakna ada pekerjaan tetap terjamin masa depan kalau punca rezeki tuh tak halal dan tak pandai mengurus keewangan... okeh gua bukan nak cerita macam pengurusan diri dan keewangan cuma nak cerita pasal kerja yang halal.

Saat gua menulis entri ni gua sekarang memang ada kerja tetap... kerja gua lebih senang orang panggil "Pak Guard", bunyi dia macam pekerjaan mamat nepal dan bangalore jek kan??? tak pa... itu dah ditakdirkan rezeki gua dengan kerja ni janji kerja yang gua buat halal dan gua tak kesah sangat orang luar nak cakap apa janji gua sendiri dapat makan sesuap nasi tak mintak lu orang kerja untuk gua dan bagi gua makan nasi dan yang lebih penting halal serta dapat berbakti ngan mak bapak gua sendiri. Bukan orang lain yang dapat beri kita makan minum dan pakai baju... kita juga yang usaha sendiri.

Bekerja kat stall beger pun kerja juga walaupun stall beger nama Wakiki tak kesahlah apa nama gerai... orang suka orang beli janji tak jual beger campur ganja, usaha mencari rezeki halal itu lebih bermakne walaupun orang pandang brader beger ni takdak KWSP ataupun pencen takdak masa depan, masa depan tuh biarlah didepan yang mana ada sekarang ni usaha dulu, dari sebuah gerai beger jadi lima buah gerai mana tau.. rezeki kat tangan Tuhan bukan kat mulut orang-orang cakap-cakap ni.

Perbandingan pasal kerja antara golongan cerdik pandai dan golongan hanya mampu SPM sahaja memang ada, jangan jadikan perbandingan orang kerja gaji 10 ribu dengan gaji 1 ribu ni sebagai batas untuk diri sendiri berjaya, Kalau bekerja kat kedai jual kereta terpakai tapi nak jual kereta sebijik pun susah dan menerima gaji sedikit tu buat lu rasa tak berpuas hati, cuba-cuba la tengok sekeliling samada potensi kedai jualan dengan kehendak pengguna sekarang sesuai atau tidak ataupun lu hanya sekadar berpuas hati dengan gaji sedikit janji dapat kerja yang dapat main facebook memang tak sama dengan orang golongan cerdik pandai yang gajinya 10 ribu. Nak cari kerja lain tapi hanya ada SPM? itu alasan? cilake... orang ada digree pun mula-mula masuk keja pun tak terus jadi manager lah.... masa nak berubah tuh tetap ada... belajar sambil kerja pun boleh... kejayaan tak datang bergolek walaupun hanya memiliki SPM, orang tak pandai membaca pun bleh jadi jutawan tapi biarlah berjaya dengan rezeki Halal.... bukan kerja mengumpat macam iblis tapi diri sendiri macam najis!!..

Sebagus manapun jawatan kerja yang kita ada waktu sekarang tak bermakna kalau tak pandai bersyukur, Bab menghina dan mencaci pekerjaan rakan-rakan lain bleh dianggap perangai kerja yang disukai iblis, lu orang jangan jadi macam iblis bila tengok kawan-kawan kerja tolak tong sayur atau jual ikan sebab kalau dieorang tak jual lu orang nak makan sayur apa? nak makan ikan apa? makan daging babi??? Ada juga jenis pikir pekerjaannya cantik nama jawatan tapi gajinya macam gaji pekerja buruh indonesia tapi lebih bersikap lantang menghina pekerjaan rakan yang berstatus rendah tapi gaji tanpa disedari lebih tinggi dari status pengawai... itulah rezeki manusia yang diberi dengan usahanya. Mana kelebihan dan kekurangan itu semuanya atas usaha dan pemberianNya dan yang penting tidak terjebak dengan satus kerja yang haram.

Zaman sekarang semua orang cakap duit penting.. sana sini semua nak kejar duit tapi bukan nak kejar keredhaan bukan nak kejar keikhlasan dan janji duit duit duit, Ada juga pentingkan status.... bagaimana kerja didalam opis gajinya 900 dengan kerja "pak Guard" gajinya 3 ribu??? kedua-dua kerja ini dari punca yang halal.. lu orang pilih status nama kerja atau jumlah pendapatan??? Brader stall beger wakiki plak pendapatan die sebulan 4000.... semua pekerjaan yang gua sebut pakai SPM saje... cume usaha berbeza... kalau lu nak pilih kerja duk opis gaji sikit.. tidak mengapa ia tetap Halal.. yang jadi tak Halal lu mengumpat macam iblis pasal status kerja kawan stall beger dan pak guard tapi makan hasil belanja dieorang.. iblis kan perangai macam ni???

Ukur baju pakai sendiri... tengok rupe depan cermin siapa diri... usaha majukan diri juge penting... rezeki kt bumi tuhan tetap ada... status kerja halal itu yang penting walaupun orang lain nak pandang hina janji berkat Tuhan itu diterima sampai ke akhirat. Nak cepat kaye jual dadah... nak jadi glamer jadi GRO... semua itu pilihan masing-masing.

Tahun 2011 dah nak masuk separuh... tahun ni gua dapat bonus hampir setahun walaupun gua kerja "pak Guard" sebab rezeki tuh atas pemberianNya bukan rezeki tuh datang dari cakap-cakap orang kuat mengumpat pasal kerja orang lain tapi tak tahu realiti kerana tak cukup ilmu dan sekadar pandai mengumpat. Gua tetap kerja macam ni cek sana cek sini dan bukan kerja sign cek ribu-ribu atas kertas.... Yang haram tetap haram.. yang Halal harus dicari... semoga rakan-rakan mendapat pekerjaan yang Halal disisi hukum agama.. bukan pekerjaan yang halal bagi golongan Iblis.

p/s: Jangan lepak sangat kedai mamak... perot buncit tak elok juga orang tengok...!!!!

12 Jun 2011

Sidang Anarki



Setelah sekian lama dibiarkan bersawang dan sepi tanpa sebarang khabar, akhirnya blog ini kembali dengan paparan terbaru. Maklumlah, ahli sidang kebanyakkannya tidak berminat untuk menulis, melontarkan pandangan mahupun berkongsi pengalaman.Sebelum ini ada juga Rooney dan Yiennoor yang rajin menulis. Yang lain? Ada yang sibuk bekerja keras di lautan mahupun di daratan. Ada juga yang sibuk main click click di internet dengan harapan esok lusa jadi kaya. Walau apa pun kerjanya, yang penting adalah usaha.Seperti lumrahnya seorang manusia yang mempunyai keinginan, maka tiadalah masalah sekiranya mereka ingin menjadi kaya raya asalkan tidak melupakan tanggungjawab untuk membayar zakat pada kemudian hari.

Yang lainnya, kebanyakkan masa dihabiskan untuk merokok,mengencing dan mengabdikan diri di kedai kopi. Aktiviti dan pengisiannya tidak serancak dahulu, tiada lagi futsal mingguan mahupun karaoke secara berhemah. Mungkin perkara itu berlaku lantaran kekangan waktu dan juga kesibukan bekerja. Jika ada pun perbincangan di Facebook, maka ceritanya tidak lari dari borak borak mengenai bisnes internet, cerita cerita projek mega mengalahkan projek kroni zaman Mahathir dan kempen menjadi jaguh jom pegi kenduri kawin. Jadi jaguh mengajak orang pegi kenduri kawin tu penting, tapi lazimnya yang jadi jaguh tu belum tentu lagi nak pegi kenduri kawin. Itu belakang cerita. Namun kesimpulannya, peluang sebegitulah yang akan digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Semenjak perpindahan Pailang Mohar ke Temerloh, maka pergerakan dan aktiviti JKKK turut seiring menjadi perlahan . Faktor Mohar dilihat penting kerana beliau merupakan seorang pailang yang berani dan aktif dalam mengisi ‘roh’ JKKK. Malah pada tanggapan penulis, setakat ini hanya Mohar sahaja yang layak digelar pailang. Hal ini demikian kerana beliau merupakan individu yang ‘bertindak’. Beliau bukan individu yang duduk termanggu ataupun merokok di depan komputer sambil memberikan ayat ayat power, kononnya. Malah ayat power Mohar sebenarnya bersifat ‘lisan’ dan terbukti keberkesanannya. Justeru tidak hairanlah ada segilintir daripada ahli JKKK termasuk penulis sendiri yang pernah menagih ilmu ayat cinta daripadanya untuk dijadikan sebagai modal mengorat makwe.  Dalam erti kata lain, JKKK sebenarnya kehilangan seorang pemimpin yang berhati kering.

Mohar Jantan kini menjadi nelayan di Sungei Pahang


Bagi mengisi aktiviti JKKK yang semakin suram, penulis dan beberapa ahli JKKK yang tidak berpengaruh telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti yang dinamakan sebagai ‘Save Kuantan’. Projek ini dilakukan sebagai manefestasi bantahan secara aman terhadap pembinaan Projek Lynas yang bakal menjadikan Kuantan sebagai Bandar Mutasi. Maka atas kesedaran dan kebimbangan tersebut, satu bantahan secara aman melalui penyebaran gambar dan mesej telah dilakukan pada tarikh 4 Jun 2011. Kami juga telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti tersebut pada tarikh yang sama dengan hari perkahwinan Supersob yang juga merupakan salah seorang pemain futsal terbaik skuad JKKK selain daripada Mat Bennayoun.


Aktiviti ini dijalankan bagi memperlihatkan kepada umum bahawa JKKK boleh melangkau jauh dalam mengimbangi isu isu setempat dan sosial yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Dengan harapan, JKKK tidak lagi dilihat sebagai sebuah kumpulan yang hanya reti mengeteh dan berborak di kedai kopi sambil bergelak ketawa macam iblis. Pihak JKKK juga tidaklah sehebat Wikileaks untuk membocorkan mana-mana rahsia dan data kompeni yang bertanggungjawab dalam isu ini dan hanya cukup sekadar untuk membuat manifestasi bantahan secara kecilan sahaja.




Walaupun bantahan ini tidaklah sehebat penentangan terhadap kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, namun harapan untuk melihat Bandar Kuantan terus membangun dengan sihat dan lestari tetap menjadi matlamat utama. Penulis yakin ramai pihak tidak mahu generasi pada masa hadapan yang tinggal di Kuantan dilahirkan dalam keadaan berkepala besar macam Alien Workshop kesan daripada radiasi yang dikeluarkan dari kilang projek kroni tersebut. 


Atau mungkin juga pada masa akan datang, Kuantan akan menjadi sebuah Bandar Zombie. Maka peluang tersebut akan digunakan oleh Mamat Khalid untuk menerbitkan filem-filem komedi seram yang diberi tajuk seperti Zombie Kampung Sg Isap ataupun Zombie Jalan Wong Ah Jang.



Walaupun penulis dan rakan rakan yang kurang berpengaruh ini tidak begitu mahir dalam bidang sains,  namun apa yang lebih penting adalah kesedaran. Kalau pandai ilmu sains tapi tiada kesedaran dalam diri, maka tiadalah berguna juga akhirnya. Lebih baik gunanya ilmu sastera jika ada jiwa kesedaran tentang kehidupan mendatang. Sekian.


Artikel akan bersambung, tapi tak tahu bila.


Penulis dan beberapa rakan yang kurang berpengaruh dan posing dalam keadaan bersepah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...