27 November 2010

KANTOI versi zee kaki....

Sila Nyanyi Seperti Lagu Dibawah Ini Cuma Lirik Ikut Di Blog Ini....


Versi Zee KaKi....


Semalam I Nak call You, You Kate Ade keje

You kata You memang tak lame,

You kate lepas tengok drama TV due,

But When I call You , Your phone was not answered,

So I Run My leg pergi cari topup,

Services kata Maybe tak cukup kredit,

Tapi bila call you lagi, you tak jawab

Lagilah You macam babi

So I sms and sms sampai you reply

You kata Sory Kawan, Telinga Pekak,

My Phone was at room – I was at Toilet

Tapi You Gayut dengan kawan lain

Sudahlah Kawan I don’t believe you

I’ve always known that your word like pengampu,

Why am I Trust You, I rasa kene rayu,

No Wonderlah Your Friend pun Kutuk You,

So I guess that`s the end of our friendship,

Akhir kata, you accepted you macam babi,

Tapi last last kita dapat tahu dia ada nombor DIGI,

Used with her ex-boyfriend`s cheating best friend…… KAKiiiiiiiii…

BUKAN KAnTOI TAPI CILAKE….!!!!!

23 November 2010

Kerja-kerja Mat Despatch

Macam biasa kalau Mat Despatch ni memang selalunya naik motor.. kerje-kerje hantar surat memang kerje mereke...
Gua salah seorang daripada mereka.. golongan pemuda yang hanya bekerje hantar surat... bukan kerja hantar dadah...
Bandar Kuantan tak seglamour bandaraya seperti KL ataupun New York ... bandar ini hanya sekadar sibuk-sibuk itik pulang kekandang...

Kalau nak diikutkan kesemua Mat Despatch dalam Malaysia ni bukannya semua tak berpendidikan ataupun orang kabo tak cerdik pandai dalam pelajaran.. sebenarnya mereka belum ade rezeki untuk bekerja seperti orang-orang kerajaan yang kekadang banyak korupsi sesama sendiri....
Nak dikatakan bukan gua sorang je keje anta surat ni ade jugak dua ke tiga orang kutu-kutu yang sama usia gua yang keje same ngan gua.. padahal dieorang pun lepasan Universiti tapi itulah rezeki tuh ade dimana-mana keje antar surat ni pun halal.. ade gaji.. dapat belanje makwe makan maggi... kire ok la.. dari keje ragut pondan..

Ada guna juga mak bapak gua belikan motorsikal ni ... bukan beli nak suruh gua merempit.. atau angkat tayar depan belakang... gunanya motorsikal pemberian keluarga ni dapat cari rezeki bagi bantu serba sikit kesusahan keluarga.. sebab itu gua tak kesah kerja hantar surat...
Dalam banyak-banyak geng gua yang kerja hantar-hantar surat ni... Rahim Dome sorang yang ade kelebihan skit.. sebab die bawak van hantar surat.. sebab surat die sekali hantar berkotak-kotak kekadang tengok rambut si Rahim Dome ni pun dah nak naik botak kat bahagian tengah..

Bram Dean plak kerje die antar surat-surat dari syarikat-syarikat yang terkenal dengan pelbagai barangan wanita sebab jarang jgak gua jumpa perempuan jadi despatch anta surat ni jadinya Bram Dean yang memikul tugas ini dengan penuh displin... dan Nuareth kerje dengan syarikat peguam tapi dengan tugasan menghantar surat Lawyer tapi sebenarnya kalau Nuareth jadi Lawyer pun gua rasa die lebih bagus dari Lawyer tempat die kerje.. cuma dia ada ijazah dalam bidang pengajian perniagaan kalau tak dah banyak kes-kes bapak rogol anak ni dah selesai...

Restoran Hj Dasril tempat menjamu selera rakan penghantar surat gua... memang gua pun sekali melepak kat sini sebab restoran ni skang dah dikendali sendiri anak muda kampung gua yang mewarisi kehebatan memasak dari tuan punya restoran... kini Rooney sendiri yang mengendalikan restoran Hj Dasril dengan penuh bersih....
Makanan kat sini sedap... lagi satu kalau tak cukup duit bleh masuk buku.. ujung bulan bleh bayar abes bile dapat duit main kutu... asalkan gua dan rakan-rakan gua tak jadi kutu... mak bapak pun terharu.. cukup bulan langsai hutang satu persatu dalam buku..

"Gua tak tengok pun lu keluar hari ni Bram?..tade surat ke nak hantar?"
Tanya Rahim Dome..
"Hari ni syarikat wanita tade urusan melibatkan surat.. semua melalui Online Page Facebook..gua pun tumpang sekaki la Facebook kat opis"
Balas Bram Dean..
"Untung jgak lu macam ni.. ade mase terluang.. tak macam gua hari-hari ade kes.. tak jugak habis habis" sampuk Nuareth ...
"Memang lu punya Lawyer tuh jenis tak habiskan kes cuma menambah kes jek"
Balas Rahim Dome...

Gua yang duduk bahagian tepi sebelah Bram Dean diam sambil seronok menikmati pisang yang memang sah percuma sebab meja kamiorang saje yang ade pisang bertangkai berlapik pinggan plastik bercorak teratai....

" Eh tuh bukan ke Nozar ke? "
Bram Dean tetiba mengalihkan pandangan kearah sedikit luar...

Gua dan rakan-rakan lain pun memandang kecuali Rahim Dome yang sekadar jeling-jeling juling sebab dia rabun jauh...
Kelihatan seorang lelaki yang segak bergaya bertali leher dan berkemeja T ala-ala Liam Gallagher cuma rupa sahaja ala-ala Sulaiman Yassin(Mat Over)

" weh Nozar... kemana? meh la melepak sini dulu pekena kopi"
Ajak Nuareth memangil pemuda yang segak ini...

" Aku nak ke pejabat Insurans ni.. ada urusan perniagaan"
Balas usahawan muda ini...

"Ala urusan perniagaan ape kejadah waktu tengah hari ni orang rehat.. bukan selalu pun lepak ngan kamiorang" Rahim Dome dengan muka keras mengajak..

"Betul aku sibuk ni... lagipun jarang aku nak minum kat kedai macam ni... korang boleh la lepak-lepak masa kerja sebab korang kerja makan gaji.. aku ni kerja bisness cari projek ribu-ribu"
Balas pemuda ini angkuh....

"weh Encik pandu kereta mewah... Encik pilih orang mewah nak melepak???.. setakat projek tipu sana tipu sini MLM sana MLM sini dapat duit ribu-ribu bagi anak bini makan duit tipu.. tanak melepak dah dengan orang bawa moto kapcai ni?.. Kami kaya dengan hubungan lu kaya dengan harta tapi dusta..."
Gua dengan tenang berkata-kata....

" Alah... tokey-tokey balak yang duit juta-juta pun selambe je lepak ngan kamiorang.. ini kan plak lu baru ribu-ribu.. nak belagak macam Tengku"
Bram Dean Menyampuk deras...

Dengan tidak semena-mena Pemuda Berkemeja T ini berkata...
" Bang Nescafe O Ais Satu "



16 November 2010

Pukul 9 punya Hal

Ye memang betul... jam kat dinding dah pukul 9... berkali-kali loceng jam yang bermuzik ayam berkokok berkumandang..


Sememangnya gua dah bersiap sedia.. ala-ala nak ke pasar....berbaju T jenama Billabong..
Setibanya dipasar gua lihat  komuniti rakyat berpusu-pusu setelah hari menerima gaji 2 hari lepas... pejabat-pejabat yang menyediakan perkhidmatan untuk membayar bil-bil memang dikunjungi..


Gua memang tak terlepas mengikuti jejak komuniti rakyat bersama-sama bekejar kekedai membayar bil² yang  patut... seperti jejaka² yang bernama Nabil.. mahupun wanita bernama Nabila turut serta dalam adegan kali ini..
Kalau nak diikut hati gua.. memang nak je bayar bil secara online.. tapi sebab bil broadband gua sendiri pun tak bayar lagi masakan dapat bayar bil secara online.. nak tanak gua terpakse ke kedai bayar bil broadband dan pelbagai jenis bil


Nak suruh Nabil.. gua takde geng name Nabil nak disuruh.. terpakse gua dengan muke terkebil-kebil bayar bil...
Gua baca pada notis tempat menekan nombor angka giliran butang A) Pembayaran Bil  dan butang B)Pertanyaan dan Aduan.. Gua tanpa rasa ragu tekan butang A ... keluar sekeping kertas bernombor 5434.


Tetibe terbisik hati gua  "eh cantik nombor ni.. tapi macam penah tengok plak nombor ni.. Oh... betul ini nombor yang Nuareth bagitau semalam"
Sebenarnya malam semalam semasa gua sibuk dengan rutin harian gua dalam laman sosial Facebook seorang sahabat baik gua ada bagitau die bermimpi nombor ketika sedang bermimpi... "sungguh dasat penangan nombor 5434 Nuareth bagi semalam.. hari ni kluar plak kat kertas angka giliran.. pasti ade keluar dalam kertas surat khabar esok " bisik gua dalam hati...


Sambil² gua duduk di kerusi menunggu yang disediakan oleh perkhidmatan pelanggan ni... gua memerhati keadaan sekeliling.. mane tau kot kot ade jumpe Bram Dean yang menjadi rutin beliau membayar bil selepas jam 9 pagi..bleh gak paw tembakau die...
Bram Dean ni memang kerje die mengampil upah membayar bil dari syarikat-syarikat antarabangsa... seperti syarikat Dutch Lady, Hershe,  Fair & Lovely, Kotex dan pelbagai lagi..


Sebaliknya gua dapat tuah hari ni...  gua nampak makwe... gua pun tak kenal makwe ni.. yang gua tau gua bertuah selama membayar bil² sejak dari zaman persekolahan sampai hari ni baru kali pertama dapat duduk sebelah makwe ....
Sebelum angka giliran dipanggil.. "harap² makwe ni bukan bername Nabila" bisik dalam hati....
Jeling gua melihat kertas angka giliran yang dipegang makwe cute sebelah gua ni... gua nampak no 9998 .. "oh die bahagian B" gua berbicara menggunakan hati sendiri....


Nak ditegor gua tak berani.. tapi dalam hati nak je berkenalan dengan makwe secute ini.. " TENG TONG 9998 KAUNTER 4" makwe sebelah gua bangun dan menuju ke kaunter... "PELEPUKK..." bunyi seperti barang terjatuh...
"eh awak beg dompet awak jatuh ni.." Panggil gua seperti lakonan dalam drama melayu..memberitahu makwe tadi..
" ohh.. my god... thank you... for noticed  me..." jawab makwe cute ni....
Gua tak sempat menjawab sebab hilang nafas...
" Thank You once more... Im Nabila..." makwe ni berkata lagi...
Sepanjang hidup gua memang gua tade migrain.. entah kenape lepas makwe ni berkate² gua tetibe boleh terkene migrain secara tetibe....


"Cilake bau mulut perempuan ni same cam bau mulut BUYUNG.." gua separuh sedar dan hanya sempat memberikan secebis senyuman pudar sambil menyerahkan dompet makwe ni.. dan terus menuju keluar sebab muntah hampir keluar....
Memang takda tuah nombor giliran gua hari ini.. gua geleng kepala....




artikel ni gua ciplak dari sini   resurrextions dan  Bila Masa?

09 November 2010

Kronologi Hati Tisu

Sambungan Artikel ini penulisan Nuareth Kamar di sini ....

Seperti dalam Filem Suami Isteri dan dot dot dot bukan dog... lakonan Nasir  Bilal Khan dan Sofea Jean.. kita nampak disitu bahawa perwatakan yang dibawa oleh suami seperti ganas... namun disebalik rahsia lakonan tersebut bahawa si suami sebenarnya berhati tisu kerana sayangkan si isteri... jadi dapat disimpulkan bahawa kefahaman didalam otak seorang berwajah pemunuh juga memiliki hati seperti tisu...  Hal ini telah dipersoalkan oleh segelintir ahli JKKK berkenaaan seorang watak yang berperangai seperti orang BATAK... Walaupun arus kemodenan telah meliputi diri kita namun masih ada dikalangan yang berfikiran seperti pembunuh tapi berhati tisu yang kononnya hati mudah tersentuh disebabkan kata-kata dua yang tidak berkait dengan perkataan bergurau atupun menghina... bak kate orang putih "Touching" .. hah gituh la bunyinya.. seperti yang dinyatakan oleh penulis artikel sebelum ini.... kebimbangan memaki dan membandingkan rakan-rakan lain dari kelas atasan menyebabkan si PEMBUNUH ini mudah tersentuh.... apekah? Itu yang terkandung dalam pemikiran beliau si PEMBUNUH yang mempunyai Kronologi tersendiri dan suka memaki rakan-rakan sendiri tanpa ada sifat gurau senda.... Belum lagi dikaitan dengan diskusi berkenaan permainan bola sepak... emosi yang menguasi diri Si PEMBUNUH ini seperti emosi yang terdapat kepada ketua jurulatih sebuah pasukan bola sepak.... sedangkan jurulatih tidak beremosi seperti ini... maki ? hina ? kutuk ? ngajuk ? itulah persamaan PEMUNUH HATI TISU ini .. walaupun pasukan bola sepak yang diminati beliau tidak turun padang beliau tetap emosi.... yang penting mana kata orang lain akan disanggah dengan makian hina yang diterbitkan beliau di stesen radio mahupun paparan di facebook... dan akhirnya beliau akan mengajuk seorang diri... Toucing tanpa sebarang kata dari rakan lain... walaupun beliau adalah seorang kaki bangku sejak di bangku sekolah lagi... Kebimbangan ini menyebabkan Penghulu JKK berkata " ini kene bowok berubat ngan tok moh " ... tambahan pula dari seorang Idealist berkata " perasap dengan asap rokok dunhill baru molek ni "... manakala ada jiran sebelah rumah beliau berkata "aku pernah tengok die nangis mase tengok samarinda kat TB3" rupanya beliau peminat "DIANA DANIELLE" .. digambarkan wajah seperti Botak Chin yang memiliki sifat pembunuh.. namun beliau ini hanya memiliki wajah PEMBUNUH namun sebernanya berhati TISU .. lebih lembut dari Tisu Jamban... sekian akan bersambung.... ye dok???

02 November 2010

Hari Gemilang Bramir Dean

“Alhamdulillah, dorongan keluarga dan rakan rakan telah membawa saya ke tahap yang lebih tinggi pada hari ini.” Itulah antara ungkapan yang dapat diluahkan oleh Bram ketika ditanya tentang perasaannya ketika menerima segulung Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang teknologi maklumat.  Beliau ditemui selepas selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 di Sintok, Kedah.

Mengimbau kembali saat beliau bergelar Mahasiswa, Bram menyatakan bahawa kadang kala beliau terpaksa mengikat perut demi membeli buku buku tebal dan nota fotostat di kedai kedai percetakan underground. Malah menurut  Zubiq yang juga merupakan rakan sekuliahnya, Bram sanggup menanam pokok Ubi Kayu dibelakang asrama penginapan semata mata mahu mengurangkan kos makanan yang semakin meningkat di kafe kafe sekitar UUM.

“Madefaker UUM, makan mahal nok mampuih, birokrasi nombor satu!” Kata Zubiq yang juga menerima segulung ijazah bersama Bram. Bram yang kelihatan ceria sepanjang majlis dilihat sempat juga bergambar dengan awek awek cun.

Walaubagaimanapun, penat lelah dan usaha Bram selama 4 tahun nampaknya berbaloi kerana beliau telah dipilih sebagai pelajar contoh atas daya usaha dan kegigihan yang tidak berbelah dan berbahagi. Apatah lagi  berdarab dan bertambah...boroi. Diakhir sesi temubual tersebut, Bram dengan berseloroh sempat memberi nasihat kepada Ayien yang berbunyi, “Belajar rajin rajin ye, dengar nasihat abang ni..arappp tuu!!”

Bram sebagai pemuda yang garang dan beribawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...