29 Disember 2010
Menjelang Final Piala AFF
16 Disember 2010
Route to Putrajaya - Renoma Amerika 3
alip: Insyaallah lepas, dia kan dah pakai tie warne biru tambah pulok die da isap rokok dunhill silap - silap orang amik keje terus.
me: bangga aku ada membe cam nua, dapat juga dia cari tie biru tu kan. hmmm..
sungguh member gua, melepas lelah dengan rokok dalam keadaan panas bukan dengan air. Kami bertiga beredar dari situ dalam keadaan jam yang menunjukkan pukul 12 tengahari.
05 Disember 2010
Bolo dan Bolosepok
Apabila berbicara mengenai bolasepak Malaysia, tidak banyak yang boleh dibanggakan. Rakyat Malaysia khususnya peminat serta pemerhati bolasepak tempatan kerap kali disogok dengan pencapaian skuad Negara pada era 70-an dan 80-an. Kita sebenarnya lena diulit sejarah, lena diulit keanggunan bolasepak zaman seluar singkat dan baju sendat , lena dengan nama nama besar dalam sejarah bolasepak Malaya itu sendiri. Hakikatnya, di mana skuad bolasepak kita sekarang? Ya, rata rata pemain bolasepak kini sudah menjadi penghias dada dada akhbar bahagian hiburan serta menjadi model dalam majalah artis hit terkini. Yang pasti, mesti bergambar tepi kolam renang dan berambut kuning.
Skandal dengan artis, masalah nafkah dengan anak bini, gosip dengan artis muka tak lawa dan akhirnya diterjemahkan di atas padang dengan corak permainan yang macam gampang. Itu antara scenario yang berlaku sekarang. Pada malam rabu yang lalu, gua berkesempatan menonton perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di bekas Negara republik itu. Ironinya, gua menonton di Kolumpo tetapi dalam pada masa yang sama merasakan diri ini sedang berada di Indonesia, kerana? Kerana gua tersilap lepak dan minum teh di kedai haram milik seorang lelaki Indon. Ok gua baru merantau di Kolumpo dan masih tercari cari tempat melepak.
Ketika gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Shahrul Idlan Talaha pada minit ke-23, gua buat buat cool seolah olah tiada apa yang berlaku. Gua tidak bersorak, bertepuk tangan ataupun menunjukkan riak wajah yang gembira sebab takut kena penampor. Rata rata pelanggan yang hadir menonton perlawanan tersebut adalah terdiri daripada warga Negara seberang yang merantau ke Kolumpo mencari rezeki, agak tidak manis juga rasanya gua bersorak dan mencaci pasukan mereka di situ. Jadi, gua diam.
*******
Selepas tamat 90 minit perlawanan, semua penyokong bersorak meraikan kemenangan Indonesia ke atas Malaysia, keputusannya amat memilukan. Tewas dengan 5 -1 merupakan satu porpaganda kebangkitan yang sudah menjadi budaya media perdana Malaysia, budaya omong kosong. Mana ada kebangkitan! Secara tiba tiba pemilik kedai menjerit,
“Ya bapak bapak, kalian semua..Hari ini hari kita, Hari kemenangan Indonesia bumi tercinta! Hari ini gue belanja! Semua free!”
Dan ya, terima kasih kepada pasokan bolasepak Malaysia, keranamu gua dapat minum dan makan free pada hari itu. Tambahan pula dengan pengumuman kenaikan harga bahan bakar dan gula dua hari kemudiannya, membuatkan gua berasa ia satu kekalahan yang paling berbaloi dalam sejarah. 1Malaysia! Dalam kebingitan kota, gua pulang tersenyum hampa.