07 Julai 2011

Rezeki Biar Halal ( Part 2 )

Entri kali ni pula gua nak tunjukan yang sebenarnya pekerjaan yang halal itu tak mengira samada lu orang ni ada SPM ke ada digree ke ape ke... janji rezeki yang diterima itu halal dari segi hukum agamanya.

Kegigihan dua orang anak muda yakni merupakan rakan-rakan kita dari Sidang sendiri mencari rezeki walaupun mereka berdua ini sebenarnya layak untuk menjawat jawatan pengawai dalam sektor goberment ataupun swasta. Bekerja sendiri juga adalah punca rezeki walaupun status pekerjaan mereka tak lepak dalam bilik ada hawa dingin sebab mereka berdua memang bukan golongan hawa sebab tuh mereka lebih keluar mencari rezeki tapi tidak menjadi masalah kerana rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan jenis datang dari cakap-cakap dan mengumpat pasal kerja orang tapi belum cukup bulan dah makan maggie.

Bramir dan Guru Rahim Dome dua orang anak muda yang sebenarnya mempunyai status pendidikan bukan hanya SPM. Bramir ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Hons) dari UUM manakala guru Dome kita pula memiliki Diploma Sains Pertanian dari UPM. Tak ramai golongan muda zaman sekarang ni yang berfikiran seperti mereka yang mempunyai matlamat hidup berbeza dari pemikiran budak-budak zaman Justin Bieber sekarang. Zaman sekarang lebih selesa duduk opis sambil main facebook dan mengumpat sana sini tapi takdak ilmu kehidupan sejati yang true macam mereka berdua ni. Kebun yang diambil tender untuk menoreh getah ni merupakan idea guru Dome yang memiliki kemahiran dalam bidang sains pertanian dan ilmu yang ada digunakan buat mencari rezeki. Lu orang tau berapa harga getah sekarang????

Tak perlu bekerja sampai 5 hari seminggu macam orang kerja waktu pejabat, cuma perlukan 3 hari sahaja untuk turun menoreh getah kat pokok dan hari-hari lain boleh membantu keluarga dirumah ataupun buat kerja lain yang berfaedah. Gua dengar dari Bramir yang sekarang harga getah dalam 6.00 ke 6.50 sekilogram dan untuk 3 hari mereka dapat dalam 200 kilogram getah. Cuba lu orang kira sendiri berapa pendapatan untuk seminggu mereka? Kerja mengumpat status kerja orang lain pun tak dapat pendapatan lumayan macam ni. Inilah namanya gigih mencari rezeki tak kira apa statusnya pekerjaan jadi brader beger ke, pakguard ke penoreh ke janji rezeki tuh datang dari sumber yang halal.




Gambar oleh Remy Razali


Sejauh mana lu orang rasa power dengan status kerja lu orang sekarang sebenarnya lu orang tak cukup power kalau nak memandang rendah orang lain tanpa kaji selidik terlebih dahulu dan jangan suke cakap macam sampah sahaja. Sebelum Bram dan Dome tinggal berdua bekerja menoreh getah si Nuar pun penah bekerja dengan mereka berdua seperti ini sebelum jadi Guru kat sekolah dan tak pernah kesah tentang status sebagai penoreh getah asalkan income masuk ada dan tak melepak depan laptop setiap masa bersembang dalam facebook dan duk dengar lagu Justin Bieber sampai bibir tak kering ngumpat orang. Makcik ke pasar pun pandai berenti mengumpat ahhahaha...

Bagi penutup entri yang dah takde sambungan ini... gua nak ucapkan......

SELAMAT HARI LAHIR kepada BRAMIR TAMAM ...... SEMOGA BERJAYA DAN TERUS POWER


4 ulasan:

cddagreat berkata...

power mung...hahaha..pe'pun sy dr pihak sendiri dan dum dum mengucapkan ribuan trima kasih utk entri ini..

p/s:bahaye main2 'p/s' leni..

aliff berkata...

pergh.!!
penoreh yang berjaya.

Roney Dasril berkata...

sy penah apply kerja sebagai penoreh dgn guru dome, sume resume dah di submit n sy juga telah di interview oleh guru dome yg ditemani bramir..tetapi malangnya sy tidak diterima kerja..sedih ati sero..kerana sy tidak ada pengalaman yg padu dan jitu dalam bidang pertanian. sy hampa dan pulang..

p/s : time kasih guru dome n bramir..sy pasti akn usaha minta kerja tu lagi nnt..haha..

yus_anakmelayu berkata...

Sukar untuk melahirkan anak murid yang bijak dalam mata pelajaran, tetapi lebih payah melahirkan anak murid yang bijak menilai. Anuar, sebagai guru, kitalah yang bertanggungjawab dalam proses kemenjadian mereka. Semoga kita bisa jadi murabbi... Amiin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...